Potong Gaji Dan Ealun Menteri Rafidah



SHAH ALAM - Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz mencadangkan kerajaan mempertimbangkan pemotongan elaun dan gaji barisan menteri kabinet sebanyak 20 peratus dengan kadar segera.
Menurutnya, langkah itu wajib diutamakan kerajaan bagi menunjukkan sifat empati terhadap rakyat negara ini tatkala mereka sedang bergelut mendepani cabaran krisis ekonomi ‘bertindih’ yang semakin parah, bermula dengan pandemik Covid-19 disusuli implikasi konflik Rusia-Ukraine.
Katanya, kerajaan sedia ada sepatutnya mencontohi pendekatan kabinet kerajaan zaman dahulu yang menjadikan inisiatif pemotongan elaun menteri sebagai langkah penjimatan terawal sewaktu negara berdepan sebarang bentuk krisis.
“Saya cadangkan supaya gaji (elaun) jemaah menteri dipotong sebanyak 20 peratus sewaktu negara mendepani krisis ekonomi ‘bertindih’ ketika ini.
“Kalau zaman kami dahulu, tindakan pemotongan gaji (elaun) menteri paling awal dilaksanakan bila sesebuah krisis melanda negara.
“Kami pula bersepakat setuju dengan cadangan itu dan menjadikannya satu keputusan kabinet. Tiada sebarang paksaan untuk kami menerimanya, bahkan ia dilakukan atas sifat empati terhadap kesukaran rakyat,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Premium di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindak balas kerajaan terhadap isu kenaikan kos sara hidup, ancaman sekuriti makanan dan masalah hiperinflasi yang melanda negara susulan tercetusnya konflik Rusia-Ukraine sejak beberapa bulan lalu.
Bagi Rafidah, sekiranya keputusan bersifat empati seperti inisiatif pemotongan elaun menteri dikuatkuasakan segera, rakyat akan merasakan pemimpin kerajaan turut memahami denyut nadi selain kesanggupan merasai kesukaran rakyat sepanjang mendepani krisis ekonomi ‘bertindih’.
“Kalau kadar pemotongan elaun menteri dibuat pada kadar 20 peratus, apa sangat nilai yang dipotong daripada keseluruhan RM69,000 nilai elaun bulanan diterima menteri.
“Ia menunjukkan kerajaan bersikap realistik dan sanggup berkorban. Sungguhpun inisiatif pengorbanan itu bukan memberi kesan langsung kepada rakyat, tetapi sekurang-kurangnya ada sifat empati ditunjukkan kepada mereka,” ujarnya.
Rafidah yang juga Pengerusi AirAsiaX turut meluahkan kekecewaan terhadap syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti FGV Holdings Berhad yang didakwa mencadangkan kenaikan kadar elaun tahunan pengerusi dan ahli lembaga pengarah pada saat rakyat berdepan kesukaran mencari rezeki.
“Masa rakyat susah, GLC hendak cadang naik gaji pengerusi? Saya selaku Pengerusi AirAsiaX pun terpaksa akur dengan pemotongan elaun tahunan sehingga 20 peratus.
“Tindakan pengurusan tertinggi syarikat berkenaan menaikkan gaji (elaun) masing-masing menunjukkan seolah-olah mereka tiada empati terhadap rakyat.
“Kalau FGV Holdings boleh buat sebegitu, pada masa hadapan, GLC lain pun buat benda sama,” tegasnya lapor Sinar Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/06/potong-gaji-dan-ealun-menteri-rafidah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Potong Gaji Menteri Bukan Penyelesaian Terbaik Bantu Rakyat Kata Mahdzir

Potong Gaji Menteri Bukan Penyelesaian Terbaik Bantu Rakyat Kata Mahdzir

papar berkaitan - pada 26/6/2022 - jumlah : 266 hits
Potong gaji menteri bukan penyelesaian terbaik bantu rakyat kata Mahdzir Dikemas kini 7 jam yang lalu Diterbitkan pada 25 Ju
Saran Gaji Menteri Dipotong Takkan Membantu Selesaikan Kos Sara Hidup Rakyat Menteri

Saran Gaji Menteri Dipotong Takkan Membantu Selesaikan Kos Sara Hidup Rakyat Menteri

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 294 hits
Saran gaji menteri dipotong takkan membantu selesaikan kos sara hidup rakyat MenteriFoto Mahdzir Khalid Utusan TVBaru baru ini Tan Sri Rafidah Aziz menyarankan gaji barisan menteri kabinet dipotong sebanyak 20 peratus dengan kadar segera ba...
Jangan Ambil Kesempatan Potong Gaji Jika Pekerja Mohon Akf Kata Mtuc

Jangan Ambil Kesempatan Potong Gaji Jika Pekerja Mohon Akf Kata Mtuc

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 341 hits
Aturan Kerja Fleksibel dilihat lebih sesuai untuk pekerja dalam ekonomi gig perniagaan dalam talian dan pemasaran menurut MTUC PETALING JAYA Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia mengingatkan majikan agar tidak mengambil kesempatan terhadap pek...
Reality Yang Ramai Tidak Tahu Judi Online Melayu Isle Kelaut Menteri Agama Pun Ak Mampu Kecuali Sembang Kuat

Reality Yang Ramai Tidak Tahu Judi Online Melayu Isle Kelaut Menteri Agama Pun Ak Mampu Kecuali Sembang Kuat

papar berkaitan - pada 19/6/2022 - jumlah : 206 hits
ASRAF JEFFRYIni satu realiti yang ramai tidak tahu Saya ada seorang pekerja yang sentiasa berhutang dengan kawan kawan yang lain Gaji bulanannya sekitar RM1 6k Kawan kawanya yang lain sudah beli Motosikal dari duit gaji yang diterima tapi d...
Cari Solusi Sengketa Lahan Di Pancursari Menteri Atr Hadi Tetap Izinkan Warga Panen

Cari Solusi Sengketa Lahan Di Pancursari Menteri Atr Hadi Tetap Izinkan Warga Panen

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 228 hits
Mantan Panglima TNI itu memberikan instruksi agar menyelesaikan permasalahan sesuai aturan dan hukum yang berlaku Kasus ini sudah berjalan sejak beberapa tahun lalu
Bulan Lalu Kata Mahu Bincang Letak Jawatan Hari Ini Zuraida Harap Kekal Sebagai Menteri

Bulan Lalu Kata Mahu Bincang Letak Jawatan Hari Ini Zuraida Harap Kekal Sebagai Menteri

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 241 hits
freemalaysiatoday com June 19 2022 5 44 PMZuraida Kamaruddin akan mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berhubung kedudukannya dalam Jemaah Menteri minggu iniPETALING JAYA Zuraida Kamaruddin berharap dapat mengeka...
Zuraida Harap Dapat Kekal Jawatan Menteri

Zuraida Harap Dapat Kekal Jawatan Menteri

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 266 hits
Menjelang pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Datuk Zuraida Kamaruddin berharap jawatan beliau sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dapat dikekalkan Beliau berkata ini bagi membolehkan kementerian ...
Menteri Sandiaga Target Serap 2 Juta Lapangan Kerja Dari Santri Digitalpreneur

Menteri Sandiaga Target Serap 2 Juta Lapangan Kerja Dari Santri Digitalpreneur

papar berkaitan - pada 19/6/2022 - jumlah : 206 hits
Sandiaga mengatakan program tersebut menargetkan lapangan kerja baru memberikan pelatihan dan fasilitas kepada para santri
Penjenamaan Semula Stadium Nasional Dalam Rancangan Jana Pendapatan Kata Menteri

Penjenamaan Semula Stadium Nasional Dalam Rancangan Jana Pendapatan Kata Menteri

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 319 hits
Penjenamaan semula Stadium Nasional dalam rancangan jana pendapatan kata menteri Dikemas kini 5 minit yang lalu Diterbitkan
Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

Aset Selamat Masih Bersinar Emas Naik Tengah Ketidakpastian Politik

Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental

Detractors Troll Pmx For Getting Syiok Over Light Stick Gift From South Korean Rapper G Dragon

Tips Berkesan Menjaga Hubungan Jarak Jauh

Jadual Acara Berpasukan Sukan Sea 2025 Thailand Bola Sepak Lelaki Bola Sepak Wanita Bola Jaring Dan Bola Tampar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Supermoon 5 November 2025 9 19 Malam

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih