Potters Garden Kedai Pasu Bunga Viral
Assalamualaikum, hai korang. Kali nie Kak Sue nak kongsi satu tempat menarik untuk geng kebun atau dengan nama lain plant people, Potters Garden Kedai Pasu Bunga Viral. Kak Sue pun sebenarnya baru aja tau lokasi Potters Garden Kedai Pasu Bunga Viral nie dari group Indoor plant di facebook. Bila Abang Man ada masa lapang hari tu lelaju lah Kak Sue ajak Abang Man kesana.. memang rambang mata habaq hang.. hehehe..
Potters Garden Kedai Pasu Bunga ViralPotters Garden Kedai Pasu Bunga ViralPertama kali Kak Sue datang Potters Garden Kedai Pasu Bunga Viral nie memang tujuannya nak beli pasu aja korang. Tak tau lah pula rupanya ada jual macam-macam jenis pokok bunga, tanah dan macam-macam barang untuk berkebun. Kira kalau datang sini semua ada dalam satu kedai, senang kan.
Potters Garden Kedai Pasu Bunga ViralPasu pula ada banyak dan bermacam pilihan bentuk, saiz dan warna. Harga pula memang bagi Kak Sue agak murah ditambahkan lagi kedudukan kedai tepi jalan aja korang. Senang nak cari tapi bila dah viral nie paham aja lah.. memang jadi tumpuan lah. Orang ramai, parking pun panjang juga lah sepanjang jalan nak masuk kedai nie
Bab harga pula bermula RM10.00 ke atas ikut saiz dan bentuk pasu. Ada juga pilihan untuk set pasu dengan harga bermula RM45.00 kalau tak silap Kak Sue. Harga tu tak ingat sangat sebab beli tu kadang main ambik aja, kadang tanya lepas tu lupa pulak. Maklumlah faktor usia.. hehehe..
Potters Garden Kedai Pasu Bunga ViralPotters Garden Kedai Pasu Bunga ViralBagi pendapat Kak Sue agak berbaloi lah kalau korang datang borong beli pasu dekat sini. Ada banyak pilihan dengan harga pun sangat berpatutan. Pula tu kalau beli banyak, siap staff kat situ akan tolong hantar ke kereta atau kita boleh aja masuk dengan kereta untuk ambik pasu yang dah kita beli tu. Tak risau lah nak angkat berat-berat kan walau parking jauh nanti..
Korang yang mencari pasu boleh lah datang ke Potters Garden nie tau. Memang banyak pilihan pasu, pokok, tanah dan bahan berkebun. Tak kira lah untuk berniaga atau untuk pakai sendiri. Lagi satu, penting musim covid sekarang nie mereka ada cek suhu dan hanya yang pakai mask sahaja yang dibenarkan masuk. Jadi tak risau lah sangat kan..
Potters Garden Kedai Pasu Bunga ViralPotters Garden Kedai Pasu Bunga ViralMacam yang Kak Sue bagi tau kat atas tadi nak cari Potters Garden nie pun senang aja korang. Cuma waze Potters Garden Sungai Buluh, InsyaAllah korang akan sampai lah tempat nie. Rasa Kak Sue buka aja setiap hari, cuma kalau hari bekerja tak ramai lah sangat orang kan. Nanti Kak Sue kongsi kat sini pokok apa Kak Sue beli kat Potters Garden dengan korang pula ya. Selamat membeli belah korang.. papai
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.shuhaidakabdy.com/2020/07/potters-garden-kedai-pasu-bunga-viral.html