23 Tahun Tak Rasa Nikmat Gaji Harian Metro 01 01 2023




Kuala Lumpur: Selepas 23 tahun 'menerima' gaji daripada along, seorang wanita kini dapat merasa hasil titik peluh sendiri apabila berjaya melunaskan pinjaman kepada ceti haram itu.

Hasil bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), akhirnya mangsa yang mahu dikenali sebagai Zuraidah, 53, dapat merasa gaji penuh bulan lalu selepas kali terakhir menerimanya pada 1999.

Bukan itu saja, dia juga tidak sabar untuk menyambut hari raya dengan penuh bermakna selepas melalui detik suram selama ini.

Semuanya gara-gara dia terjebak dengan along ketika masih dalam pantang kerana mengalami masalah kewangan yang sama sekali merubah kehidupannya.

Dia yang juga seorang guru berkata, gajinya kira-kira RM6,000 sebulan 'hangus' untuk membayar hutang dengan kad ATM dipegang beberapa along sehinggalah pada bayaran terakhir bulan lalu.

"Selama 23 tahun, saya hanya menerima baki selepas ditolak pinjaman sebanyak RM100 hingga RM400.

"Rakan-rakan lain mengambil gaji di bank, tetapi saya mengambilnya di pejabat along. Selama 23 tahun itu jugalah saya hidup tidak seperti orang lain. Ada kerjaya yang bagus, tapi ibarat mengemis dengan along," katanya ketika membuat aduan kepada Aktivis Kanan PPIM Muhammad Zharif Johor.

Zuraidah berkata, pada peringkat awal, dia meminjam RM15,000 untuk membantu suaminya dan sebagai syarat, kad ATM miliknya perlu diserahkan.

Katanya, selepas beberapa tahun, along berkenaan tidak menyatakan berapa baki pinjaman dan hanya menjawab 'belum selesai', setiap kali diajukan soalan mengenainya.

"Wang baki di dalam akaun itulah yang saya gunakan untuk kehidupan diri saya dan keluarga. Saya mempunyai 3 orang anak. Memang tidak cukup nak sara hidup.

"Pernah satu ketika, saya tidak diberikan langsung wang gaji sendiri oleh along. Lebih kurang enam bulan juga saya tidak menerima apa-apa bayaran gaji kerana semua gaji saya diambil along itu. Pernah saya nekad pergi ke bank dan membuat kad bank baharu untuk saya terima gaji dan keluarkan wang secara tunai di mesin ATM," katanya.

Menurutnya, kerana tindakannya itu dia diburu tiga lelaki ala samseng yang turut mencarinya di sekolah tempat dia mengajar.

"Kemudian mereka meminta kad bank saya yang baru. Sejak itu saya jadi trauma dan tidak mahu mencari masalah sehinggalah bulan lalu, tanpa saya sedar sudah 23 tahun berlalu," katanya.

Zuraidah berkata, kini dia merasakan seolah-olah mendapat kehidupannya semua dan berterima kasih kepada PPIM di atas bantuan yang diberikan untuk menyelesaikan kes itu.

"Saya nasihatkan kepada orang ramai, janganlah sesekali meminjam daripada along. Kalau susah sekali pun, usahakanlah cara lain kerana jika tidak, hidup akan menderita seperti apa yang sudah saya lalui selama ini," katanya.

Sementara itu Muhammad Zharif berkata, semakan PPIM mendapati, jumlah keseluruhan yang dibayar Zuraidah berjumlah lebih RM138,000 dan ia jauh lebih banyak daripada kadar pinjaman asalnya.

Katanya, ini adalah kes pertama seumpamanya membabitkan kad ATM peminjam yang dipegang untuk tempoh melebihi 20 tahun.

"Kita dapati, pengadu juga bimbang dengan keselamatan keluarganya jika cuba mengambil wang dari dalam akaunnya. Itu menyebabkan dia terus 'dibayar' along setiap bulan.

"Along juga didapati mengambil kesempatan ke atas pengadu yang mempunyai gaji yang agak lumayan dan tetap. Justeru saya ingin menasihatkan agar masyarakat lebih berhati-hati dan elakkan meminjam dengan along," katanya.

Artikel oleh: Harian Metro
23 TAHUN TAK RASA NIKMAT GAJI 
https://www.hmetro.com.my/utama/2023/01/921027/23-tahun-tak-rasa-nikmat-gaji



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/01/23-tahun-tak-rasa-nikmat-gaji-harian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
8 Kategori Pemenang Anugerah Ikon Sukan Harian Metro 2023

8 Kategori Pemenang Anugerah Ikon Sukan Harian Metro 2023

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 188 hits
Anugerah Ikon Sukan 2023 Harian Metro AIS buat julung kalinya dianjurkan oleh Harian Metro untuk memberi pengiktirafan kepada atlet atlet paralimpik dan penggiat penggiat industri sukan termasuk kelab dan persatuan sukan atas kejayaan dan k...
Jangan Cemar Imej Islam Harian Metro 11 01 2023

Jangan Cemar Imej Islam Harian Metro 11 01 2023

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 105 hits
Kuala Lumpur Tindakan seorang wanita bertudung memegang tin dipercayai minuman keras boleh menimbulkan fitnah dan buruk sangka sekali gus mencemarkan imej wanita Muslim dan agama Islam Pendakwah Ahmad Dusuki Abdul Rani berkata seseorang yan...
Ppim Minta Orang Ramai Tidak Fitnah Jakel Sengaja Bakar Gedung Untuk Tuntut Insurans Harian Metro 06 01 2023

Ppim Minta Orang Ramai Tidak Fitnah Jakel Sengaja Bakar Gedung Untuk Tuntut Insurans Harian Metro 06 01 2023

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 229 hits
Kuala Lumpur Persatuan Pengguna Islam Malaysia meminta orang ramai tidak memfitnah syarikat tekstil terkemuka Jakel sengaja membakar gedungnya bagi mengaut keuntungan insurans Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan berkata sebagai pertubuhan bukan...
Di Mana Kami Nak Tempatkan Penghuni Pengurusan Pusat Jagaan Al Fikrah Malaysia Harian Metro 10 01 2023

Di Mana Kami Nak Tempatkan Penghuni Pengurusan Pusat Jagaan Al Fikrah Malaysia Harian Metro 10 01 2023

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 211 hits
Kajang Di mana kami nak tempatkan 70 penghuni jika pusat kebajikan ini mahu dikosongkan dan diroboh Itu persoalan diutarakan Pengerusi Persatuan Kebajikan Al Fikrah Malaysia Nurul Atikah Mohd Azmi selepas pihaknya menerima surat supaya meng...
Awal Tahun 2023 Korea Utara Pamer Deretan Rudal Baru Berukuran Besar

Awal Tahun 2023 Korea Utara Pamer Deretan Rudal Baru Berukuran Besar

papar berkaitan - pada 2/1/2023 - jumlah : 180 hits
Awal Tahun 2023 Korea Utara Pamer Deretan Rudal Baru Berukuran Besar Pemimpin Korea Utara Kim Jong un menggelar upacara militer yang memamerkan deretan rudal jarak jauh terbarunya saat rapat pleno Partai Buruh Korea yang berkuasa di Pyongya...
Selamat Tahun Baru 2023

Selamat Tahun Baru 2023

papar berkaitan - pada 2/1/2023 - jumlah : 280 hits
Assalamualaikum Alhamdulillah Syukur masih diberi peluang untuk bertemu di dalam tahun yang baharu iaitu 2023 Pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat tinggal tahun 2022 dan selamat datang tahun 2023 Selamat Tahun Baru 2023 kepada semu...
Hari Pertama Masuk Kerja Ipuk Pimpin Apel Paparkan Agenda Prioritas Tahun 2023

Hari Pertama Masuk Kerja Ipuk Pimpin Apel Paparkan Agenda Prioritas Tahun 2023

papar berkaitan - pada 2/1/2023 - jumlah : 170 hits
Dalam kesempatan tersebut Ipuk memaparkan sejumlah agenda yang akan menjadi prioritas penanganan Pemkab Banyuwangi Mulai dari pengurangan angka kemiskinan stunting perbaikan pelayanan publik pemulihan ekonomi hingga pembangunan infrastruktu...
Sarapan Di Ashoka Di Hari Pertama Tahun 2023

Sarapan Di Ashoka Di Hari Pertama Tahun 2023

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 175 hits
Assalamualaikum WBTALA sepatutnya semalam lagi dah masukkan entri ni tapi terlupa Semalam 1 Januari 2023 k ambil cuti Pak Inche memang cuti hari Ahad Iman pulak dah balik dari hari Khamis petang dan semalam kelasnya petang online pulak tu j...
Selamat Datang Tahun Baru 2023

Selamat Datang Tahun Baru 2023

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 219 hits
Assalamualaikum dan selamat malam Hari ini masuklah sudah tahun 2023 Apa azam tahun baru dan pembaharuan yang akan dibuat Semoga apa yang diimpikan berjalan dengan lancar Masuk tahun baru hendaklah berazam menjadi lebih berjaya di dunia dan...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas