Pp Beri Penjelasan Pelaksanaan Pkpb Anggap Azmin Pemalas




Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, mendakwa Putrajaya mengumumkan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) tanpa memberikan masa yang cukup kepada kerajaan negeri bagi membuat persiapan.
Kata Chow Putrajaya telah mengadakan mesyuarat bersama 13 ketua menteri negeri pada 28 April lalu dan diberi penerangan berkenaan PKPB serta status ekonomi negara.
Ekoran itu, menurut Chow, pemimpin kerajaan negeri meminta sedikit masa untuk menyusun strategi membuka semula ekonomi dan meneliti garis panduan bagi industri tertentu.
Garis panduan tersebut, katanya, patut diberikan kepada kerajaan negeri pada 30 April namun Chow mendakwa perkara itu tidak berlaku.
“Saya ingin menegaskan bahawa tidak ada kerajaan negeri (termasuk Pulau Pinang) yang membantah pelaksanaan PKPB pada mesyuarat tersebut.
“Tetapi kami hanya minta supaya diberikan masa untuk menyusun strategi pelaksanaannya,” kata Chow dalam satu kenyataan hari ini.
Perdana Menteri Muhyddin Yassin mengumumkan untuk membuka semula sektor ekonomi semasa menyampaikan ucapan sempena Hari Buruh pada 1 Mei lalu.
Garis panduan atau prosedur operasi standard (SOP) mengenanya kemudian dikeluarkan dua hari kemudian.
Bagaimanapun, banyak kerajaan negeri tidak bersetuju atau menangguhkan pelaksanaan berkenaan atas alasan beberapa peraturan perlu diteliti terlebih dulu.
Pulau Pinang misalnya memilih untuk hanya membuka semula sektor ekonomi pada 8 Mei bagi memberi masa kepada kerajaan negeri dan sektor perniagaan benar-benar bersedia.
Sabah, Sarawak, Kelantan, Pahang dan Kedah juga tidak mula membuka sektor ekonomi masing-masing semalam. Beberapa negeri hanya akan membuat keputusan untuk berbuat demikian pada minggu ini.
Chow berkata Muhyddin “terlalu bersemangat” untuk membuka sektor ekonomi, manakala beliau menggelarkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali sebagai “pemalas” kerana gagal berunding dengan negeri.
“Justeru, tidak pernah berlaku sebelum ini banyak negeri, sama ada dari Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) mengambil pendekatan berbeza daripada apa yang diharapkan oleh Azmin.
“Saya ingin bertanya kepada menteri kanan berkenaan, apa yang beliau harapkan apabila – sebagai seorang menteri yang bertanggungjawab – begitu malas untuk melibatkan semua kerajaan negeri bagi mencapai kata sepakat mengenai pelaksanaan PKPB ini,” kata Chow.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/05/05/pp-beri-penjelasan-pelaksanaan-pkpb-anggap-azmin-pemalas/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pp-beri-penjelasan-pelaksanaan-pkpb-anggap-azmin-pemalas

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Menteri Pulau Pinang Anggap Azmin Pemalas

Ketua Menteri Pulau Pinang Anggap Azmin Pemalas

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 556 hits
PP beri penjelasan pelaksanaan PKPB anggap Azmin pemalas Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mendakwa Putrajaya mengumumkan perintah kawalan pergerakan bersyarat tanpa memberikan masa yang cukup kepada kerajaan negeri bagi membuat pers...
Kecelaruan Pkpb Azmin Patut Cari Kata Sepakat Dengan Kerajaan Negeri Bukan Ugut

Kecelaruan Pkpb Azmin Patut Cari Kata Sepakat Dengan Kerajaan Negeri Bukan Ugut

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 511 hits
Pada 5 Mei 2020Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada hari Selasa 5 Mei 2020Amaran kerajaan persekutuan mengenai tindakan undang undang terhadap sembilan kerajaan negeri yang enggan untuk mematuhi PKPB adalah b...
Kedah Dan Sarawak Tangguh Pelaksanaan Pkpb Teliti Syarat Dan Kesan Sebelum Buka Ekonomi

Kedah Dan Sarawak Tangguh Pelaksanaan Pkpb Teliti Syarat Dan Kesan Sebelum Buka Ekonomi

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 772 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraKedah dan Sarawak Tangguh Pelaksanaan PKPB Teliti Syarat dan Kesan Sebelum Buka Ekonomi KEDAH Kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sehingga keputusan dicapai pada ...
Kedah Tangguh Pelaksanaan Pkpb Tekad Pertahankan Status Kedah Sebagai Zon Hijau

Kedah Tangguh Pelaksanaan Pkpb Tekad Pertahankan Status Kedah Sebagai Zon Hijau

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 1106 hits
ALOR SETAR Kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sehingga keputusan dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri pada Selasa ini Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata kera...
Pkpb Peringatan Azmin Ali Mengundang Kecaman Orang Ramai

Pkpb Peringatan Azmin Ali Mengundang Kecaman Orang Ramai

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 510 hits
ARIF ATAN Peringatan Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali berhubung keengganan kebanyakan negeri melaksanakan perintah kawalan pergerakan bersyarat mengundang kritikan orang ramai Rata rata berpendapat ruang perlu diberikan kepada kerajaan neger...
Pkpb Ditolak Khaled Nordin Salahkan Azmin Gagal Bincang Dengan Kerajaan Negeri

Pkpb Ditolak Khaled Nordin Salahkan Azmin Gagal Bincang Dengan Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 479 hits
ARIF ATAN Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menganggap Menteri Kanan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali gagal berbincang dengan kerajaan negeri sebelum membenarkan sebahagian besar sektor ekonomi beroperasi pada kapasiti penuh t...
Anwar Azmin Angkuh Takbur Anggap Dirinya Terbaik

Anwar Azmin Angkuh Takbur Anggap Dirinya Terbaik

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 382 hits
Anwar Azmin angkuh takbur anggap dirinya terbaikPresiden PKR Anwar Ibrahim berkata ugutan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali terhadap beberapa kerajaan negeri yang enggan melaksanakan perintah kawalan pergerakan bersyar...
Km Penang Anggap Si Kitol Pemalas

Km Penang Anggap Si Kitol Pemalas

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 650 hits
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mendakwa Putrajaya mengumumkan perintah kawalan pergerakan bersyarat tanpa memberikan masa yang cukup kepada kerajaan negeri bagi membuat persiapan Kata Chow Putrajaya telah mengadakan mesyuarat bers...
Pkpb Kedah Tangguh Pelaksanaan S Gor Secara Berperingkat

Pkpb Kedah Tangguh Pelaksanaan S Gor Secara Berperingkat

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 460 hits
MALAYSIAKINIKedah akan menangguhkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat manakala Selangor tidak membenarkan semua industri kembali beroperasi pada 4 Mei ini Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir berkata kerajaan negeri akan men...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025

Ini Senarai 10 Hotel Yang Terdekat Dengan Masjidil Haram