Presiden Ukraine Sempat Fikir Pru Ketika Negara Masih Berperang
Presiden Ukraine sempat fikir PRU ketika negara masih berperang
VOLODYMYR ZELENSKY
KYIV: Ketika perang di Ukraine masih berlarutan, Presiden Volodymyr Zelensky dilihat sempat memikirkan mengenai pilihan raya biarpun pemimpin itu menganggap bukan masa yang sesuai untuk mengadakannya ketika ini.
Komen itu dikeluarkan di tengah-tengah perdebatan semakin sengit untuk mengadakan pilihan raya umum Ukraine pada tahun depan.
Sementara negara lain dilanda konflik hanya memberi fokus terhadap aspek keselamatan berbanding memikirkan semata-mata isu politik dan siapa presiden seterusnya.
Dilaporkan, semua pilihan raya termasuk pilihan raya presiden yang akan berlangsung pada musim bunga akan datang secara teknikalnya dibatalkan dibawah undang-undang tentera yang berkuat kuasa sejak konflik bermula tahun lalu.
“Kita harus memutuskan bahawa ini adalah masanya untuk bertempur yang mana nasib negara dan rakyat bergantung padanya.
“Jadi, saya percaya ini bukan masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya,” katanya.
Barisan hadapan antara kedua pihak berperang dilaporkan kekal statik selama hampir setahun lalu walaupun serangan balas Ukraine digembar-gemburkan, dengan tentera Russia bertapak di selatan dan timur Ukraine
Para pegawai dari Amerika Syarikat (AS) dan Eropah dilaporkan mengesyorkan mengadakan rundingan untuk menamatkan konflik yang berlanjutan selama 20 bulan.
Namun, Zelensky menafikan sekeras-kerasnya bahawa serangan balas Ukraine menemui jalan buntu atau negara-negara Barat bersandar pada Kyiv untuk mengadakan perbincangan. – AFP
Presiden Ukraine sempat fikir PRU ketika negara masih berperang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Maryam Ajar Rina Makan Teluru?-“Pelat Betul Dia Cakap Tu!”
Patimah tak nak ambil tahu, Kazar tak tahu cerita
Kisah vaksin dan perbelanjaan Ketika darurat Kerajaan Muhyiddin mula hangat Kembali.
Media sosial perlu ada lesen operasi selepas ini
The post Presiden Ukraine sempat fikir PRU ketika negara masih berperang appeared first on JeBoN OrG.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://jebon.org/2023/11/08/presiden-ukraine-sempat-fikir-pru-ketika-negara-masih-berperang/