Khilaf Jangan Kelahi Presiden Pas Pru 16 Maufakat Sabah Sarawak


  

1. Jangan kelahi masalah khilafiah – TG Abdul HadiKUALA LUMPUR: Umat Islam diingatkan agar tidak berkelahi dalam masalah khilaf, sebaliknya perbezaan mazhab dan firqah perlu difahami, demikian seru Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Nasihat itu diungkapkan beliau pada Syarahan Perdana ‘Masa Depan Dunia Islam: Perbezaan Mazhab, Geopolitik Antarabangsa dan Penyatuan Ummah’ sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024, di sini hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu dalam penjelasan beliau dalam syarahan tersebut telah menerangkan bahawa mazhab ialah ‘pertelingkahan’ dalam perkara cabang atau furuk, tetapi bersatu dalam perkara rukun dan dasar-dasar agama.

Adapun firqah pula jelas Tuan Guru, adalah kumpulan yang telah menyeleweng daripada rukun dan dasar-dasar Islam, malah ada terkeluar daripada agama kerana kejahilan di mana perlu diselamatkan dan bukan disingkirkan.

Beliau memetik kata-kata Imam Malik untuk hakim atau mahkamah mengendalikan isu murtad, sekiranya ada seratus hujah yang menganggap, tetapi satu sahaja meragukan, maka tidak boleh dijatuh hukum orang itu murtad.

“Selamatkan dia. Kerana konsep kita menyelamatkan manusia berapa banyak yang boleh,” terang beliau yang telah menghasilkan lebih 100 buku diterbitkan pelbagai pihak pada syarahan di pentas utama Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) itu.

Kupasnya, walaupun perbezaan timbul dalam kalangan ahli-ahli kiblat hingga menjadi lapan mazhab yang besar, namun mereka tetap masih berpegang kepada Rukun Islam dan Rukun Iman serta cabang agama iaitu akidah, syariat dan akhlak.

Malah jelas beliau, lapan mazhab itu juga walaupun mempunyai kitab-kitab berbeza, tetapi para ulama semua mazhab ini bukan sahaja saling bekerjasama antara satu sama lain, bahkan juga berguru antara ulama sesama mereka ini.

Katanya, mereka tidak berkelahi sepertimana terjadi kini disebabkan perbezaan mazhab itu, bahkan mereka mengarang kitab, malah antara kitab itu pula menjadi syarah kepada kitab lain yang dihasilkan.

Juga dalam kalangan ulama tabiin terang beliau, berpegang hal akidah dan fikah dari mazhab berbeza yang di mana setiap perkara atau masalah ditangani dengan baik tanpa menjadi perpecahan dalam kalangan umat Islam.

“Timbulnya salaf dan khalaf, termasuk mazhab Wahabi yang ada pada hari ini. Timbulnya ialah kerana di abad yang keempat, yang ketiga, zaman Abasiyah berlaku penterjemahan buku-buku asing ke dalam bahasa Arab.

“Pada awalnya mereka menterjemahkan buku-buku sains, teknologi, buku perubatan, buku pertanian, buku falak, astronomi, macam-macam. Kemudian terjemah buku-buku falsafah. Menyebabkan unsur falsafah masuk dalam ilmu kajian akidah.

“Melahirkan penggunaan akal dalam memahami akidah Islam. Qada dan qadar dan sifat-sifat Tuhan menyebabkan adanya mazhab Muktazilah, Jabariah, Qadariah dan sebagainya,” ujarnya.

Perinci Tuan Guru, keadaan sedemikian hingga wujud penafsiran berbeza misalnya ke atas ayat al-Quran seperti ‘tuhan bersemayam di Arasy’, ‘tangan Allah’, ‘mata Allah’  dan lain-lain yang berlaku kerana kekhilafan bahasa.

Tegas beliau, penafsiran berkenaan tentulah tidak boleh disamakan tuhan dengan makhluk, bahkan masalah khilaf yang berlaku juga tidak boleh ditakwil semudah-mudahnya hingga berlaku penyelewengan.

Menyentuh masalah fanatik mazhab pula ujarnya, ia menyebabkan pengikut-pengikut terlanjur menyesatkan mazhab lain hingga berlaku perkelahian dan saling mengecam pegangan oleh orang lain.

Sementara perbezaan mazhab dalam masalah fiqah jelas Tuan Guru, terjadi kerana para Sahabat RA yang ditugaskan di wilayah-wilayah berbeza, tidak berada di Madinah semasa ayat atau nas mengenai hukum berkenaan diwahyukan.

“Menyebabkan mereka pakai hukum yang belum dinasakhkan. Ini berlaku, ini sebab khilaf. Mazhab-mazhab kalangan Sahabat. Ada mazhab Aisyah, mazhab sebagainya. Zaman dulu tak ada telefon. Tak ada internet, tak ada apa.

“Timbul khilaf dalam masalah cabang. Sembahyang lima waktu. Semua mengakui ini Rukun Islam. Tapi Fatihah ada bismillah, ini khilaf. Kerana bila Nabi sembahyang, kadang-kadang Nabi baca bismillah, baca kuat. Kadang-kadang baca perlahan.

“Mereka yang dengar baca perlahan ini, menganggap bismillah bukan daripada Fatihah. Dengan sebab itu adanya mazhab mengatakan bismillah bukan Fatihah,” ujarnya turut memberi contoh lain.

Antara dikupas dan diberi perincian contoh oleh beliau adalah pada masalah berkaitan wuduk, doa qunut, solat jamak dan qasar, tarawih, azan Jumaat, gaji dan pencen, cukai, kerakyatan serta jawatan kepimpinan.

Khilaf juga terang Tuan Guru, berlaku dalam dalam usul fiqh kerana perbezaan rujukan yang disepakati, namun perdebatan atau perbincangan tetap menjurus kepada maqasid syariah dan hikmah-hikmah.

Menyentuh masalah firqah, Tuan Guru Abdul Hadi mengingatkan betapa tindakan melanggar hukum dan kewajipan Islam yang berlaku turut berkaitan kerana mengalami gerakan-gerakan musuh Islam.

Terang beliau, perkara itu dilakukan apabila setelah musuh berjaya menyekat kemaraan Islam, mereka menukar strategi melawan Islam dari dalam dengan menimbulkan fahaman-fahaman yang salah dalam masyarakat Islam.

Sehubungan itu beliau mengingatkan betapa tanggungjawab sesama umat Islam adalah saling menyelamatkan dengan hujah ilmu termasuk melalui penulisan buku untuk dijadikan bacaan dan rujukan.

Di zaman mutakhir ini katanya, kefahaman seumpama juga perlu diberi berkenaan politik dan ekonomi serta lain-lain kerana wujud pelbagai ideologi yang bercanggah syariat Islam dan disebabkan oleh kejahilan.

Sempena syarahan itu juga telah dilancarkan tiga buku terbaharu tulisan beliau iaitu ‘Sejarah Mazhab Aqidah & Firqah Umat Islam’ dan ‘Hidup Selepas Mati’ serta ‘Muqaddimah Aqidah Muslimin’.

Majlis syarahan dan pelancaran anjurkan Yayasan Permata Ummah (YPU) dengan kerjasama Institut Strategik dan Integriti Terengganu (TSIS) ini turut menjual buku-buku syarikat tersebut di pesta buku itu. – HARAKAHDAILY 26/5/2024
2. PRU 16, PAS garap kekuatan.. Yang Dipertua PAS Shah Alam, Mohamed Sukri Omar menyerahkan mock cek Tabung Kemanusiaan Palestin kepada Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man sebanyak RM9,000 sempena Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan. (Foto: FB PAS Shah Alam)
SHAH ALAM: PAS menyedari perlunya suatu gabungan muafakat di Sabah dan Sarawak untuk mentadbir negara pada pilihan raya akan datang. 
Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata PAS perlu menyusun gerak kerja parti agar sesuatu kejayaan dapat diterjemahkan dan dirasai oleh rakyat sebagaimana ‘State Government 4’ (SG4) telah menang.
“Alhamdulillah walaupun ada sekatan, tekanan dan royalti minyak tak diberi sebagaimana yang sebelumnya, tetapi usaha-usaha berterusan dibuat, selain kita juga meletakkan sasaran tiga negeri untuk diberi perhatian yang serius iaitu Selangor, Perak dan Pahang. 
(Lanjutnya, sila lihat 'PRU 16:Garap kekuatan PAS, sasar tiga negeri' HARAKAHDAILY 26/5/2024)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pada PRU 14 PAS/PN menawan 18 kerusi, PRU 15 menawan 43 parlimen. Apakah dalam PRU 16, dengan strategi baru tersebut PAS-PN mampu menawan beberapa buah negara lagi? Insya Allah, al-hamdulillah!
..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/05/khilaf-jangan-kelahi-presiden-pas-pru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuan Ibrahim Langgar Pandangan Presiden Pas Sendiri

Tuan Ibrahim Langgar Pandangan Presiden Pas Sendiri

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 84 hits
AKMAL MANAFTimbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan tiada keperluan untuk menambah Ahli Dewan Undangan Negeri di Pahang Kalau sekadar lantik untuk menyokong saya fikir kerajaan sudah kuat tak ada keperluan Lebih ba...
Pas Jangan Sembang Bab Budaya Hiburan Negeri Kamu Pun Cacamerba Dengan Hiburan Cacamerba

Pas Jangan Sembang Bab Budaya Hiburan Negeri Kamu Pun Cacamerba Dengan Hiburan Cacamerba

papar berkaitan - pada 21/5/2024 - jumlah : 72 hits
Zuwairi Md Yusof PAS tak layak sembang budaya hiburan melampaui batas sebab KEDAH KELANTAN sakan konsert bogel lucah melalaikan di samping siap jadi HANTU2 PRU15 lalu kehkehkeh KAFIR sambut HALLOWEEN hari lain PN sambut HALLOWEEN malam PRU1...
Jobstreet By Seek Offers Free Job Ads For Sabah And Sarawak Employers To Support Borneo Businesses

Jobstreet By Seek Offers Free Job Ads For Sabah And Sarawak Employers To Support Borneo Businesses

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 121 hits
EAST MALAYSIA 30 May 2024 Jobstreet by SEEK Malaysia s No 1 Trusted Talent Partner is offering limited time free job advertisements for employers in East Malaysia as a strategic initiative to stimulate employment opportunities for businesse...
Sabah Looking At Following Sarawak In Using English For Maths And Science In Schools

Sabah Looking At Following Sarawak In Using English For Maths And Science In Schools

papar berkaitan - pada 22/5/2024 - jumlah : 105 hits
The Sabah government is still collecting data and opinions regarding the use of English as the medium of instruction for Mathematics and Science subjects in secondary schools State Science Technology and Innovation Minister Datuk Mohd Arifi...
Emulate Sarawak On Teaching Maths Science In English Sabah Govt Told

Emulate Sarawak On Teaching Maths Science In English Sabah Govt Told

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 83 hits
It was recently reported that Sarawak s secondary schools will teach Mathematics and Science subjects in English in stages from 2026 PETALING JAYA An opposition leader in Sabah has called on the state government to emulate Sarawak and imple...
Presiden Ukraine Sempat Fikir Pru Ketika Negara Masih Berperang

Presiden Ukraine Sempat Fikir Pru Ketika Negara Masih Berperang

papar berkaitan - pada 3/6/2024 - jumlah : 56 hits
Presiden Ukraine sempat fikir PRU ketika negara masih berperang VOLODYMYR ZELENSKY KYIV Ketika perang di Ukraine masih berlarutan Presiden Volodymyr Zelensky dilihat sempat memikirkan mengenai pilihan raya biarpun pemimpin itu menganggap bu...
Proposal For Dap Pas Cooperation Draws Opposing Reaction

Proposal For Dap Pas Cooperation Draws Opposing Reaction

papar berkaitan - pada 22/5/2024 - jumlah : 106 hits
Two analysts believe PAS will not be open to such a tie up but a third says that the DAP Umno collaboration shows that anything is possible A suggestion to have the DAP invite PAS into the unity government to help curb extremism in the coun...
Jenama Qsr Menyumbang Lebih Rm150 000 Manfaat Kepada Lebih 2 500 Umat Islam Merentas Dua Negara

Makluman Jawatan Kosong Cidb Jun 2024 Untuk Permohonan

Kemenpora Dan Bkkbn Edukasi Program Keluarga Muda Berdaya Ini Pesan Untuk Calon Pengantin

Kisah Seram Pengawal Keselamatan Diganggu Lembaga

Jun 27 2024

Stop Sale Of Bruno Mars Concert Tickets The Sun 27 06 2024

10 Nama Sahabat Nabi Yang Dijamin Syurga Siapakah Mereka

Lirik Lagu Niscaya Bilal Indrajaya



8 Fakta Biodata Jazmy Juma Khan Hero Remaja Pelakon Drama Berepisod Nuh Dan Nayla TV3 Gandingan Scha Elinnea

10 Fakta Biodata Harissa Adlynn Halim Pelakon Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Astro Ria Gandingan Redza Rosli

6 Makhluk Mitos Yang Digeruni dan Disanjung Masyarakat Asia Tenggara

10 Filem Komedi Lawak Terbaru Yang Best Juga Tersedia Online Netflix Prime Video HBO GO Dengan Sarikata Bahasa Melayu

Info Dan Sinopsis Filem Ipar Adalah Maut 2024 Kini Di Pawagam Malaysia


Ciptakan Rumah Nyaman Dengan Vertical Garden Mewah Dan Estetik

Beg Galas Untuk Isteri Adik Angkat

Pengat Pisang

Bastiongpt The Future Of Hipaa Compliant Chatbots In Medicine

Kereta Elektrik Terbakar Selepas Berlanggar

Tanggapan Pada Yahudi Zionis Rejim Tel Aviv Dan Israel