Ppbm Terima Sampah Umno Lemahkan Sokongan Ph Di Semenyih Rafizi
KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menganggap kemasukan beberapa bekas wakil rakyat UMNO ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak akan melemahkan UMNO, sebaliknya melunturkan semangat penyokong Pakatan Harapan (PH).
Beliau berkata, tindakan PPBM menerima bekas-bekas ahli Parlimen UMNO itu dilihat sebagai mengutip ‘sampah’ dan berlawanan dengan mandat rakyat semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang menolak UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Rafizi yang dianggap rapat dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim malah berkata, tindakan PPBM itu juga akan melunturkan semangat penyokong PH pada musim Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih ketika ini.
“Kalau untuk lemahkan UMNO, itu tidak melemahkan UMNO. Ia dilihat sebagai mengutip sampah dan berlawanan dengan mandat rakyat PRU-14 tolak UMNO dan BN.
“Ia melunturkan semangat penyokong PH ke arah PRK Semenyih. Saya cadang tumpu bela rakyat,” kata Rafizi menerusi kenyataan dalam laman Twitter beliau hari ini.
Semalam, enam bekas wakil rakyat UMNO menyertai PPBM kerana yakin dengan perjuangan yang dibawa Perdana Menteri yang juga Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Mereka adalah Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya; Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad; Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohamad Fasiah Mohd. Fakeh dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.
Keputusan menerima mereka ditentang oleh ramai pemimpin PH.-UTUSAN ONLINE
The post PPBM terima ‘sampah’ UMNO, lemahkan sokongan PH di Semenyih – Rafizi appeared first on Suara Viral Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suaraviral.org/ppbm-terima-sampah-umno-lemahkan-sokongan-ph-di-semenyih-rafizi/