Kerajaan Baharu Di Perak Nada Pas Sudah Lain


 




Oleh FAZLI RADZIDecember 6, 2020 
Pas melihat dua aspek dalam isu pembentukan kerajaan baharu di Perak sama ada menyokong tetapi tidak berada dalam pentadbiran atau bersama menyertai kerajaan.
Timbalan Presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya percaya Umno akan berbincang dengan Pas berhubung pembentukan kerajaan baharu di negeri itu.
“Jadi, tidak bersama itu bukan bermakna tidak menyokong kerajaan tetapi kita tidak duduk di dalam (pentadbiran).
“Bagaimanapun ini akan dibincang, saya yakin Umno akan bincang dengan Pas untuk cari penyelesaian,” katanya.
Menteri Alam Sekitar dan Air itu berkata demikian kepada media di Pasir Puteh, Kelantan, hari ini selepas ditanya mengenai pendirian Pas untuk tidak terlibat dalam pembentukan kerajaan baharu di Perak.
Kelmarin, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu berpendirian tidak akan menyertai usaha pembentukan kerajaan Perak yang baharu.
“Pas akan terus berperanan sebagaimana biasa dalam masyarakat di peringkat negeri mahupun nasional,” kata Takiyuddin dalam satu kenyataan.
Menurut Tuan Ibrahim, Pas secara prinsip mahu mempertahankan Perikatan Nasional (PN) walaupun secara moralnya parti itu berada di pihak yang menyokong bekas Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu.
Katanya, Pas mengundi Faizal apabila usul percaya Menteri Besar dibawa oleh Umno.
“Dari segi moralnya apabila kita menyokong dan tiba-tiba undi itu kalah, lepas itu (kalau) kita duduk dalam kerajaan yang tidak terima usul itu ia akan menggambarkan kita tidak konsisten.
“Sebab itu bila usul itu dibawa kita sokong untuk kestabilan, walau bagaimanapun kita akan lihat di peringkat Umno terutama sekali dalam perundingan siapa akan menjadi menteri besar baru.
“Saya sebut secara prinsip sebab pendirian parti sudah dibuat sebelum undian (usul percaya), apabila mereka nak buat usul percaya kita buat mesyuarat dan ambil pendirian parti. Jadi, kita istiqamah dengan pendirian parti,” jelasnya.
Tuan Ibrahim menegaskan kepada media di Pasir Puteh, Kelantan hari ini, secara moralnya Ahmad Faizal harus kekal dan Pas tidak berada bersama kerajaan baharu.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/12/kerajaan-baharu-di-perak-nada-pas-sudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembentukan Kerajaan Baharu Perak Tanpa Pas

Pembentukan Kerajaan Baharu Perak Tanpa Pas

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 386 hits
Jumaat 04 Dis 2020 05 58 PM MYTSetiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu akan terus berperanan seperti biasa dalam masyarakat di peringkat negeri mahupun nasional Foto oleh Miera ZulyanaKUALA LUMPUR 4 Dis PAS membuat ke...
Pas Enggan Sertai Kerajaan Baharu Perak Apakah Maksudnya

Pas Enggan Sertai Kerajaan Baharu Perak Apakah Maksudnya

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 494 hits
KUALA LUMPUR PAS mahu mempertahan kerajaan Perikatan Nasional di Perak dan enggan menyertai kerajaan baharu yang akan dibentuk susulan peletakan jawatan Menteri Besarnya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selepas hilang sokongan di Dewan Undanga...
Pas Tegas Tak Akan Setongkol Dengan Dap Dalam Kerajaan Baharu Perak

Pas Tegas Tak Akan Setongkol Dengan Dap Dalam Kerajaan Baharu Perak

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 409 hits
PAS mengambil maklum keputusan Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap YAB Menteri Besar Perak yang telah berlangsung di dalam Dewan Undangan Negeri Perak hari ini di mana tiga ADUN PAS menyokongnya selaras dengan pendirian yang dibuat ...
Adun Pas Perak Tak Sertai Pembentukan Kerajaan Negeri Perak Yang Baharu

Adun Pas Perak Tak Sertai Pembentukan Kerajaan Negeri Perak Yang Baharu

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 559 hits
Kenyataan Media PAS PusatSokongan Adun PAS Di Negeri PerakPAS mengumumkan ia tidak akan menyertai kerajaan negeri Perak yang baharu selepas pentadbiran Ahmad Faizal Azumu tumbang setelah kalah undi percaya yang dibawa parti sekutu UMNO Mesk...
Kemelut Kerajaan Baharu Perak Berterusan Pas Arah Adunnya Batal Menghadap Sultan Perak

Kemelut Kerajaan Baharu Perak Berterusan Pas Arah Adunnya Batal Menghadap Sultan Perak

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 410 hits
December 8 2020 3 45 PMIPOH PAS Pusat mengarahkan ketiga tiga ADUNnya membatalkan menghadap Sultan Perak yang pagi tadi mengarahkan mereka datang menghadapnya berhubung pelantikan menteri besar baharu Arahan PAS Pusat itu sekaligus mencetus...
Capai Kata Sepakat Bn Pas Dan Bersatu Setuju Cadang Saarani Sebagai Mb Perak Baharu

Capai Kata Sepakat Bn Pas Dan Bersatu Setuju Cadang Saarani Sebagai Mb Perak Baharu

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 365 hits
154 total views 154 views today Perikatan Nasional sebulat suara bersepakat mencadangkan Shaarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak yang baharu PN menerusi satu kenyataan memaklumkan persepakatan bagi cadangan tersebut diputuskan untuk di...
Sultan Nazrin Titah Parti Politik Cari Formula Terbaik Untuk Bentuk Kerajaan Perak Baharu

Sultan Nazrin Titah Parti Politik Cari Formula Terbaik Untuk Bentuk Kerajaan Perak Baharu

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 390 hits
nbsp IPOH Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menitahkan semua parti politik di negeri berkenaan mencari formula terbaik untuk membentuk kerajaan negeri baharu Ahli Dewan Negara Perak Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata Sultan Nazrin bertitah ...
Selepas Serang Rakan Pn Dan Pas Mkt Membuat Keputusan Kerajaan Pn Di Perak Perlu Dipertahankan

Selepas Serang Rakan Pn Dan Pas Mkt Membuat Keputusan Kerajaan Pn Di Perak Perlu Dipertahankan

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 335 hits
KUALA LUMPUR Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan kerajaan Perikatan Nasional membabitkan UMNO PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Perak perlu terus dipertahan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata mesyuarat MKT UMNO...
Cerita Sebalik Berita Menanti Pembentukan Kerajaan Baharu Perak

Cerita Sebalik Berita Menanti Pembentukan Kerajaan Baharu Perak

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 317 hits
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK ...
Japan Honours Sarawak Premier With Order Of The Rising Sun

Jumlah Pekerja Asing Sah Di Malaysia Menurun 13 Peratus

Sultan Ibrahim Leaves For Historic State Visit To Saudi Arabia First By A Malaysian Monarch In Decades

Friends Will Not Get Offended Easily Says Indonesian Envoy After Rtm Broadcast Mix Up

Rahsia Bentuk Dan Warna Kulit Telur Panduan Bijak Pilih Telur Segar

Emirates Adds Another Best International Airline Award To Its Portfolio Of Accolades

Beli Minyak Masak Paket Dengan Ic

Pau Sambal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maklumat Penutupan Kk Mahmoodiah Dan Arah Tuju Kes Ringan

Penghargaan Kepada Pejuang Kental Tetap Berdaya Walau Dalam Keadaan Sukar

Pengantar Kepada Ketahanan Mental Dan Emosi

Pemimpin Bersatu Tuntut Rm1 Juta Daripada Rakan Separti Atas Video Fb

Dream Beyond Borders Maldivian Music Takes Centre Stage In Malaysia This November

Selangor Budget 2026 Should Increase Allocations For Needy Economic Sectors And Social Groups