Ppsmi Ini Pandangan Profesor Matematik


Wartawan MalaysiaGazette Prof. Dr. Zuhaimy Ismail 
KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu menerima hakikat bahawa Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan mulai 2012 adalah satu kegagalan yang tidak harus diulangi semula.

Pelaksanaan PPSMI pada tahun 2009 telah membuktikan bahawa Kementerian Pendidikan gagal menjadikan ia sebagai ‘subject matter’ (perkara pokok), selain ia gagal membantu para pelajar luar bandar menguasai subjek matematik dan sains.

Malah, banyak kajian yang dijalankan oleh universiti-universiti awam mendapati PPSMI langsung tidak membantu aspek minat para pelajar untuk menguasai matematik dan sains.

Kajian juga mendapati PPSMI lebih sesuai untuk para pelajar dalam kalangan ‘elit’ berbanding golongan biasa,

Lantaran itu, Profesor Fakulti Sains di Jabatan Sains Matematik Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia, Prof. Dr Zuhaimy Ismail berkata, kerajaan tidak wajar mengulangi satu sistem yang telah terbukti gagal.

Sebaliknya, kerajaan perlu terus memperkasakan Dual Language Programme (DLP) atau Program Dua Bahasa  untuk matematik dan sains yang sedang dilaksanakan sekarang kerana itu adalah pilihan rakyat.

Berpengalaman mengajar selama 36 tahun, Dr Zuhaimy berkata, para pelajar tempatan sebenarnya lebih selesa belajar menggunakan bahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris.

Lagipun, bahasa Inggeris boleh diterjemahkan dengan mudah, sekali gus isu penguasaan ilmu matematik dan sains dalam bahasa itu sama sekali tidak timbul.

“Meskipun banyak buku-buku ilmiah sains dan matematik adalah buku dalam bahasa Inggeris tetapi ia boleh diterjemahkan dengan terminalogi yang betul.

“Pengolahan terminologi (istilah) yang baik dan jelas akan menjadikan pemahaman pelajar lebih mantap hingga menguasai ilmu kedua-dua subjek itu dengan baik,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Katanya, situasi ini sama sahaja dengan bangsa-bangsa lain di dunia dalam usaha menguasai ilmu matematik dan sains kerana bukan semua individu boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

Contoh klasik adalah Jepun yang berbangga dengan bahasa pengantarnya tetapi mereka berjaya dalam ilmu sains dan teknologi.

Walaupun begitu, Dr Zuhaimy berkata, pembelajaran dan pengajaran bahasa Inggeris boleh dilaksanakan dalam subjek lain seperti geografi atau sejarah dalam usaha meningkatkan kefahaman, kemahiran dan penguasan bahasa tersebut.

Tetapi bukan matematik dan sains kerana kedua-dua subjek itu sukar dan memerlukan kefahaman yang baik untuk menguasainya.

“Kalau diajar dalam bahasa yang sukar difahami bagaimana kita mahu meningkatkan minat para pelajar dalam matematik dan sains.

“Kita tidak mahu apabila PPSMI sekali lagi diperkenalkan, ia akan gagal lagi. Yang rugi dan ketinggalan nanti adalah orang Melayu terutama para pelajar di luar bandar yang tidak menguasai bahasa tersebut,” tegasnya.

Selain itu, Dr Zuhaimy menambah, guru-guru sains dan matematik di negara ini juga masih tidak berada dalam keadaan sedia untuk mengajar subjek tersebut dalam bahasa Inggeris.

Dedah beliau, guru-guru di beberapa sekolah di Melaka didapati  tidak mampu menerangkan konsep pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris dengan baik.

“Ada dalam kalangan mereka silap faham dalam terminologi. Jadi bagaimana hendak mengajar kalau cikgu-cikgu pun tidak bersedia?.

“Kalau PPSMI diteruskan siapa rugi, sudah tentu anak cucu kita nanti,” kata Dr Zuhaimy yang berpendapat pengenalan sesuatu dasar tidak boleh bergantung kepada minat tertentu tetapi memerlukan penilaian dan penelitian secara keseluruhan demi masa depan generasi akan datang. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/ppsmi-ini-pandangan-profesor-matematik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 300 Profesor Dalam Mpn Tolak Ppsmi

Lebih 300 Profesor Dalam Mpn Tolak Ppsmi

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 292 hits
Majlis Profesor Negara menolak cadangan kerajaan untuk memperkenalkan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Mentematik dalam Bahasa Inggeris di sekolah dan menyifatkannya sebagai terbukti gagal Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif M
Persoalan Ppsmi Kepada Mahathir

Persoalan Ppsmi Kepada Mahathir

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 1194 hits
Persoalan PPSMI Kepada Mahathir Saya Hassan Abdul Karim Ahli Parlimen Pasir Gudang dengan rendah hati ingin mengemukakan beberapa persoalan asas berkenaan pengumuman Dr Mahathir Mohamad mengenai program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan...
Pelaksanaan Semula Ppsmi Tak Dibincang Dalam Mesyuarat Kata Teo

Pelaksanaan Semula Ppsmi Tak Dibincang Dalam Mesyuarat Kata Teo

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 324 hits
Pelaksanaan semula PPSMI tak dibincang dalam mesyuarat kata Teo Dr Mahathir hanya menyebut perkara itu dalam kenyataan pembukaannya sebelum mesyuarat kata timbalan menteri pendidikan
Kabinet Belum Setuju Laksana Semula Ppsmi Kata Guan Eng

Kabinet Belum Setuju Laksana Semula Ppsmi Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 518 hits
Kabinet belum setuju laksana semula PPSMI kata Guan Eng Dikemas kini 35 minit yang lalu Diterbitkan pada 1 Feb 2020 2 27PM
Apakah Melalui Ppsmi Mahathir Mahu Melingkupkan Ph

Apakah Melalui Ppsmi Mahathir Mahu Melingkupkan Ph

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 600 hits
Pengumuman Tun Mahathir Mohamad selaku pemangku Menteri Pendidikan mahu mengembalikan semula pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris mengundang reaksi negatif banyak pihak terhadap keputusan itu Rata rat...
Dr M Jangan Terburu Buru Belajar Kenapa Ppsmi Dulu Gagal

Dr M Jangan Terburu Buru Belajar Kenapa Ppsmi Dulu Gagal

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 489 hits
Bagaimanpun bekas timbalan menteri pendidikan P Kamalanthan memuji tindakan PM berkata PPSMI satu langkah ke hadapan
Ppsmi Batalkan Atau Hadapi Kebangkitan Rakyat

Ppsmi Batalkan Atau Hadapi Kebangkitan Rakyat

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 343 hits
KUALA LUMPUR Pemangku Menteri Pendidikan Tun Dr Mahathir Mohamad didesak membatalkan hasrat untuk mengembalikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris atau berhadapan semula dengan gelombang kebangkitan ...
Laksana Semula Ppsmi Gelapkan Masa Depan Anak Bangsa

Laksana Semula Ppsmi Gelapkan Masa Depan Anak Bangsa

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 451 hits
PPSMI pernah rekod reputasi buruk ketika dilaksana pada 2002 2010 Ketua Eksekutif Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia Mohd Zai Mustafa BANGI Keputusan melaksanakan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa...
Pena Bantah Tun M Mahu Kembalikan Ppsmi

Pena Bantah Tun M Mahu Kembalikan Ppsmi

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 335 hits
Persatuan Penulis Nasional Malaysia membantah sekeras kerasnya hasrat pemangku menteri pendidikan Dr Mahathir Mohamad untuk melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris kata Presidennya Dr Mohamad Saleeh Rahamad Keputus...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Salam Takziah Buat Seluruh Ahli Keluarga

The Lodge Maribaya Bandung Lokasi Aktiviti Menarik Dan Spot Bergambar Cantik

Anugerah Rekod Nilam

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B