Ppv Banyak Vaksin Tetapi Lengan Yang Hendak Disuntik Itu Tak Cukup Kj


Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mendedahkan, bekalan vaksin COVID-19 di semua Pusat Pemberian Vaksin di seluruh negara ketika ini melebihi jumlah individu yang perlu disuntik. Jumlah vaksin melebihi 'lengan' yang hendak disuntik - Khairy ALOR SETAR: Kebanyakan pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara semakin sepi dan tidak semeriah seperti sebelum ini selepas hampir 80 peratus populasi dewasa yang berkelayakan menerima divaksin.

KHAIRY Jamaluddin (berdiri kiri) bertanya khabar kepada orang ramai yang berada di HSB ketika melawat hospital itu hari ini. - UTUSAN/MOHD. RAFIE AZIMI Menurut Utusan Malaysia, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, keadaan itu menyebabkan jumlah vaksin yang dibekalkan sekarang melebihi daripada jumlah ‘lengan’ yang hendak disuntik.

Katanya, kadar vaksinasi di seluruh negara juga didapati sudah tidak mencapai kadar 500,000 sehari seperti sebelum ini.


“Sekarang ini bukan isu bekalan kerana vaksin memang mencukupi. PPV banyak vaksin tetapi ‘lengan’ yang hendak disuntik itu tak cukup.

“Kita dah berusaha sehabis mungkin dengan buka PPV, hantar tarikh temu janji untuk orang ramai dapatkan suntikan tetapi rata-rata PPV kini agak kosong,” katanya selepas lawatan kerjanya ke Kedah di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Yang hadir sama Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor.


Beliau juga melawat meluangkan masa melawat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Sehubungan itu, Khairy berkata, pihaknya akan terus melaksanakan program ‘outreach’ untuk mengenal pasti golongan tegar antivaksin.

Tambahnya, tumpuan tersebut juga diberikan kepada kawasan dan negeri-negeri tertentu yang masih memiliki tahap vaksinasi rendah.

Jelasnya, pada masa ini, tinggal sebanyak 17 peratus penduduk dewasa Kedah yang berkelayakan belum mendapat suntikan tersebut.

“Contohnya kawasan Pendang dan Baling di Kedah serta negeri Sabah. Sekarang ini mungkin dah tak ramai nak keluar ke PPV jadi kita kena jejaki mereka yang belum divaksin ketika ini,” katanya.


Dalam pada itu, beliau memaklumkan, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan majikan dalam sektor tertentu untuk mengenakan syarat supaya pekerja mereka mendapatkan vaksinasi sebelum kembali dibenarkan bekerja.

Selain itu, katanya, perbincangan turut dijalankan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengenal pasti tindakan boleh diambil terhadap penjawat awam yang memilih untuk tidak divaksin.

“Di samping itu, kita minta juga kerjasama semua pihak seperti masjid contohnya supaya betul-betul melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) dengan hanya membenarkan mereka yang sudah divaksin memasuki rumah ibadat tersebut,” katanya.

SOURCE: UTUSAN

Kongsikan artikel ini: ***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/09/ppv-banyak-vaksin-tetapi-lengan-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
57 Persen Pelajar Di Banten Telah Disuntik Vaksin Covid 19

57 Persen Pelajar Di Banten Telah Disuntik Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 253 hits
Kepala Dinas Pendidikan dan Kebudayaan Provinsi Banten Tabrani mengatakan 57 persen pelajar berusia 12 hingga 17 tahun di Banten telah disuntik vaksin Tabrani mengatakan Dinas Pendidikan dan Kebudayaan Banten menargetkan sampai akhir bulan ...
Hanya Pelajar Cukup 2 Dos Vaksin Layak Ke Kampus

Hanya Pelajar Cukup 2 Dos Vaksin Layak Ke Kampus

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 275 hits
PUTRAJAYA Hanya pelajar institusi pengajian tinggi yang telah lengkap dua dos vaksin Covid 19 sahaja dibenarkan kembali menyambung pengajian di kampus selepas ini Pelajar yang baru menerima satu dos dan yang belum mene rimanya tidak dibenar...
Mak Dan Abah Lengkap 2 Dos Vaksin Az Astrazeneca Di Ppv Idcc Shah Alam

Mak Dan Abah Lengkap 2 Dos Vaksin Az Astrazeneca Di Ppv Idcc Shah Alam

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 390 hits
Alhamdulillah MAK DAN ABAH LENGKAP 2 DOS VAKSIN AZ ASTRAZENECA DI PPV IDCC SHAH ALAM Mereka terima vaksin untuk corona virus ini pada 22 Jun 2021 untuk dos pertama manakala terima vaksin Covid 19 pada 24 Ogos 2021 untuk dos kedua MAK DAN AB...
Mati Akibat Covid Atau Akibat Disuntik Vaksin

Mati Akibat Covid Atau Akibat Disuntik Vaksin

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 287 hits
IBRAHIM MAT ISAOleh kerana cabaran demi cabaran kononnya kami ni penipu aku tampilkan muka pertama sahaja laporan Jangan cakap lagi kami ni hanya kuat bercakap Kalau korang tak perihatin dengan kematian baik diam dan tunggu isyarat transhum...
Penggemar Apam Balik Boleh Buat Sendiri Guna Resipi Mudah Ini Yang Penting Boleh Letak Banyak Jagung Kacang

Penggemar Apam Balik Boleh Buat Sendiri Guna Resipi Mudah Ini Yang Penting Boleh Letak Banyak Jagung Kacang

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 588 hits
Sesiapa yang gemar makan apam balik tu sekarang dah boleh buat sendiri Lagi rangup dan lagi sedap Yang penting boleh letak banyak jagung dan apa apa bahan yang kita suka Ayak tepung bersama baking powder soda bikarbonat dan garam 2 Pukul te...
Tak Macho Ke Kalau Buat Yoga Tapi Senaman Itu Cukup Baik Buat Kaum Lelaki

Tak Macho Ke Kalau Buat Yoga Tapi Senaman Itu Cukup Baik Buat Kaum Lelaki

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 181 hits
Tak Macho Ke Kalau Buat Yoga Tapi Senaman Itu Cukup Baik Buat Kaum Lelaki MESKIPUN ramai tahu bahawa senaman yoga mampu memberikan manfaat kesihatan namun tidak banyak kaum lelaki yang mahu melakukannya Ini kerana selama ini yoga dikaitkan ...
Mulai Besok Naik Krl Cukup Tunjukkan Sertifikat Vaksin

Mulai Besok Naik Krl Cukup Tunjukkan Sertifikat Vaksin

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 187 hits
Sertifikat vaksin sebagai syarat menggunakan KRL berlaku untuk KRL Commuter Line Jabodetabek KRL Yogyakarta Solo KA Prambanan Ekspres dan KA lokal yang dioperasikan KAI Commuter
Belikan Isteri Baju Dah Cukup Senangkan Hati Isteri Bukan Boros Tapi Itu Nafkah

Belikan Isteri Baju Dah Cukup Senangkan Hati Isteri Bukan Boros Tapi Itu Nafkah

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 213 hits
Isteri jarang meminta jauh sekali minta dibelikan barangan mewah untuk kecantikan dirinya Anak anak lebih diutamakan begitulah isteri kita Walau tanpa diminta apa kata sesekali kita belikan isteri kelengkapan dirinya seperti pakaian dan seb...
Seorang Individu Dihalang Ke Langkawi Belum Cukup Tempoh Matang Vaksin

Seorang Individu Dihalang Ke Langkawi Belum Cukup Tempoh Matang Vaksin

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 212 hits
Oleh NUR ANATI JUHARI PENUMPANG feri dari Kuala Kedah ke Langkawi perlu mematuhi SOP yang ditetapkan termasuk cukup tempoh matang vaksinasi UTUSAN SHAHIR NOORDINALOR SETAR Seorang individu dihalang memasuki Terminal Jeti Kuala Kedah bagi me...
Alamak Kembar Lah

The Leadership Versatility Index Unlocking The Power Of Adaptive Leadership

Antara Punca Masalah Kesihatan Makanan Yang Tidak Halalan Toiyibban

Yeay Dah Beli Tiket Flight Dah

Cafe Aesthetic Warunk Koffie By Wood Steel

Sawan Demam Punca Jenis Tanda Tanda Awal

The Commitment To Excellence What Makes Canadian Cigarettes A Premium Choice

Petua Buat Kuih Talam Berlauk Sedap Ikut Cara Ni Paling Simple


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39


Caroline Yusof Ginawoku Kagasan Chord

Huawei Mate Xt Takes Spotlight At Pavilion Kuala Lumpur With Groundbreakingtri Fold Innovation

Syukur Sabah Permohonan Semakan Status Bayaran

Wan Razali Penjenamaan Semula Projek Perumahan Rakyat Termiskin Apa Manfaat Kepada Rakyat

Piala Malaysia Main Sini Stadium Darul Makmur Dicadang Jadi Venue Lepas Ura Ura Tok Gajah Bakal Terkubur

Event Report 5 Customs From The Las Vegas One Motorcycle Show