Portal Dedah Isteri Exco Terengganu Dapat Hadiah Proton X70 Lebai Dengan Umpan Pangkat Dan Darjat Tak Kemana Juga


 
Terengganu Report pada 2 Jun 2021 melaporkan seorang ahli majlis mesyuarat (Exco) kerajaan negeri menerima ‘hadiah’ sebuah kereta Proton X70 bernilai kira-kira RM120,000 daripada pengarah sebuah syarikat pengeluaran pelitup muka.
Dalam laporan bertajuk ‘Siapa Ahli Exco Terengganu Terima ‘Hadiah’ Proton X70?’, Terengganu Report mengakui terdapat beberapa kesilapan fakta dalam artikel itu.
Justeru itu, Terengganu Report memohon maaf di atas kesilapan itu dan tampil membuat pembetulan.
Terengganu Report tiada bukti dan pengakuan untuk mendakwa bahawa YB Exco berkenaan menerima kereta tersebut sebagai satu rasuah.Namun menurut sumber, Proton X70 bewarna ‘grey’ itu telah didaftarkan atas nama isteri kepada YB Exco berkenaan yang juga Pengerusi sebuah jawatankuasa berkaitan pelaburan di sebuah yayasan milik Kerajaan Terengganu.
Yayasan itu dipengerusikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Satu sebut harga bertarikh 8 Julai 2020 daripada sebuah syarikat penjual kereta yang beroperasi di Bandar Menjalara, Kuala Lumpur telah dihantar kepada syarikat pengeluaran pelitup muka di Seri Kembangan, Selangor.
Syarikat yang diterajui warga Bangladesh itu terlibat dalam satu pelaburan bersama sebuah yayasan milik kerajaan negeri membabitkan projek pelitup muka bernilai kira-kira RM9 juta, tahun lalu.
Dokumen bertarikh 9 Julai 2020 menunjukkan, pemilik syarikat pelitup muka telah membuat bayaran secara tunai kepada syarikat penjual kereta sebanyak RM115,000 bagi pembelian Proton X70.
Selepas itu, syarikat penjual kereta tersebut telah mengeluarkan resit bayaran secara ‘cash’ bertarikh 9 Julai 2020 yang diterima daripada isteri YB Exco berkenaan.
Laporan pemeriksaan bagi pemindahan nombor pendaftaran oleh Puspakom serta bayaran insurans kereta itu dibuat pada 28 Julai 2020.
Pada 3 Ogos 2020, syarikat penjual kereta itu mengeluarkan invois kepada isteri YB Exco berkenaan selaku pembeli dengan ‘total on the road price’ sebanyak RM122,350.65.Menurut paparan di http://ttel.terengganu.gov.my, isteri YB Exco itu merupakan seorang pegawai yang sedang berkhidmat di sebuah jabatan kerajaan negeri.
Pembetulan kepada laporan Terengganu Report sebelum ini, YB Exco tidak menerima ‘hadiah’ Proton X70; sebaliknya kereta itu diberikan kepada isteri YB Exco berkenaan oleh syarikat pembuat pelitup muka tersebut.
Sekeping gambar yang tercatat tarikh pada 23 Mac 2021 pukul 11.11 pagi telah menunjukkan kereta yang dimaksudkan berada di perkarangan rumah YB Exco berkenaan.
Pada 25 Mac 2021, Utusan Malaysia melaporkan Pengarah sebuah yayasan yang berkaitan dengan perkara itu telah direman tujuh hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek tersebut.
Turut disiasat kata sumber, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang juga Pengerusi kepada sebuah anak syarikat yayasan itu.
Sebagai Pengerusi syarikat, ADUN tersebut telah membuat lawatan kerja ke kilang pengeluaran pelitup muka berkenaan di Seri Kembangan pada 3 Julai 2020 bersama pengarah yayasan itu.
Turut membuat lawatan ke kilang yang sama pada 4 Oktober 2020, seorang Ahli Parlimen dari Terengganu yang dipercayai turut terlibat dalam pelaburan bernilai RM9 juta itu.
Dalam usahasama berkenaan kata sumber, yayasan itu memiliki pegangan pelaburan sebanyak 49%, selebihnya dikuasai syarikat itu sebanyak 51%.
Selain kereta Proton X70, pengarah syarikat itu dipercayai turut ‘menghadiahkan’ wang tunai, berlian dan komputer riba kepada beberapa pihak yang berkaitan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/portal-dedah-isteri-exco-terengganu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pegawai Exco Terengganu Lapor Polis Berhubung Kenyataan Fitnah

Pegawai Exco Terengganu Lapor Polis Berhubung Kenyataan Fitnah

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 334 hits
KUALA TERENGGANU 19 Julai Pegawai Khas Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri Mohd Sukri Mazlan membuat laporan polis susulan kenyataan mengfitnah Ariffin Deraman Menurut Mohd Sukri dakwaan jahat dan tida...
Hiburan Kalau Mahu Bermadu Isteri Shuk Sahar Dedah Kembali Diganggu Farah

Hiburan Kalau Mahu Bermadu Isteri Shuk Sahar Dedah Kembali Diganggu Farah

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 305 hits
Rasanya ramai yang mengetahui mengenai kisah rumah tangga selebriti Shuk Sahar yang pernah bergolak seketika kerana kemunculan orang ketiga BACA AdvertisementSepertinya sudah tiada badai yang melanda netizen dikejutkan dengan Rossalennah Na...
Panas 10 Adun Pas Berpoligami Dan Ada Yang Tiga Isteri Dedah Blogger Mh

Panas 10 Adun Pas Berpoligami Dan Ada Yang Tiga Isteri Dedah Blogger Mh

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 213 hits
July 5 2021 10 Adun Pas berpoligami dan ada yang tiga isteri dedah blogger Yakin dan percayalah kebenaran itu akan menjelma dengan sendiri tanpa perlu berusaha keras menghadirkannya Perhatian warga politik kini ialah kepada Timbalan Menteri...
Selangor Allows Sacrificial Rites For Aidiladha At Three Premises Says State Exco

Selangor Allows Sacrificial Rites For Aidiladha At Three Premises Says State Exco

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 327 hits
State Islamic Religious Affairs Consumer Affairs and Halal Industry Committee chairman Mohd Zawawi Ahmad Mughni said the approved premises are government owned or private abattoirs as well as farms or livestock pens registered with Selangor...
Jemput Jemput Ikan Rebus Terengganu Paling Sedap

Jemput Jemput Ikan Rebus Terengganu Paling Sedap

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 1029 hits
Assalamualaikum Breakfast apa korang hari ni Nak share satu resepi jemput jemput ikan simple tapi feveret kita dari dulu sebab mak selalu buat dulu dulu Tak kira untuk breakfast or tea time Sekarang pun buat tapi dah jarang jarang kita pula...
Selangor Exco Slams Miti For Allowing More Businesses During Enhanced Mco

Selangor Exco Slams Miti For Allowing More Businesses During Enhanced Mco

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 323 hits
Selangor exco member Ng Sze Han has hit out at the International Trade and Industry Ministry for certain economic sectors to resume operations amid the enhanced movement control order in Selangor from July 7 The new directive from Miti is c...
Dpm Emco In 27 Localities In Sabah Terengganu And Pahang From This Wednesday

Dpm Emco In 27 Localities In Sabah Terengganu And Pahang From This Wednesday

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 262 hits
Members of the Malaysian Armed Forces are seen installing barbed wire around at Kampung Limau People s Housing Project area in Kuala Lumpur following the enhanced movement control order from May 23 to June 5 Picture by Hari AnggaraKUALA LUM...
Terengganu And Sabah Have Highest Covid 19 Infectivity Rate Among States In Phase Two Of Nrp

Terengganu And Sabah Have Highest Covid 19 Infectivity Rate Among States In Phase Two Of Nrp

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 314 hits
PETALING JAYA Terengganu and Sabah which have transitioned into Phase Two of the National Recovery Plan are the states with the highest Covid 19 infectivity rate as of July 20 According to data shared by Health director general Tan Sri Dr N...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport