Jangan Cemar Imej Islam Harian Metro 11 01 2023



Kuala Lumpur: Tindakan seorang wanita bertudung memegang tin dipercayai minuman keras boleh menimbulkan fitnah dan buruk sangka sekali gus mencemarkan imej wanita Muslim dan agama Islam.

Pendakwah Ahmad Dusuki Abdul Rani berkata, seseorang yang melakukan kemaksiatan seharusnya menyembunyikan dan tidak bermegah dengan perkara itu.

"Sebenarnya walaupun tidak minum (minuman keras) tetapi tidak boleh buat (memegang) kerana menimbulkan fitnah yang menyebabkan berlaku buruk sangka orang apatah lagi meminumnya.

"Kalau minum, itu menunjukkan tindakan melampau dan ingkar perintah Allah SWT kerana kita dilarang membuat maksiat (meminum minuman keras).

"Kalau buat maksiat jangan tunjuk, namun ia tidak bermakna menyokong tetapi maksiat tak boleh dimegahkan dan tunjuk di khalayak ramai sebab dikhuatiri mempengaruhi orang lain," katanya ketika dihubungi bagi mengulas video tular yang memaparkan seorang wanita bertudung dan berpakaian seperti baju kurung memegang tin arak.

Mengulas lanjut, Ahmad Dusuki berkata, seseorang itu tidak seharusnya ada rasa sombong dan ego dengan maksiat yang dilakukan dengan mempamerkannya sedangkan Allah SWT sudah menyembunyikan aib mereka.

"Bertudung adalah satu kebaikan (menutup aurat) tetapi melakukan perkara itu, menunjukkan tin minuman keras, ia menimbulkan fitnah walaupun kita tidak tahu dia minum atau tidak," katanya sambil menambah mempengaruhi orang lain melakukan larangan agama juga adalah berdosa.

Terdahulu, satu rakaman video wanita memakai baju kurung dan bertudung sambil memegang tin minuman keras dipercayai di sebuah pusat hiburan tular di media sosial hingga mendapat perhatian warganet.

Video berdurasi 16 saat itu turut memaparkan beberapa individu lelaki dan perempuan termasuk ada yang turut bertudung menari mengikut rentak muzik.

Semakan di TikTok mendapati video berkenaan dimuat naik satu akaun pada 1 Januari lalu dengan keterangan selamat tahun baru 2023.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut memuat naik hantaran bersama tangkap layar video berkenaan yang mendapat perhatian warganet di Facebook.

Rata-rata warganet kesal dengan tindakan individu terbabit dan menyifatkan ia mencemarkan imej wanita bertudung dan mempersendakan Islam.

Artikel oleh: Harian Metro
JANGAN CEMAR IMEJ ISLAM
https://www.kosmo.com.my/2023/01/12/ah-long-jerung-kini-guna-aplikasi-jerat-mangsa/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/01/jangan-cemar-imej-islam-harian-metro.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Di Mana Kami Nak Tempatkan Penghuni Pengurusan Pusat Jagaan Al Fikrah Malaysia Harian Metro 10 01 2023

Di Mana Kami Nak Tempatkan Penghuni Pengurusan Pusat Jagaan Al Fikrah Malaysia Harian Metro 10 01 2023

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 342 hits
Kajang Di mana kami nak tempatkan 70 penghuni jika pusat kebajikan ini mahu dikosongkan dan diroboh Itu persoalan diutarakan Pengerusi Persatuan Kebajikan Al Fikrah Malaysia Nurul Atikah Mohd Azmi selepas pihaknya menerima surat supaya meng...
8 Kategori Pemenang Anugerah Ikon Sukan Harian Metro 2023

8 Kategori Pemenang Anugerah Ikon Sukan Harian Metro 2023

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 331 hits
Anugerah Ikon Sukan 2023 Harian Metro AIS buat julung kalinya dianjurkan oleh Harian Metro untuk memberi pengiktirafan kepada atlet atlet paralimpik dan penggiat penggiat industri sukan termasuk kelab dan persatuan sukan atas kejayaan dan k...
Ppim Minta Orang Ramai Tidak Fitnah Jakel Sengaja Bakar Gedung Untuk Tuntut Insurans Harian Metro 06 01 2023

Ppim Minta Orang Ramai Tidak Fitnah Jakel Sengaja Bakar Gedung Untuk Tuntut Insurans Harian Metro 06 01 2023

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 340 hits
Kuala Lumpur Persatuan Pengguna Islam Malaysia meminta orang ramai tidak memfitnah syarikat tekstil terkemuka Jakel sengaja membakar gedungnya bagi mengaut keuntungan insurans Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan berkata sebagai pertubuhan bukan...
Jerat Along Melalui Aplikasi Telefon Bimbit Harian Metro 16 01 2023

Jerat Along Melalui Aplikasi Telefon Bimbit Harian Metro 16 01 2023

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 388 hits
Kuala Lumpur Tuan mahu beli barang ini jika mahu sila tekan ya Begitu bunyi mesej menerusi satu aplikasi yang memperdaya ratusan pengguna apabila data di dalam telefon bimbit mereka disedut bagi tujuan penipuan Ia adalah modus operandi ceti...
23 Tahun Tak Rasa Nikmat Gaji Harian Metro 01 01 2023

23 Tahun Tak Rasa Nikmat Gaji Harian Metro 01 01 2023

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 304 hits
Kuala Lumpur Selepas 23 tahun menerima gaji daripada along seorang wanita kini dapat merasa hasil titik peluh sendiri apabila berjaya melunaskan pinjaman kepada ceti haram itu Hasil bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia akhirnya mangsa ...
Siaran Lansung Anugerah Ikon Sukan Harian Metro Dan Keputusan Pemenang

Siaran Lansung Anugerah Ikon Sukan Harian Metro Dan Keputusan Pemenang

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 248 hits
Tonton malam kemuncak Siaran Lansung Anugerah Ikon Sukan Harian Metro pada hari Ahad 8 Januari 2023 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak Universiti Kebangsaan Malaysia menerusi saluran TV9 Astro 149 myFreeview 109 dan Tonton secara online Anug...
Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Azam Tahun Baru 2026 Idea Realistik Yang Mudah Kekal Konsisten

Miki Ghazali Zulfikar Raih Emas Muay Thai Sea Games Tewaskan Petarung Tuan Rumah

Agc Arah Siasatan Tiga Lelaki Ditembak Mati Di Melaka Diklasifikasi Kes Bunuh

Nasi Goreng Dan Bab Manusia Jadi Monyet

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Evolusi Bahan Cetakan Dalam Membantu Pertumbuhan Jenama

Ketika Kebahagiaan Menjadi Biasa Memahami Keindahan Sederhana

Russia Tuntut Usd230 Bilion Daripada Euroclear Susulan Tindakan Eu

Baki Akaun Menyusut Hutang Puluhan Ribu Masih Tertangguh

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang

Patut Ke Guna Ai Bot Kripto Ini Yang Anda Perlu Tahu