Ppim Cadang Tubuh Lembaga Unggas Sinar Harian 07 01 2023


 

SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan kerajaan menubuhkan Lembaga Unggas supaya dapat menangani segera masalah bekalan telur ketika ini.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, perkara itu telah berlanjutan terlalu lama, maka tiada alasan lagi untuk kerajaan khususnya Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memerlukan masa lagi.
“Isu bekalan telur ini dah berlarutan bertahun-tahun. Saya yakin menteri baharu, namun kakitangannya orang lama tahu punca masalah, jadi kita harap perkara ini dapat ditangani secepat mungkin.
“Yang patut dibuat segera adalah menubuhkan Lembaga Unggas kerana dilihat perkara ini dipandang enteng, memang perlukan masa namun perlu disegerakan,” katanya selepas sidang akhbar pada Jumaat.
Pada Khamis, media melaporkan kerajaan memerlukan masa dalam usaha untuk menstabilkan bekalan telur di pasaran agar bahan mentah itu sentiasa mencukupi selain mampu menampung keperluan rakyat di negara ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata, pihaknya sedang menjalankan pelbagai langkah untuk menangani krisis bekalan telur ketika ini termasuk dengan membawa masuk telur import.
Kerajaan perlu sedia langkah jangka pendek hadapi musim perayaan - Fomca
Sementara itu, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) meminta kerajaan supaya bersedia dengan langkah jangka pendek bagi memastikan kestabilan bekalan telur di dalam negara terutamanya menjelang tempoh perayaan beberapa bulan akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Saravanan Thambirajah berkata, antaranya termasuk kemasukan telur import mencukupi bagi menstabilkan bekalan bahan termasuk dan seterusnya mengelakkan sebarang kenaikan harga membebankan rakyat.



“Kerajaan perlu aktif dalam mengimport daripada negara lain secepat mungkin. Jangan tunggu sampai dah terlambat kerana kita tahu dalam masa terdekat ini akan ada sambutan Tahun Baharu Cina dan kemudian disusuli dengan Hari Raya Aidilfitri.
“Dalam tempoh terdekat juga negara akan melalui cuti sekolah yang panjang. Jadi pastinya permintaan terhadap telur ini akan meningkat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Saravanan berkata, beliau mengakui usaha menstabilkan bahan makanan tersebut sememangnya memerlukan masa kerana ia melibatkan proses rantaian pengeluaran terdiri daripada pelbagai aspek termasuk tempoh pembesaran ayam dan harga makanan haiwan tersebut.

Dalam pada itu, beliau berkata, meskipun bekalan telur dalam negara ketika ini dilihat agak terkawal, namun kerajaan perlu bersedia dengan sebarang langkah campur tangan di peringkat pengguna bagi mengelakkan sebarang pembelian panik yang berpotensi meningkatkan harga telur.
Artikel oleh: Sinar Harian
PPIM CADANG TUBUH LEMBAGA UNGGAS 
https://www.sinarharian.com.my/article/239389/berita/nasional/ppim-cadang-tubuh-lembaga-unggas


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/01/ppim-cadang-tubuh-lembaga-unggas-sinar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppim Minta Orang Ramai Tidak Fitnah Jakel Sengaja Bakar Gedung Untuk Tuntut Insurans Harian Metro 06 01 2023

Ppim Minta Orang Ramai Tidak Fitnah Jakel Sengaja Bakar Gedung Untuk Tuntut Insurans Harian Metro 06 01 2023

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 292 hits
Kuala Lumpur Persatuan Pengguna Islam Malaysia meminta orang ramai tidak memfitnah syarikat tekstil terkemuka Jakel sengaja membakar gedungnya bagi mengaut keuntungan insurans Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan berkata sebagai pertubuhan bukan...
Jangan Cemar Imej Islam Harian Metro 11 01 2023

Jangan Cemar Imej Islam Harian Metro 11 01 2023

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 158 hits
Kuala Lumpur Tindakan seorang wanita bertudung memegang tin dipercayai minuman keras boleh menimbulkan fitnah dan buruk sangka sekali gus mencemarkan imej wanita Muslim dan agama Islam Pendakwah Ahmad Dusuki Abdul Rani berkata seseorang yan...
Jawatan Kosong Felda Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan 2023

Jawatan Kosong Felda Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan 2023

papar berkaitan - pada 8/1/2023 - jumlah : 246 hits
Jawatan Kosong Felda Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan 2023 Makluman terbaru buat rakyat Malaysia Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan kini telah membuka satu peluang keemasan kerjaya kepada rakyat Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan Le...
11 Januari 2023 Kajian Teknikal Harian Eur Usd Dan Peluang Dagangan

11 Januari 2023 Kajian Teknikal Harian Eur Usd Dan Peluang Dagangan

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 241 hits
Tahap harga sekitar 1 1700 telah mengekalkan harga untuk jangka masa yang singkat sebelum satu lagi penurunan harga berlaku ke arah 1 1200 Tidak lama selepas itu zon harga sekitar 1 1500 telah menggunakan tekanan JUALAN yang ketara apabila ...
23 Tahun Tak Rasa Nikmat Gaji Harian Metro 01 01 2023

23 Tahun Tak Rasa Nikmat Gaji Harian Metro 01 01 2023

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 239 hits
Kuala Lumpur Selepas 23 tahun menerima gaji daripada along seorang wanita kini dapat merasa hasil titik peluh sendiri apabila berjaya melunaskan pinjaman kepada ceti haram itu Hasil bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia akhirnya mangsa ...
Di Mana Kami Nak Tempatkan Penghuni Pengurusan Pusat Jagaan Al Fikrah Malaysia Harian Metro 10 01 2023

Di Mana Kami Nak Tempatkan Penghuni Pengurusan Pusat Jagaan Al Fikrah Malaysia Harian Metro 10 01 2023

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 282 hits
Kajang Di mana kami nak tempatkan 70 penghuni jika pusat kebajikan ini mahu dikosongkan dan diroboh Itu persoalan diutarakan Pengerusi Persatuan Kebajikan Al Fikrah Malaysia Nurul Atikah Mohd Azmi selepas pihaknya menerima surat supaya meng...
Pm Hargai Sumbangan Pengorbanan Penjawat Awam

Anti Bully Centre Dilancar Ppim Ngo Bersatu Perangi Budaya Buli Harapan Daily 15 08 2025

Kes Penyakit Kulit Meningkat Di Gaza Akibat Gelombang Haba

Pegawai Awam Lanjut Pengajian Akan Dapat Insentif Hpa Anwar

Menu Sihat Sesuai Untuk Sarapan Pagi

Servis Cetak Table Name Tag Untuk Semua Jenis Majlis Keraian

Pernah Tak Travel Dengan Beg Plastik Kotak2

Kerusakan Moral Di Era Modern Sebab Sebab Dan Bahayanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kotak Packaging Kosmetik Custom Investasi Kecil Untuk Pulangan Besar Dalam Bisnes

Masak Nasi Lemak Simple

Pelbagai Negara Optimis Prestasi Ekonomi China Cgtn

Kesal Mjol Tercicir Aim Bukan Sebab Tak Layak Tewas

Sheikh Farouk Dilantik Kpe Tfcsb Baharu Bernama

Read The Room Kj Sound Fadhlina Sidek Anggap Gagal Urus Krisis Komunikasi Kes Zara Qairina