Port Lepak Kutu Kutu Rock





Simpang Masuk Kampung @ Kepala Kampung
Kat sini ramai kutu-kutu rock lepak konon-kononnya nak mengawasi orang luar keluar masuk kampung sekaligus bertindak kepada bodyguard terhadap kampung tercinta.
Port ini juga adalah port yang strategik untuk mengorat minah-minah kilang yang baru balik dari bekerja.

Tepi Padang Bola @ Gelanggang Takraw
Tak dinafikan, kutu-kutu rock memang aktif dalam sukan baik sukan bola sepak, sepak takraw, badminton dan lari dalam guni.
Setelah penat bermain, biasanya kutu-kutu rock akan lepak di tepi padang atau gelanggang sambil berborak dan bermain gitar sebelum balik mandi.
Bagus kutu-kutu rock ni. Rock tetap rock. Kesihatan mesti dijaga.


Depan Surau
Port ini adalah port wajib yang harus kutu-kutu rock berkumpul selepas sembahyang berjemaah di surau. Rock, rock jugak.. Solat tak tinggal beb!!
Di sini kutu-kutu rock boleh membuat temujanji dan plan bersama untuk aktiviti pada keesokan harinya. Nak turun town kena plan betul-betul beb.. Silap-silap salah sorang terlambat, nanti tertinggal bas. Bas pulak tiga jam sekali baru ada. Tak ke haru..
Selain itu, port depan surau juga menjadi laluan kepada pakcik-pakcik, makcik-makcik dan mak bapak awek melintas selepas habis solat berjemaah. Sejuk mata diaorang tengok mat-mat rock ni rajin sembahyang. Berjemaah pulak tu. Yeargghhh...ada can jadi menantu !!

Bawah Pokok
Ni port lepak yang cool bagi kutu-kutu rock sebab kebanyakan pokok yang menjadi pilihan adalah pokok-pokok rendang seperti pokok ceri dan ketapang. Bawahnya pulak mesti ada pangkin dan tempat duduk. Kat sinilah kutu-kutu rock bermain gitar, cari kod lagu dan berborak tentang masa depan. Budak-budak tak boleh join.
Tak pernah pulak dengar kutu-kutu rock lepak bawah pokok durian. Ini bermakna kutu-kutu rock mengamalkan sikap safety first..


Stesen Bas
Setelah sampai town, lepas turun dari bas, mat-mat rock akan lepak sebentar di kerusi-kerusi dan tangga-tangga di stesen bas sebelum merayau. Ini bagi merehatkan otot-otot badan yang lenguh akibat terlalu lama duduk di dalam bas (ini kes kampung-kampung yang terletak jauh dari town).
Di sinilah tempatnya untuk melihat ragam-ragam manusia di samping boleh mencuci mata kerana terdapat ramai awek-awek bandar dan kampung yang menggunakan perkhidmatan bas.
Port ni juga adalah tempat pertemuan pertama kutu-kutu rock dari seluruh pelosok negeri sebelum bersama-sama menuju ke pasaraya, pusat snooker dan lain-lain.


Pusat Snooker
Port ni selalu dituju oleh kutu-kutu rock bagi menghilangkan bosan dan meluangkan masa yang terluang. Biasanya siapa yang kalah main, dia yang kena bayar. Kadang-kadang kat sini pun boleh cari duit. Tapi kutu-kutu rock jarang buat keje haram tu. Betul tak otai-otai..??


Depan Pasaraya
Yearghhh... inilah tempat paling famous bagi kutu-kutu rock dulu. Selepas penat merayau, main snooker, jamming dan tengok wayang kebiasaannya diaorang akan duduk dan bersidai di tangga depan pasaraya. Sambil duduk, sambil berborak, boleh ngorat awek-awek yang lalu lalang. Fuhhh.. Memang nikmat. Time ni la kutu-kutu rock nak serlahkan penampilan dan dressing rock di khalayak ramai. Biar semua orang tau betapa rock nya diaorang. Tak kisah apa orang nak kata.. yang penting hati rasa bangga. Bangga kerana menghangatkan suasana rock.
Antara kompleks pasaraya yang selalu diterjah oleh kutu-kutu rock ketika itu adalah Kompleks Wilayah, Kompleks Dayabumi, Kompleks Pertama, Kompleks PuncaMas Seremban dan Kompleks pasaraya Yik Foong, Ipoh.


Depan Kedai Kaset
Bila dengar je ada album Rock baru keluar di pasaran maka berduyun-duyunlah kutu-kutu rock dari segenap pelosok turun ke pekan dan town untuk membeli album yang dinantikan. Lepas beli kaset, lepak pulak depan kedai jumpa kawan-kawan lama yang seangkatan. Tokeh kedai kaset pun tak kisah sebab kerana merekalah kaset-kaset di kedainya terjual dengan laris.
Kutu-kutu rock dulu beli kaset sendiri-sendiri, tak mainlah pinjam-pinjam macam orang-orang zaman sekarang. Duit beli kaset pulak pakai duit hasil menoreh, upah berkebun dan duit gaji sendiri.. Apa barang mintak dengan mak. Memang tak syak lagi, semangat kutu-kutu rock inilah yang membuatkan album-album Rock suatu waktu dulu laris di pasaran sekaligus menyumpang kepada perkembangan arena seni tanahair. Berikan tabik spring kepada mereka!!


Tepi Jalan @ Tepi Longkang
Port ini amat disukai kutu-kutu rock kerana terletak di tepi jalan dan menjadi tumpuan kepada orang-orang yang lalu lalang. Kebiasaannya mereka lepak di waktu petang dan malam. Dua bijik gitar kapok mesti ada. Nyamuk banyak pun tak kisah asalkan boleh lepaskan tension dengan kawan-kawan. Di sini mereka akan berborak, menyanyi dan menegur orang-orang yang lalu lalang termasuk mak-mak dara dan awek cun. Ini menunjukkan kutu-kutu rock tidak sombong dan menghormati masyarakat sekeliling.
Kalau awek cun yang melintas tu bernama Ana, maka kutu-kutu rock akan mainkan lagu Rozana-Search. Kalau nama Ila, mereka nyanyi lagu Dalila-Kejora. Kalau nama Mira, nyanyi lagu Mira Edora-Wicitra dan kalau awek Cina yang lalu pulak mereka akan nyanyikan lagu Mei Hua-Evolusi. Awek yang terperasan akan menunduk malu (cover cun) dan jalan dengan perlahan sambil buat-buat berborak dengan kawan.


Gerai Makan
Port ni pun selalu jugak kutu-kutu rock datang lepak sebab kat sini boleh minum kopi, makan-makan, borak-borak, hisap rokok dan boleh mengorat awek-awek cun yang bekerja di gerai tersebut. Selalunya kedai yang menjadi pilihan adalah kedai mamak dan mana-mana kedai yang pakai buku 555 (boleh hutang). Di sini juga kutu-kutu rock boleh menjalinkan hubungan yang baik dengan orang-orang tua termasuk ketua kampung dan tok imam sambil sama-sama minum kopi dan mendengar nasihat mereka.Gerai makan juga menjadi pilhan kepada kumpulan-kumpulan mat rock yang bermotosikal besar untuk lepak sebentar sebelum meneruskan konvoi.


Perjumpaan Belia
Tak dinafikan, sesetengah kutu rock memang aktif dalam persatuan belia. Tapi kebanyakannya aktif dalam peringkat kampung je. Pun begitu kutu-kutu rock tak akan terlepas untuk mengikuti aktiviti-aktiviti kemasyarakatan kampung dan daerah. Mereka sedar bahawa tenaga muda mereka amat diperlukan.
Walaupun rock, tapi bila tiba time pilihanraya, mereka tak akan lupa untuk mengundi. Tanggungjawab mesti ditunaikan.


Funfair @ Konsert

Kutu-kutu rock memang pantang dengar kalau ada funfair atau konsert tak kira dekat mana pun. Nilah masanya nak berhibur dengan sepuas-puasnya. Dressing mesti Rock. Time ni ramai artis-artis datang buat persembahan. Kalau nasib bertuah malam tu, kutu rock akan dijemput oleh artis yang membuat persembahan untuk sama-sama menyanyi dan bergoyang di atas pentas. Tambah-tambah pulak artis yang menjemput tu terdiri dari kumpulan BPR dan MAY. Perghhh..bangga beb! Pengalaman yang tak akan dilupakan sampai tua. Ada juga kutu-kutu rock yang turun ke funfair semata-mata nak main game tuju tin dan bingo selain nak test mengorat awek-awek cun.


Rumah Sewa Kawan-kawan
Port ni amat popular di kalangan kutu-kutu rock yang tension akibat selalu kena leter dengan mak bapak (kes rambut panjang atau malas bagi ayam makan). Biasalah, orang muda-muda ni jiwa panas. Oleh itu, untuk menenangkan jiwa, rumah sewa kawan-kawan akan dijadikan port untuk lepak. Di sini kutu rock boleh buat macam rumah sendiri seperti melalak, merokok, layan gitar, mendengar radio dan baca majalah. Takde siapa yang marah. Majalah yang popular dibaca oleh kutu-kutu rock ketika itu adalah Gila-Gila, Batu Api dan URTV.


Gerai Burger
Kat sini pun ada la beberapa kutu rock yang suka lepak-lepak. Sambil lepak sambil makan.
Apa nak kata brader, bajet lari. Soru burger aje lah… Janji boleh terus hidup. Yang membuat burger juga terdiri daripada kaki rock. Sambil meniaga sambil tu boleh main gitar. Secara tak lengsung dapat menarik customer untuk datang beli burger di gerai mereka. Biasanya kalau ada gerai burger mesti ada telefon awam dekat-dekat situ. Maka ramai lah kutu-kutu rock yang berkumpul di situ menunggu giliran untuk menelefon awek. Yelah, dulu mana ada telefon bimbit macam sekarang. Pakai public phone aje lah. Sambil tunggu giliran boleh makan burger.


Kelab Malam
Kebanyakan kutu rock datang ke sini untuk enjoy dan berhibur dengan menyaksikan persembahan artis-artis kelab. Kat sini kutu-kutu rock boleh jumpa geng-geng yang satu kepala dengan mereka. Duit masuk kelab tak payah risau. Kalau tak cukup kawan-kawan boleh topup kan. Yang penting dapat enjoy dan cuci mata puas-puas sebab esok nak kerja.
Ada juga kutu-kutu rock yang masuk kelab malam dengan menggunakan kabel (orang dalam), free of charge. Jadi kena rajin-rajin lah bodek bouncer.


Panggung Wayang
Antara filem-filem famous yang ditonton oleh kutu rock suatu ketika dulu adalah Kembara Seniman Jalanan, Fenomena, Rozana cInta dan Awang Spanar. Ada juga kutu rock yang tersesat layan filem hindustan (ni kes silap beli tiket wayang). Panggung-panggung yang gah pada masa itu pula adalah seperti Cathay, Lido, Rex dan Colisseum.
Kutu-kutu rock biasanya menonton wayang secara berkumpulan. Bagi yang dah ada awek biasanya mereka memilih untuk menonton wayang bersama awek sahaja. Bukan apa, takut kawan-kawan kacau daun dan terpegang lengan awek masa tengah syok layan panggung.


Studio Jamming
Kutu-kutu rock kalau tak pegi sini maka dia bukan seratus peratus rock. Kat sinilah tempatnya untuk mengasah bakat terpendam di samping menguji skill vokal dan mutu permainan muzik. Drumstick biasanya dibawa sendiri. Yang lain-lain cuma bawa badan je. Kat sini sapa-sapa pun boleh melalak dan bikin balun muzik dengan sesuka hati sebab kawasan ni adalah kawasan tertutup. Yang menjadi audiens pun cuma kengkawan saja. Kebanyakan lagu yang dibawa adalah lagu-lagu berentak deras dan lagu -lagu yang telah digubah sendiri. Studio jamming juga menjadi tempat pertemuan dengan otai-otai rock. Ramai antara otai-otai datang untuk bertemu kawan-kawan lama sambil memberi tunjuk ajar kepada rocker-rocker yang baru bermula.


Kenduri Kahwin

Biasanya kalau ada kenduri kahwin, belia-belia akan dipanggil untuk bermain kompang dan mempersembahkan bunga silat. Kutu-kutu rock tidak ketinggalan. Eleh…main kompang dengan silat.. peti jari je.. Ada juga kutu-kutu rock yang ditugaskan pada hari itu untuk basuh pinggan dan menghidang makanan. Tapi dressing kana smart la. Rambut kena ikat. Time ni lah dapat tengok anak-anak dara berhias cantik. Klaau kena cara mengorat, boleh buat bini.
Kadang-kadang band rock kampung dipanggil untuk membuat persembahan bagi menghiburkan tetamu-tetamu yang hadir. Seperti yang kita sedia tahu, kebanyakan kumpulan-kumpulan rock popular bermula dari membuat persembahan di kenduri-kenduri kahwin.


Kawasan Perkelahan- Air Terjun, Sungai dan Pantai

Kawasan-kawasan ni menjadi tumpuan kutu-kutu rock untuk bersantai melepaskan penat selepas seminggu bekerja. Lepas mandi, boleh lepak-lepak sambil main gitar. Di sini lah tempat yang terbaik untuk mencari ilham bagi mencipta lagu dan lirik lagu. Memang tangkap syahdu lah lepak kat sini. Mencurah-curah idea datang. Bagi kutu rock yang baru frust bercinta, kawasan ini memang sesuai untuk melepaskan tekanan dan mencipta impian yang baru.


Tak salah melepak ni. Kita boleh luahkan segala perasaan yang terbuku dalam hati pada kengkawan samaada perasaan kecewa dan suka. Dengan berkumpul beramai-ramailah pendapat dan buah fikiran masing-masing dapat dikongsi bersama. Dunia pun jadi luas, tak macam katak bawah tempurung.
Jiwa yang kacau boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan seseorang itu bersikap murung. Kemurungan ni memang berbahaya… silap-silap boleh membunuh.
Jadi, brader-brader dan sisi-sis sekalian, marilah kita luangkan masa untuk bersantai. Eratkanlah perhubungan kita dengan sahabat-sahabat dan masyarakat sekitar. Jangan asyik terperap je depan komputer sampai lupa sembahyang… ROCK dalam SANTAI…!!

“… PORT LEPAK ANDA DI MANA...???”





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cicaktonjeng.blogspot.com/2010/04/port-lepak-kutu-kutu-rock.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Influence Muzik Rock Tanahair

Influence Muzik Rock Tanahair

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 176 hits
Wow ramai jugak peminat peminat Rock yang bising dan tertanya tanya apsal gua lambat update blog Biasa la bro bro sis sis kerja sentiasa banyak dan menjadi rutin bagi gua meng update blog setiap 2 atau 3 minggu Terima kasih kepada semua yan...
Kumpulan Rock Indonesia

Kumpulan Rock Indonesia

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 454 hits
Salam Rock buat semua Terima kasih kerana terjah semua ke blog gua ni Gua sayang lu semua Yearghh Sekembalinya gua dari pertapaan ini gua ingin memperkenalkan kumpulan kumpulan Rock Indonesia yang lu sekalian mungkin tak pernah dengar atau ...
Shamrin Fotograf Meninggal Dunia

Shamrin Fotograf Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 1299 hits
Al Fatihah Ketika entri ini ditulis Shamrin Fotograf atau nama sebenarnya Shamrin Abdul Samad 43 baru saja menghembuskan nafas terakhirnya semalam pada jam 6 40 petangArwah dilaporkan jatuh rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kel...
Pertanian Sistem Fertigasi Menggunakan Autopot Bagi Tanaman Rock Melon Sumber Pendapatan Sampingan

Pertanian Sistem Fertigasi Menggunakan Autopot Bagi Tanaman Rock Melon Sumber Pendapatan Sampingan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 290 hits
Pertanian Sistem Fertigasi menggunakan Autopot bagi tanaman Rock Melon sumber pendapatan sampinganSila pergi ke
Artis Rock

Artis Rock

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 110 hits
Assalammualaikum dan salam sejahtera Actually aku xtau sebenarnya nak hupdate apa dalam blog aku nih tadi aku menggodek2 balik tablet aku setelah keluar dari wad betapa rindu okay nak beramah mesra dengannya nie pun dok gigih install balik ...
Gitaris Rock Terhebat Malaysia

Gitaris Rock Terhebat Malaysia

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 2211 hits
Kembali berkhidmat untuk Rockers Kali ni kita sembang pasal gitaris gitaris Rock yang terhebat di Malaysia Semua yang gua senaraikan adalah melalui pengamatan gua Komen dan pembetulan amatlah dialu alukan Antara yang hebat Rosli Mohalim Ota...
Rock Ooo Rimba Bara Kembali

Rock Ooo Rimba Bara Kembali

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 715 hits
Sekadar mempromosi filem terbaru terbitan Grand Brilliance arahan Mamat Khalid Atas penerimaan yang baik daripada penonton dan peminat setia rock dalam filem ROCK 2005 kini kesinambungannya akan hadir menemui penonton di pawagam Filem yang ...
The Rock Hentikan Penggunaan Senjata Asli Dalam Filem

The Rock Hentikan Penggunaan Senjata Asli Dalam Filem

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 190 hits
The Rock hentikan penggunaan senjata asli dalam filem LOS ANGELES Bintang Hollywood Dwayne Johnson atau The Rock memutuskan untuk menghentikan penggunaan senjata asli bagi mana mana filem yang dihasilkan syarikatnya Lapor Abc News keputusan...
Event Virtual Concert Di Bunkface Rock Station Live

Event Virtual Concert Di Bunkface Rock Station Live

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 137 hits
Hah ape benda ni so tadi aku pegi dok tanya orang kuat a k a kepala balang untuk event kali ini Apakah ini boss So katanya ini virtual atau maya So kalau korang pernah terjebak dengan concert Yuna yang virtual tu yang ada vote2 dari maxis t...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul