Gitaris Rock Terhebat Malaysia



Kembali berkhidmat untuk Rockers. Kali ni kita sembang pasal gitaris-gitaris Rock yang terhebat di Malaysia. Semua yang gua senaraikan adalah melalui pengamatan gua. Komen dan pembetulan amatlah dialu-alukan.
Antara yang hebat...


Rosli Mohalim
Otai ni. Umur beliau pun dah 56 tahun. Berasal dari Singapore, beliau merupakan pemain gitar popular kumpulan rock Sweet Charity. Kini beliau menjadi pemuzik bebas dan juga sessionist bagi album artis-artis di studio Singapore mahupun di KL. Rosli Mohalim juga pernah dinobatkan antara gitaris terbaik di dunia era 80an.


Lan Hashim
Dikenali juga dengan panggilan Lan Gamma dan Lan Ambong. Pernah bersama dengan kumpulan rock Urgent dalam album Wajah Mistikal (1988) dan kemudian menyertai Gamma dalam album Suara Pasrah (1989). .


Abdul Rahman B. Mahmood 

Glamer dengan nama Man Kidal kerana cekap bermain dengan tangan kiri. Man Kidal mula bermain gitar pada umurnya 10 tahun. Sekarang umur beliau 47 tahun. Memang otai. Kerana itu beliau menjadi rujukan bagi kebanyakan gitaris junior atas sebab pengalaman, feel dan komitmen yang beliau miliki. Seperti umum ketahui, anak kelahiran Johor ini pernah menyertai kumpulan Search suatu ketika dahulu sebelum menjadi gitaris utama kumpulan Lefthanded. Foto credit to shw.minaq.jinggo.fotopages.


Abdul Samad Mian
Pasti ramai masih ingat lagi akan pemergian arwah Samad Lefthanded ke rahmatullah pada tahun 2008. Arwah yang berasal dari Johor merupakan gitaris kedua kumpulan rock Lefthanded dan pernah bersama kumpulan itu sejak dari awal penubuhannya iaitu pada tahun 1985 lagi. Arwah pernah menghasilkan album solo yang berjudul “Kenangan Bersamamu” pada tahun 1994.


Kiya Vagrant
 Berasal dari bumi kenyalang, Sarawak. Sebelum menyertai Vagrant, Kiya menganggotai band Heavy Duty yang boleh dikatakan terkenal di sana. Pernah juga menganggotai kumpulan Keno dengan nama Yaki. Mempunyai permainan gitar yang cukup power. Foto credit to jasmihusni.blogspot.com




Hamdan Bloodshed
Hamdan Bloodshed ataupun nama lainnya Hamdan Reko adalah antara gitaris yang hebat sekitar zaman Battle Of The Band. Beliau pernah memenangi gitaris terbaik dalam Battle Of The Band pada tahun 1985. Semasa gitaris lain pada zaman itu masih tercari-cari identiti dan terikut-ikut stail Steve Murray, Malmsteen dan Akira Takasaki, Hamdan sudah ada identitinya yang tersendiri. Beliau memiliki gorengan gitar yang bervariasi dan permainan gitar yang terbaik gua rasa dari segi riff dan solo. Try dengar lagu ‘Manusia & Janji’ dan ‘Ilusi Sebuah Mimpi’, rasakan feel dari solo beliau..


Saufi Ghazalie
Nama glamernya Opie Bloodshed. Opie ni anak didik kepada Hamdan semasa beliau (Opie) bersama band Scandals. Beliau jugalah yang menggantikan tempat Hamdan dalam Bloodshed.
Seorang pemain gitar yang amat kreatif dan bagus dari segi arranggement. Selamilah ‘power’ nya beliau dalam album Bloodshed – SAMARKAND (1987)


Hillary Ang
Hillary, seorang pemain gitar terkemuka negara, merupakan pengasas dan anggota asal bagi kumpulan rock terkenal Seacrh. Kehebatan beliau tidak dapat dipertikaikan lagi. Ramai artis-artis popular yang menggunakan khidmat beliau sebagai sessionist dalam rakaman album seperti Hattan, Ella juga Amuk. Gitaris-gitaris baru menjadikan Hillary sebagai idola dan rujukan dalam mencipta corak permainan gitar yang mantap. Anak kelahiran Johor ini juga mempunyai album solonya sendiri iaitu “Rock Dalam Dilema (1990)” dan “ZZ (1994)”. foto credit to rizmum.blogspot.com




Abdul Zamin B. Abd Kadir 
Gitaris yang terkenal dengan panggilan Joe Wings ini pernah menganggotai kumpulan rock Scandals. Orang Johor juga. Umur beliau sekarang ni 41 tahun. Hensem lagi. Beliau menyertai kumpulan Wings menggantikan Sham sebagai gitaris utama bermula dari album Hukum Karma (1988). Foto credit to http://www.bruneiphotojournalism.com/





Zulkifli Kassim @ Zulkif
Pernah menjadi gitaris Meet Group dan Headwind. Kini berusia 52 tahun. Album solo beliau – Misteri Api, Air dan Angin (1990). Foto credit to http://www.muzikrock.com/





Kid & Din 
Dua beradik ni memang terkenal. Kehebatan mereka tak boleh disangkal lagi. Berasal dari Johor, kedua-duanya merupakan gitaris terhebat yang bersama-sama menaikkan nama Search sehingga Search menjadi kumpulan rock paling terkenal di Malaysia.
Nordin B. Mohd Taib (Din) adalah pemain gitar kedua Search manakala adiknya Kid (Hamzah B. Mohd Taib) pula pernah menjadi gitaris bagi kumpulan rock Gersang. Kid menggantikan tempat Hillary dalam Search sebagai gitaris utama. Tak silap gua time ni berlakunya perbalahan antara Search dengan syarikat Polygram.
Bassist kumpulan Kris iaitu Musa merupakan saudara kandung mereka. Dari segi permainan, Kid lebih mantap ke arah solo manakala Din memiliki Rhythm yang terbaik




Kid
Din



Umarul Mahdzar Embong
Umarul Iklim. Selain bermain gitar elektrik dan akustik dalam kumpulan Iklim, beliau juga amat berbakat dalam mencipta lagu. Lagu-lagu Iklim, Gerhana Cinta Luka dan Blues Terengganu Kita adalah ciptaan beliau.




Shahrulhadi Bin SallehudinBerasal dari Batu Pahat, Shahrul pernah membarisi kumpulan rock Eka dan Ekamatra bersama adiknya, Nurul. Seawal 17 tahun beliau sudah boleh membuat solo lagu-lagu balada lentok Ekamatra. Foto credit to bro Nordin Othman






Khairul Anuar Shariff
Karl Cromok. Gitaris band thrash metal terunggul Malaysia, Cromok. Foto credit to bro Karl cromok.



Zainal RampaBeliau individu yang bertanggungjawab menubuhkan Search. Sekarang beliau kurang aktif atas sebab kesihatan yang tidak mengizinkan. Foto credit to Ende








Mukhlis
Juga dikenali dengan panggiilan Boy. Gitaris utama kumpulan Kris. Foto credit to Ende






Zulkifle Abdullah
Sebut pasal pemain gitar terhebat, nama Joe Burnmark atau Joe Jasad Liar memang wajib ada dalam senarai.. kalau tak nanti otai-otai bengang. Hehehe.. Joe terkenal bersama Burnmark sekitar tahun berlangsungnya Juara-juara Rock. Berasal dari Johor jugak ni. Beliau seorang yang sempoi dan cool juga memiliki identiti dan skill yang tersendiri dalam permainan gitar. Album ‘Joe Jasad Liar (1991)’ menaikkan nama Joe sebagai gitaris pertama yang membuat rakaman album secara solo dengan instrumen gitar. Joe juga adalah komposer, penerbit album dan menjadi sessionis bagi artis lain. Foto credit to Ende








Norzaini MohdIni la dia Awang BPR, gitaris kumpulan Bumiputra Rockers. Beliau lebih terkenal sebagai komposer dan penerbit album. Lagu-lagu ciptaan beliau telah banyak dipertandingkan di Anugerah Muzik-Muzik.


Hisham Mahdin
Tak ramai yang kenal gitaris ni. Nama glamernya Sham Left Right / Sham Kiri Kanan dan G-Man. Beliau antara gitaris yang boleh bermain dua gitar dengan kedua belah tangan dalam satu masa. Tu pasal orang panggil dia Sham Left Right.
Gitaris ni juga berasal dari Johor. Korang perasan ke dari tadi ramai gitaris yang asal dari Johor. Jari gua pun dah kebas taip perkataan Johor ni..ekekekek.. Cayalah orang2 Johor.. lu orang rock..



Rohaizar Ramli
Ija – gitaris utama kumpulan Medicine. Asal Negeri Sembilan. foto credit to http://www.rockapak.org/






Razli Hussain
Gitaris kumpulan rock Desire dari Kelantan. foto dr lie desire



Aziz Febians
Pernah juga menumpaskan gitaris-gitaris lain dalam Juara-juara Rock 80an.



Abu 
Gitaris kumpulan May. foto credit to kumpulanmay.webs.com




Hassan Babylon 
Cari maut sapa tiru style dia
  foto credit to bro Hassan





Izo XPDC 
Gitaris XPDC yang masih bertahan sehingga kini. Juga pernah menganggotai Tragedy.

 
Shamril Bin Mohd Salleh
Sham Kamikaze juga selalu menjadi sessionis untuk artis-artis popular seperti Siti Nurhaliza dan Amy Mastura. Bukan setakat gitar je, malah Sham juga terror bermain keyboard, bass dan dram. Start belajar muzik sejak usia 5 tahun dan pernah menjadi tenaga pengajar di Guitar Institute of Malaysia. foto credit to eykatikie.blogspot.com






Edrie Hashim
Gua rasa rata-rata rakyat Malaysia mengenali gitaris ni. Mana tak nya, asal ada konsert Jom Heboh je mesti ada muka brader ni sebab dialah pengarah muzik dalam konsert Jom Heboh tv3. Bekas gitaris kumpulan Chapters ini juga terkenal sebagai sessionis, penerbit album dan pencipta lagu.Selain pernah menerbitkan beberapa album Search, beliau juga berbakat mencipta lagu. Antara lagu ciptaan beliau ialah Akan Ku Tunggu-Candy dan Ampunkan Aku-DefGabC.



Ritz & King Shah
Dua orang gitaris hebat metalasia ini membawakan lagu-lagu yang setanding dengan kumpulan heavy metal barat. Bukan sahaja cekap di studio malahan secara live.



Harry
Merupakan gitaris utama bagi kumpulan rock Khalifah. Sebelum itu bersama dengan Jinbara. Dahsyat gak brader ni. Dia punya solo, perghhh.. buat gua jadi angau dengan lagu-lagu Khalifah.



Abu Bakar Bonsol
Ni brader gua ni. Asal dari Sarawak. Juga merupakan pemain gitar terbaik yang ada di sekitar daerahnya dahulu. Pada zaman kehangatan rock beliau tidak ketinggalan join pertandingan-pertandingan antara band dan juga mengadakan persembahan-persembahan di acara keramaian. Jangan marah haaa bro..



Kordes
Ni pun boleh tahan dia punya skill. Fingering dia gempak. Ada pengaruh Kid Search lagi..hehehe.. Nama glamer dia Kordes @ Pakcik Kordi. Beliau antara pelawat setia blog ni selain rakan-rakan beliau yang rock. Wa caya sama lu Kordes..!


Hairey Yahaya @ Papa Hero
Brader ni juga sessionis dulu. Gua respek dia sebab pernah tunaikan request gua tentang entri dia di zaman rock. Gambar ni gua culik dari blog dia gak..hehehe.. Terjah beliau di SINI

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cicaktonjeng.blogspot.com/2010/11/gitaris-rock-terhebat-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Info One Plus One Telefon Pintar Terhebat Dari Segi Spesifikasi Bakal Menembusi Pasaran Malaysia

Info One Plus One Telefon Pintar Terhebat Dari Segi Spesifikasi Bakal Menembusi Pasaran Malaysia

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 99 hits
One Plus One Spesifikasi Saiz Skrin 5 5 Cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 801 Ram 3GB Storan dalam 16 64GB Kamera belakang 13Megapixel kamera belakang 5 Megapixel Batteri 3 000 mAh Sistem operasi menggunakan CyanogenMod 11S kebolehan mene...
Pelbagai Kekosongan Jawatan Terkini Air Asia Berhad Seluruh Malaysia November 2021 Gaji Rm4 800 Rm6 700

Pelbagai Kekosongan Jawatan Terkini Air Asia Berhad Seluruh Malaysia November 2021 Gaji Rm4 800 Rm6 700

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 294 hits
Pelbagai Kekosongan Jawatan Terkini Air Asia Berhad Seluruh Malaysia November 2021 Gaji RM4 800 RM6 700 Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Mingguan Ker...
Penampilan Batik Malaysia Pm Di Indonesia

Penampilan Batik Malaysia Pm Di Indonesia

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 283 hits
Penampilan Batik Malaysia PM di Indonesia Batik Malaysia yang dipakai Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika membuat lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia menarik tumpuan ramai Lawa baju batik PM Itu antara komen warganet terh...
Rentasan 1005 Gempar Ternyata Malaysia Bakal Kembali Ke Zaman Klept

Rentasan 1005 Gempar Ternyata Malaysia Bakal Kembali Ke Zaman Klept

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 183 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 10051 1MDB DIKENDALI SEPERTI KEDAI KOPI CINA 2 PAS MEMANG PARTI SUKA MEMFITNAH KE 3 MENGAPA ANAK MUDA PERLU FASIH BAHASA MELAYU
Kkmm Lancar Rangkaian 5g Malaysia Pertama Esok

Kkmm Lancar Rangkaian 5g Malaysia Pertama Esok

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 136 hits
Oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Pengasas Rumah Prihatin Tan Sri Annuar Musa beramah mesra dengan sebahagian penerima sumbangan ketika hadir ke Majlis Penyampaian Bantuan Deepavali Rumah Prihatin di Rumah Prihatin Grand Seas...
Sabah To Set Up Body To Develop New Malaysia Indonesia Border Town

Sabah To Set Up Body To Develop New Malaysia Indonesia Border Town

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 282 hits
Chief minister Hajiji Noor at the briefing on the Serudong border town at Menara Kinabalu in Kota Kinabalu today KOTA KINABALU Sabah is planning to establish a regional development authority to manage the new border township at Serudong in ...
Serba Dinamik Takes Legal Action Against Bursa Malaysia

Serba Dinamik Takes Legal Action Against Bursa Malaysia

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 203 hits
Serba Dinamik Holdings Bhd filed an originating summons at the Kuala Lumpur High Court against Bursa Malaysia on Nov 3 in which it said the stock exchange regulator acted in excess of power with regard to directives given to the company con...
Hari Osteoporosis Sedunia 9 Daripada 10 Warga Pertengahan Usia Malaysia Berasa Bimbang Akan Kesihatan Tulang Mereka

Hari Osteoporosis Sedunia 9 Daripada 10 Warga Pertengahan Usia Malaysia Berasa Bimbang Akan Kesihatan Tulang Mereka

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 198 hits
Bagaimana ia mungkin mempengaruhi kekuatan dan pergerakan ketika usia emas merekaAnlene menyeru warga Malaysia agar mengambil langkah proaktif dalam penjagaan tulang sempena Hari Osteoporosis SeduniaDalam tinjauan terbaru yang dijalankan di...
Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Harga Kesihatan Memastikan Suplemen Makanan Dilindungi Di Malaysia

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Pm Perlu Terus Tekan Untuk Menaikkan Gaji Minima Ke Rm2000



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Kempen Mari Beli Lokal Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi

Antara Pilihan

Hantam Terus Frans Kritik Dr Haji Murariau Dosen Akademi Dakwah Di Riau

Bahagia Ibu Meninggal

Makan Nasi Kandar Di Pelita Gateaway Seremban