Ppim Gesa Pinda Akta Bela Nasib Penduduk Kampung Sungai Baru Kosmo 28 06 2024


 

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa supaya meminda Seksyen 3, Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi mendapatkan keadilan kepada pemilik-pemilik tanah di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru.
Peguam yang mewakili Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Shahrin Satheer, berkata, ia perlu lebih jelas supaya perkara yang menimpa penduduk terbabit, tidak berulang.
Katanya, pampasan yang diterima oleh penduduk terlibat, perlu dinilai semula segera dengan jumlah munasabah.
“Paling munasabah bagi saya adalah RM1,500 satu kaki persegi dan ke atas. Kerajaan perlu bertindak segera agar penduduk tidak terus tertekan, membazir masa dan duit bayar peguam.
“Penduduk terkesan juga perlu diberikan kediaman baharu dengan segera kerana mereka terdiri daripada pelbagai peringkat umur termasuk warga emas,” katanya ketika sidang akhbar bersama penduduk, di sini, hari ini.
Sebagai pemilik tanah berdaftar jelasnya, penduduk boleh menggunakan kaedah undang-undang bagi menghalang sebarang tindakan pengusiran dilakukan sewenang-wenangnya.
“Nak halau, mereka kena dapatkan perintah mahkamah. Tambahan, penduduk memiliki tanah sah dan pemilik berdaftar Kampung Sungai Baru.
“Pemaju perlu dapatkan perintah mahkamah dulu sebelum boleh potong bekalan air dan elektrik atau sebagainya. Sekarang perintah pun tak ada tau-tau dah potong, itu tak adil,” tambahnya.
Katanya, pemaju ‘berani’ bertindak ke atas penduduk terbabit yang didakwa tidak mempunyai fahaman mengenai undang-undang.
“Andai kata nilai yang diberikan pemaju tidak munasabah, perkara ini adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan.
“Jadi, penduduk ada hak untuk cabar dan menyatakan bahawa pengambilan tanah ini melanggar Perlembagaan Persekutan maka ia perlu diketepikan,” jelasnya.
Terdahulu, Presiden PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, sudah tiba masa tindakan untuk gerakkan rakyat diambil supaya kerajaan bertindak sewajarnya.
“Sebarang tindakan perlu dilakukan mengikut undang-undang jika ada kelompongan dan mahkamah juga pelru dirujuk.
“Apabila dapat aduan, kami turun padang beberapa kali menerusi siasatan ‘task force’ kami, didapati ia tidak menepati Akta Pengambilan Tanah 1960,” ujarnya.
Kosmo! sebelum ini melaporkan, pemaju projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru diminta menyerahkan kembali projek tersebut kepada kerajaan untuk dibangunkan oleh pihak lain kerana sudah tertangguh sejak enam tahun lalu.
Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pembangunan di Kampung Sungai Baru boleh dilakukan oleh syarikat lain yang lebih berwibawa serta berkemampuan atau oleh agensi kerajaan berkaitan.
“Pemaju sudah pindahkan hampir 200 penduduk dan sehingga hari ini, sudah enam tahun pindah tetapi tidak dapat balik unit (kediaman) mereka.
“Jadi saya nak pemaju yang sudah tak boleh buat kerana tiada kewangan, (sedangkan) kerajaan sudah beri sokongan, kalau tidak boleh teruskan termasuk bawa balik orang yang telah dipindahkan, maka saya cadangkan ‘surrender’ tanah ini kepada syarikat-syarikat atau agensi kerajaan yang lebih berwibawa untuk siapkan. – KOSMO! ONLINE
Artikel oleh: Kosmo
PPIM GESA PINDA AKTA, BELA NASIB PENDUDUK KAMPUNG SUNGAI BARU
https://www.kosmo.com.my/2024/06/28/ppim-gesa-pinda-akta-bela-nasib-penduduk-kampung-sungai-baru/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2024/06/ppim-gesa-pinda-akta-bela-nasib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penduduk Kg Sungai Baru Dakwa Ditakutkan Oleh Pemaju Ppim Malaysia Gazette 28 06 2024

Penduduk Kg Sungai Baru Dakwa Ditakutkan Oleh Pemaju Ppim Malaysia Gazette 28 06 2024

papar berkaitan - pada 28/6/2024 - jumlah : 344 hits
KUALA LUMPUR Penduduk Kampung Sungai Baru dekat Kampung Baru mendakwa pihak pemaju tanah tersebut telah menyalahgunakan kuasa dengan menakut nakutkan penduduk yang masih berada di kediaman Peguam Persatuan Pengguna Islam Malaysia Shahrin Sa...
Penjajahan Baru Isu Kg Sungai Baru Kampung Baru Suara Tv 28 06 2024

Penjajahan Baru Isu Kg Sungai Baru Kampung Baru Suara Tv 28 06 2024

papar berkaitan - pada 29/6/2024 - jumlah : 175 hits
Pemilik terpaksa menanggung lebih banyak kerugian Perlu melawan di mahkamah untuk mendapatkan pampasan yang setara Mereka adalah pemilik rumah dan tanah bergeran hak dan tuntutan mereka dinafikan Sumber Suara TV PENJAJAHAN BARU ISU KG SUNGA...
Ppim Gesa Kpdn Ambil Tindakan Penjualan Tiket Konsert Yang Belum Dapat Kelulusan Berita Harian 24 06 2024

Ppim Gesa Kpdn Ambil Tindakan Penjualan Tiket Konsert Yang Belum Dapat Kelulusan Berita Harian 24 06 2024

papar berkaitan - pada 24/6/2024 - jumlah : 341 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba menjual tiket konsert yang belum mendapat kebenaran pihak berkuasa Ketua Aktivis...
Ppim Dakwa Kkm Ketepikan Pakar Dalam Pindaan Akta Perubatan Utusan Malaysia 26 06 2024

Ppim Dakwa Kkm Ketepikan Pakar Dalam Pindaan Akta Perubatan Utusan Malaysia 26 06 2024

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 346 hits
KUALA LUMPUR bimbang dengan tindakan yang didakwa menyisihkan pendapat pakar perubatan yang menentang isu terhadap cadangan pindaan Akta Perubatan 1971 Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan turut mendakwa KKM telah menjadikan pesakit sebagai ...
Cara Penjajahan Baru Ganti Rugi Tanah Ku Rm450 S K P Sidang Media Ppim 28 06 2024

Cara Penjajahan Baru Ganti Rugi Tanah Ku Rm450 S K P Sidang Media Ppim 28 06 2024

papar berkaitan - pada 28/6/2024 - jumlah : 226 hits
Adakah pemilik tanah boleh dipaksa untuk menjual tanah mereka di bawah harga nilai pasaran Inilah apa yang berlaku di Kg Sungai Baru Kg Baru apabila kerajaan telah melakukan pengambilan tanah untuk pemaju memajukan semula tanah mereka Walau...
Baju Olimpik Malaysia 2024 Rekaan Baru Lagi Garang

Baju Olimpik Malaysia 2024 Rekaan Baru Lagi Garang

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 284 hits
Baru baru ini kita dihangatkan dengan isu tentang baju Olimpik Malaysia 2024 yang akan dipakai oleh para atlet bagi mewakili negara pada 26 Julai ini Ramai yang memberikan kritikan dan ada juga yang sudi memberikan hasil hasil rekaan mereka...
Saya Tak Kaya Tapi Boleh Bahagiakan Awak Baru Seminggu Solo Nora Danish Dihujani Mesej Lelaki Cuba Nasib

Saya Tak Kaya Tapi Boleh Bahagiakan Awak Baru Seminggu Solo Nora Danish Dihujani Mesej Lelaki Cuba Nasib

papar berkaitan - pada 24/6/2024 - jumlah : 257 hits
Baru cukup seminggu bergelar janda pelakon jelita Nora Danish khabarnya mula menjadi tumpuan jejaka di luar sana yang ingin mencuba nasib mendekatinya Ramai jejaka mula mencuba nasib mendekati Nora Danish Nora menerusi satu hantaran di TikT...
Kkm Digesa Jangan Mengetepikan Pemegang Taruh Kosmo 25 06 2024

Kkm Digesa Jangan Mengetepikan Pemegang Taruh Kosmo 25 06 2024

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 443 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Kesihatan Malaysia digesa supaya mengambil kira pandangan pihak berkepentingan terlebih dahulu sebelum cadangan pindaan Akta Perubatan 1971 dilaksanakan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim J...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Navigate The World Of Online Business

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Melembutkan Daging Dengan Cepat

Mak Sentiasa Dalam Hati Adib Pemergian Pelajar Upsi Undang Tangisan Seluruh Negara

Resepi Udang Nestum

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian