Positif Dan Anggap Satu Nisbah Sepuluh
POSITIF DAN ANGGAP SATU NISBAH SEPULUH | بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم .Assalammualaikum wbt. Cakap nak positif senang. Cakap memang mudah. Bab nak buat tu macam lebih lambat daripada siput. Maaf ya siput. Awak jadi contoh. Kalau boleh semua orang nak sentiasa positif. Dalam segenap sudut. Hati tenang. Fikiran pun lapang je. Tak adalah serabut tak tentu pasal. Bahaya bila hati dan fikiran tak tenang. Banyak perkara kurang baik boleh terjadi juga. Jangan main-main.
Macam mana nak positif. Fikir baik atau bersangka baik sahaja. Walaupun yang negatif dihati dan fikiran lebih kuat dan menguasai, perlahan-lahan cuba fikir baik. Bisikan pada diri sendiri. Ingatkan diri sentiasa jangan bosan. Lawan hasutan yang tidak baik. Syaitan, iblis memang sentiasa bersemangat menghasut. Selalu setia berbisik yang bukan-bukan. Kita lawan.
Positif dan anggap satu nisbah sepuluh. Apapun yang perlu kita tempuhi anggap satu nisbah sepuluh. Satu ujian berat Allah SWT beri pada kita, anggap telah sepuluh nikmat Allah SWT beri pada kita dan telah kita nikmati. Kalau kita tahu ni, satu sedang musuhi kita, ingat dan bayangkan sepuluh orang yang lain mahu bersahabat dengan kita. Kalau kita rasa kecewa sebab satu rezeki kita diambil orang lain, tak apalah doa semoga nanti Allah SWT beri sepuluh kali ganda lebih baik.
Memujuk hati tidak mudah. Sekali terluka memang berlarutan dan lama sembuhnya namun begitu tidak mustahil nanti sepuluh kali rasa bahagia dan gembira Allah SWT hadiahkan. Besarkan nikmat untuk menutupi rasa pedih dengan satu musibah atau kesakitan. Ya, memang tak mudah. Mahu tidak mahu kena cuba.
SekianTinta Perdu Cinta ❤Positif Dan Anggap Satu Nisbah Sepuluh
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.perducinta.com/2021/12/positif-dan-anggap-satu-nisbah-sepuluh.html