Presiden Pas Minta 1jam Life Di Tv Jelaskan Amanat



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meletakkan syarat, beliau sedia menjelaskan isu amanatnya pada 1981 sekiranya beliau diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan.

Setelah sekian lama menyepi, akhirnya Abdul Hadi tampil memberikan reaksinya berhubung isu Amanat Haji Hadi sekiranya kerajaan memberinya peluang selama sejam menerusi siaran RTM atau TV3 untuk berbuat demikian.

Menurutnya, beliau hanya akan menyatakan pendiriannya sama ada menarik balik atau mempertahankan Amanat Haji Hadi sekiranya permintaan itu dipenuhi.

“Saya minta supaya diberi peluang sejam oleh RTM dan TV3 secara live (langsung). Saya percaya kalau jawab di sini akan diputar belit. “Biar satu jam berikan pada saya untuk saya jelaskan, lepas itu baru masyarakat boleh menilai.

Tak kira bila kerajaan nak beri, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan beri arahan," katanya selepas melancarkan melancarkan Petugas Muslimat Marang PRU ke-13 di Dewan Tok Guru, Rusila semalam.

Pada masa sama, Abdul Hadi berkata, beliau juga bersedia memberi penjelasan secara bertulis mengenai pendiriannya itu berkaitan amanat yang dicetuskan sejak lebih 30 tahun lepas.

Amanat Hadi itu mendapat bantahan ramai malah pelbagai pihak termasuk bekas anggota PAS mendesak Abdul Hadi menarik balik amanat itu demi kekuatan ummah dan perpaduan orang Melayu. 

Abdul Hadi turut menolak dakwaan kononnya beliau lama mendiamkan diri kerana takut sebaliknya berkata beliau hanya akan menyatakan pendiriannya sama ada akanmenarik balik atau mempertahankan Amanat Hadi itu sekiranya dapat menjelaskantersebut menerusi siaran televisyen. 

Pelbagai pihak turut tampil mendesak agar Presiden PAS itu menarik balik amanatnya itu. Semalam, Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa‘amah berkata,  Abdul Hadi wajib menarik balik amanat yang dibuatnya pada 1981 sehingga menyebabkan umat Islam di negara ini berpecah-belah.

Sekiranya Abdul Hadi enggan berbuat demikian, maka beliau akan berdosa di dunia dan akhirat kerana amanatnya itu telah menyebabkan ada umat Islam yang putus saudara dan bermusuhan sesama sendiri.

Malah katanya, persengketaan umat Islam angkara Amanat Haji Hadi hanya membuka ruang kepada pihak-pihak berfahaman pluralisme dan golongan yang menyokong gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) mengukuhkan kedudukan mereka.

“Kesan daripada Amanat Haji Hadi itu juga wujud fahaman assabiyah dan kumpulan yang taksub kepada Pas serta pemimpin parti sehingga memberi kesan berpanjangan kepada perpaduan sesama umat Islam," katanya di Kota Bharu. Bekas anggota PAS seumur hidup Zainon Ismail mendedahkan bahawa puluhan ribuanggota PAS masih berpegang teguh kepada Amanat Hadi yang menganggap orang Umno kafir.

Sementara itu Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, Abdul Hadi akan diberi peluang memberi penjelasan mengenai amanatnya yang mengkafirkan Umno pada 1981, di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).

Abdul Hadi perlu memohon kepada kementerian mengenai saluran yang dipilihnya untuk memberi penjelasan itu.

"Pihak RTM boleh siarkan kenyataannya sekiranya kandungannya sesuai dan ada nilai berita. Tetapi pada masa yang sama, Abdul Hadi perlu memberi peluang kepada pihak lain memberi pandangan mereka kerana amanatnya ini telah dibuat pada 1981," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan raptai sambutan Rumah Terbuka Malaysia

Krismas dan sambutan Tahun Baru 2013 di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur semalam. (TEGANUKU )
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Berani ke, kerajaan PH. Beri le kalau gentleman..

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/01/presiden-pas-minta-1jam-life-di-tv.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembinaan Negara Melalui Keadilan Memakmur Bumi Presiden Pas Di Dublin Ireland

Pembinaan Negara Melalui Keadilan Memakmur Bumi Presiden Pas Di Dublin Ireland

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 184 hits
KUALA LUMPUR Pembinaan negara hanya dapat dicapai melalui keadilan pemerintahan yang ditegakkan untuk rakyat bersama usaha memakmurkan bumi dengan petunjuk daripada Allah S W T Bukan dengan membina bangunan bangunan atau kehebatan tamadun s...
Serang Presiden Pas Rafizi Terdesak Naikkan Namanya Yang Membusuk

Serang Presiden Pas Rafizi Terdesak Naikkan Namanya Yang Membusuk

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 203 hits
Kenyataan Media 5 Januari 2019 28 Rabiulakhir 1440H SERANG PRESIDEN PAS RAFIZI TERDESAK NAIKKAN NAMA SENDIRI YANG SEMAKIN MEMBUSUKRafizi menyedari namanya semakin membusuk Angan angannya untuk melihat Presiden kesayangan beliau memanjat nai...
Hadir Sidang Di Tehran Presiden Pas Sedia Letak Jawatan

Hadir Sidang Di Tehran Presiden Pas Sedia Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 225 hits
KUALA TERENGGANU 23 Dis Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia melepaskan jawatan sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia berikutan kunjungannya ke Persidangan Lembaga Taqrib Mazhab Antarabangsa di Tehran Iran yang terus mendapat k...
Pas Ajak Rakyat Beri Tekanan Kepada Kerajaan Tunai Janji

Pas Ajak Rakyat Beri Tekanan Kepada Kerajaan Tunai Janji

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 349 hits
27 12 2018PH perlu pulihkan ekonomi elak daripada catur masa depan politik masing masingOleh Siti Fatimah Ishak BANGI 19 Rabiulakhir 1440H Khamis PAS hari ini mengajak rakyat memberi tekanan kepada kerajaan campuran Pakatan Harapan yang dib...
Pas Ikrar Terus Bersama Umno Selepas Dikritik Bahtera Bocor

Pas Ikrar Terus Bersama Umno Selepas Dikritik Bahtera Bocor

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 340 hits
FMT Reporters PETALING JAYA Selepas presiden dan naib presiden PAS mengkritik Umno secara berasingan baru baru ini parti Islam itu hari ini bertukar nada dengan berikrar akan terus bersama Umno tanda solidariti antara 2 parti Melayu Islam t...
Aku Tersalah Baca Ke Pas Merasakan Umno Perlu Bangkit Semula

Aku Tersalah Baca Ke Pas Merasakan Umno Perlu Bangkit Semula

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 237 hits
Susah nak faham halatuju parti PAS Kadang mereka bercakap soal perjuangan islam tapi dalam masa yang sama mereka perjuangkan bangsa demi kelangsungan bangsa melayu Bagaimana pula dengan bangsa lain yang beragama islam Apakah mereka tidak pe...
Waste Of Time Avoid Unnecessary Problems Pas Youth Hit Run Derita Rakyat Rally On New Year S Eve

Waste Of Time Avoid Unnecessary Problems Pas Youth Hit Run Derita Rakyat Rally On New Year S Eve

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 431 hits
5h agoWhat is PAS actually trying to prove PAS has failed the Kelantanese and Terengganu people with their poor management of these two States Investment prospects in Kelantan and Terengganu is insignificant How are the people there going t...
Pas Tiada Masalah Waytha Diganti Pemimpin India Lain

Pas Tiada Masalah Waytha Diganti Pemimpin India Lain

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 279 hits
THE MALAYSIAN TIMES KOTA BHARU PAS tiada masalah sekiranya P Waythamoorthy digantikan dengan pemimpin India yang lain asalkan dapat menjalankan kewajipan dengan sebaik mungkin Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata desakan par...
Saya Kristian Siapa Kata Pas Racist Satail Majungkat Sabah

Saya Kristian Siapa Kata Pas Racist Satail Majungkat Sabah

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 453 hits
DEWAN Himpunan Penyokong PAS Sabah hari ini menyangkal dakwaan sesetengan pihak yang membuat tuduhan sesuka hati mengatakan PAS parti racist Saya seorang yang beragama Kristian dan telah menjadi ahli DHPP sejak tahun 2012 Saya telah membant...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Berebut Kasih

Reaching Out

Makanan Perlis Paling Popular

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq

Calon Pn Kuala Kubu Baru Ceo Syarikat Tutup



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024

Prk Kkb Pertandingan Parti Atau Pertandingan Kaum

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia