Presiden Pas Bapa Gerakan Islam Israel Biadap


 
Barisan tokoh Islam yang menyertai Seminar Taufan al-Aqsa membuka Tirai Minggu al-Quds Sedunia kali ke-4, di KUIZM, Kuala Lumpur pada hari ini, 6 Feb 2024.
Tuan Guru Abdul Hadi ‘Bapa Gerakan Islam’ 
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang boleh dianggap sebagai ‘Bapa Gerakan Islam’ yang ada pada masa ini.

Itu kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang ahli perniagaan dari Mesir, Datuk Ahmad Amir Ali dalam Seminar Taufan al-Aqsa Pembuka Tirai Minggu al-Quds Sedunia kali ke-4, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (Akademi Pendidikan KUIZM), di sini, hari ini.
Seminar yang dipengerusikan oleh Naib Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Selangor, Ustaz Imran Selamat itu diadakan di Kolej Universiti Islam Zulkifili Muhammad, pagi tadi.
Ahmad menyatakan bahawa Tuan Guru Abdul Hadi bukan sahaja mewakili gerakan Islam di negara ini, bahkan dunia Islam seluruhnya lebih-lebih lagi dalam menyokong perjuangan Palestin terhadap kekejaman Israel.
Menurut beliau, banyak negara Islam memilih untuk berdiam diri mengenai isu tersebut tetapi bukan negara Malaysia, Yaman dan Turkiye.
“Sebab itu saya puji pendirian pemerintah negara Malaysia dan Turkiye kerana mempunyai pendirian yang berani dalam menyatakan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin,” katanya.
Turut hadir ialah wakil Persatuan Ulama Palestin Dr. Nawwaf Takruri;  Rektor Kolej Universiti Islam Universiti Zulkifili Muhammad Ustaz Azhar Yahya; ulama dari Yaman, Dr. Abdullah Abdul Majid al-Zindani, wakil ulama dari Algeria, Syeikh Nuruddin La’muri; wakil Persatuan Ulama Palestin di Malaysia, Dr. Ridwan Jamal al-Atrash; dan ulama dari Turkiye, Syeikh Su’at Yassin serta Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Selangor, Dr. Mohd Zambri Mohd Zainuldin.
Sementara itu, Nawwaf menyatakan bahawa serangan terhadap Al-Aqsa juga berlaku sejak beberapa tahun negara-negara Arab cuba memulakan normalisasi dengan negara haram Israel itu sendiri.
Menurut beliau, tindakan tersebut hanya terpaksa dihentikan apabila semakin ramai rakyat negara-negara tersebut mula bangkit setelah bermulanya pembunuhan berskala besar oleh pihak tersebut terhadap rakyat Palestin.
“Jadi, negara-negara Arab terpaksa akur dengan gesaan ramai rakyat mereka agar tidak mengkhianati perjuangan rakyat Palestin yang menuntut kemerdekaan.
“Namun begitu, ramai pihak menyatakan al-Aqsa sedang ditawan tetapi hakikatnya sebahagian negara Islam juga begitu kerana tidak mampu bertindak secara berskala besar bagi menghadapi isu sebegini gara-gara faktor politik dan ekonomi yang berkaitan dengan negara-negara yang bersekutu dan menyokong negara haram penjajah itu,” ujarnya.
Beliau dalam pada itu merakamkan penghargaan kepada Tuan Guru Haji Abdul yang sentiasa menyokong perjuangan Palestin walau apa pun keadaan.
Semenatara, Mohd Zambri pula mengalu-alukan kehadiran delegasi ulama ke Selangor dan Wilayah Persekutuan kerana memberi sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Negeri Sungai Burong menyatakan kekesalannya atas sikap negara-negara Islam yang bermazhab Sunni kerana hanya berpeluk tubuh mengenai isu Palestin.
“Ini berbeza dengan kumpulan pejuang berlainan mazhab di Lubnan dan Yaman yang menghulurkan bantuan secara terang-terangan terhadap pejuang Palestin,”  katanya ketika memberikan ucapan penutup majlis tersebut.
Beliau turut memetik kata-kata seorang pejuang Palestin yang tular sebelum ini iaitu mereka tidak mengharapkan bantuan ketenteraan negara-negara Arab pada masa ini tetapi cukup hanya sekadar memberikan bekalan air bersih.


“Jadi, saya mengharapkan pertemuan ini bukanlah yang terakhir dan semoga acara yang bersifat tahunan ini bakal menjadi pemangkin untuk kebangkitan umat ini dalam perjuangan membebaskan bumi Palestin,” katanya. – HARAKAHDAILY  6/2/2024

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Presiden PAS 'Bapa Gerakan Islam' & Israel biaDAP..  


(i) Israel teruskan serangan di tengah-tengah desakan gencatan senjata
Foto yang diambil dari Rafah di selatan Semenanjung Gaza menunjukkan kepulan asap di atas bangunan di Khan Yunis berikutan pengeboman Israel pada 5 Februari 2024. - Foto AFP

BAITULMAQDIS: Israel meneruskan pertempuran di utara Semenanjung Gaza semalam di tengah-tengah gesaan antarabangsa yang semakin meningkat untuk disegerakan gencatan senjata.
Dalam kemas kini operasi terbarunya, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) melaporkan tenteranya kembali ke kawasan tempat mereka beroperasi sebelum ini.
Sejak beberapa minggu lalu, serangan di utara Semenanjung itu telah berkurangan berikutan penegasan Israel untuk mendapatkan kawalan ke atas kawasan berkenaan, sekali gus menyaksikan orang yang kehilangan tempat tinggal berharap boleh kembali ke rumah mereka.
"Pasukan yang beroperasi di bawah bahagian itu menghalang Hamas daripada membina semula keupayaannya," Komander Divisyen ke-162 IDF, Itzik Cohen, berkata dalam kemas kini itu, sambil menegaskan pasukan itu memperhebatkan operasi ke atas Hamas yang tinggal di kawasan itu.
Pada hujung minggu, sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Rafah, sebuah bandar yang sebelum ini ditetapkan sebagai zon selamat oleh tentera Israel.
Lebih separuh daripada lebih dua juta penduduk Gaza melarikan diri ke Rafah, menurut Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan di wilayah Palestin yang diduduki.
Sekurang-kurangnya 133 rakyat Palestin terbunuh dan 205 cedera di Gaza sejak 24 jam lalu, Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas melaporkan awal pagi semalam.
Kementerian itu berkata lebih 27,478 rakyat Palestin terbunuh dan 66,835 lagi cedera akibat serangan Israel ke atas Gaza, yang dicetuskan oleh serangan mengejut Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023.
Pada pagi semalam, konvoi bantuan makanan terkena tembakan Israel ketika menunggu untuk bergerak ke utara Gaza, menurut Agensi Bantuan dan Kerja PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA).
"Syukurlah, tiada siapa yang cedera," Tom White, pengarah hal ehwal UNRWA di Gaza, menulis dalam satu catatan di platform media sosial X.
Sumber keselamatan Israel memberitahu Xinhua bahawa tentera sedang menyemak laporan itu tanpa memberikan maklumat lanjut.
Sementara itu, Menteri Luar Perancis Stephane Sejourne, semalam pada sidang media ketika lawatan rasmi pertamanya ke Israel menggesa Israel memudahkan "gencatan senjata segera" dan "kemasukan besar-besaran" bantuan ke Gaza.
Ketika pengantara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat sedang menunggu jawapan daripada Hamas kepada tawaran gencatan senjata, termasuk pembebasan tebusan, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberitahu parti sayap kanannya, Likud bahawa perang tidak hampir berakhir.
"Matlamat kami adalah kemenangan sepenuhnya ke atas Hamas. Kami akan membunuh kepemimpinan Hamas. Oleh itu, kami mesti terus bertindak di semua kawasan di Semenanjung Gaza," katanya. - AGENSI

(ii) Ingat ke di Pelestin saja rumah penduduk dirobohkan,di M'sia pun ada? Kini giliranpenduduk Kg Sungai Chinchin pula..Detik-detik premis milik penduduk Kampung Sungai Chinchin dirobohkan. (FOTO ihsan Ketua Kampung Desa Mukmin Warisan, Najib Mohktar)GOMBAK: Giliran penduduk Kampung Sungai Chinchin di sini pula menjadi mangsa seterusnya demi pembangunan projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur ECRL.Pendedahan terbaharu itu dibuat Ketua Kampung Desa Mukmin Warisan, Najib Mohktar yang berkata, kejadian serupa dialami sebelum ini oleh penduduk  kampung Desa Mukmin Warisan apabila kediaman mereka telah dirobohkan […]
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

Siri kebangkitan 'damai' se dunia Israel/AS berakhir.. 
1. S'pura kutuk HAMAS. DAP,/PAP/S'pura/Israel sama?2. Doa rakyat K'tan-M'sia untuk Paleestin. & DAP/PAP ...3 .Kebangkitan 'damai' se dunia.. & burung unta soro...3. Kepada peminat filem, Gaza karya fiksyen?5. Ada kapal terkait Israel, serang! Ranapkan..6.Tel Aiv diserang HAMAS, Iran, Yaman & +++7. Israel kalah perang di Gaza. & kesan di M'sia..8. AS Tiba-Tiba 'Bela' Hamas, mengapa?9. Gencatan senjata, Israel/HAMAS awal kemenangan Is...10. Rahsia kekuatan HAMAS. & Misteri wanitanya..11. Ini, Mossad Israel, buru HAMAS hingga ke M'sia, ki...12. Ini, Abu Ubaidah jadi hujung tombak Al-Qassam HAMAS.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/02/presiden-pas-bapa-gerakan-islam-israel.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sejarah Tahun Baru China Dalam Islam Komen Atas T Presiden Pas Maaf

Sejarah Tahun Baru China Dalam Islam Komen Atas T Presiden Pas Maaf

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 357 hits
Corettan Kisah Timbalan Presiden PAS Salman Al Farisi merupakan Gabenor Kufah di zaman Saidina Umar al Khattab Di hari hari akhir hidupnya beliau menangis Tangisannya yang sangat kuat menyebabkan para Sahabatnya bertanya kepada beliau kenap...
Gerakan Kampus Kritik Jokowi Meluas Mungkinkah Berdampak Terhadap Kepercayaan Publik Ke Presiden

Gerakan Kampus Kritik Jokowi Meluas Mungkinkah Berdampak Terhadap Kepercayaan Publik Ke Presiden

papar berkaitan - pada 7/2/2024 - jumlah : 166 hits
Sejumlah kampus besar melakukan petisi hingga deklarasi menyelamatkan demokrasi dan mengkritik Presiden Jokowi
Pemuda Amanah Presiden Pas Hina Institusi Kehakiman Perlembagaan

Pemuda Amanah Presiden Pas Hina Institusi Kehakiman Perlembagaan

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 178 hits
Malaysiakini nbsp Pemuda Amanah mendakwa Presiden PAS Abdul Hadi Awang menghina institusi kehakiman dan Perlembagaan Persekutuan Ketuanya Hasbie Muda membuat dakwaan itu berdasarkan rencana Abdul Hadi bertajuk Meninggikan syariat Allah aman...
Islam Ajar Takut Kepada Allah Pas Seru Takut Kepada Dap

Islam Ajar Takut Kepada Allah Pas Seru Takut Kepada Dap

papar berkaitan - pada 10/2/2024 - jumlah : 244 hits
Pas sebagai parti yang memperjuangkan agama Islam diminta untuk bermuhasabah meneliti arah perjuangannya sejak kebelakangan ini yang menyeru orang Melayu Islam takutkan DAP Bagi Setiausaha Gabungan Reformis Malaysia Kapten Zulkifli Othman s...
Polis Tahan Bapa Didakwa Pukul Anak Perempuan Hingga Cedera

Polis Tahan Bapa Didakwa Pukul Anak Perempuan Hingga Cedera

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 188 hits
SEREMBAN 25 Jan Polis menahan seorang lelaki 47 tahun yang dipercayai memukul dan menendang anak perempuannya berumur 17 tahun hingga cedera di sini semalam Ketua Polis Daerah Rembau DSP Hazri Mohamad berkata lelaki itu turut disiasat bagi ...
Bahlil Duga Ada Skenario Di Balik Gerakan Kampus Kritik Jokowi Saya Ngerti Betul Barang Ini

Bahlil Duga Ada Skenario Di Balik Gerakan Kampus Kritik Jokowi Saya Ngerti Betul Barang Ini

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 138 hits
Bahlil Lahadalia meyakini ada yang mendalangi gerakan dan petisi para civitas akademika kepada Presiden Jokowi
Dipukul Bapa Guna Kerusi Dan Papan Seterika Remaja Perempuan Terima 12 Jahitan

Dipukul Bapa Guna Kerusi Dan Papan Seterika Remaja Perempuan Terima 12 Jahitan

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 162 hits
Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai memukul anak perempuannya sehingga mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dalam kejadian di Kampung Kendong Baru Rembau Negeri Sembilan tengah malam tadi Anak Dipukul Bapa Mabuk Berda...
Hiburan Pensyarah Nikahi Pelajar Intern Di Thailand Ibu Bapa Langsung Tak Tahu Nanti Lepas Konvo Kami Bagitahu

Hiburan Pensyarah Nikahi Pelajar Intern Di Thailand Ibu Bapa Langsung Tak Tahu Nanti Lepas Konvo Kami Bagitahu

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 202 hits
Alangkah luluhnya hati seorang isteri apabila bukan sahaja diduakan malah ditipu juga oleh seorang suami tentang status poligaminya itu Berdasarkan satu perkongsian di Facebook seorang Perunding Psikologi Keluarga amp Guaman Syarie telah me...
Bapa Ditahan Ugut Guru Dakwa Anak Dipukul Kerana Merokok

Bapa Ditahan Ugut Guru Dakwa Anak Dipukul Kerana Merokok

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 200 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang bapa ditahan mengugut guru kerana mendakwa anaknya dipukul selepas didapati merokok dalam tandas sekolah Ketua Polis Kota Kinabalu Mohd Zaidi Abdullah berkata pengadu 40 tahun yang juga guru sekolah itu di...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation