Populariti Anwar Jadi Sandaran Ph Bn Hadapi Prn Julai Ini



SHAH ALAM - Kajian atas talian oleh pusat penyelidikan, Ilham Centre mendapati Kerajaan Perpaduan bergantung kepada populariti dan pengaruh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus kekal stabil.
Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar berkata, kajian itu juga menunjukkan 75 peratus daripada lebih 800 responden menaruh harapan tinggi terhadap Anwar untuk memulihkan ekonomi negara dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Menurutnya, sejumlah 81 peratus responden berpandangan bahawa Kerajaan Perpaduan pimpinan Ahli Parlimen Tambun berkenaan mampu bertahan dan akan kekal sehingga penggal Parlimen ke-15 tamat nanti.
Bagaimanapun, Hisommudin berkata kajian sama menunjukkan Kerajaan Madani pimpinan Anwar, belum memenuhi harapan dan ekspektasi rakyat terutama dalam usaha menangani peningkatan kos sara hidup, kenaikan harga barang dan pemulihan ekonomi negara.
Malah, Hisommudin berkata, kajian itu mendapati sebanyak 88 peratus daripada responden terjejas akibat kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup yang berlaku sejak kebelakangan ini.
Katanya, kajian berkenaan juga menunjukkan kerajaan hari ini dilihat kurang ke hadapan dalam mengangkat agenda Melayu dan kepentingan umat Islam di negara ini.
Beliau berkata, kajian itu juga mendapati bahawa rakyat mengakui bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini masih menjadi 'juara' dalam melaksanakan agenda membela nasib orang Melayu dan Islam di Malaysia.
“Jadi kesimpulannya, kerajaan hari ini amat bergantung kepada pengaruh dan populariti Perdana Menteri sahaja untuk terus kekal stabil, manakala peranan anggota Kabinet lain tidak begitu menonjol.
“Bagaimanapun, 62 peratus daripada responden dalam kajian ini berpandangan pengenalan menu dan pelbagai inisiatif Rahmah sedikit sebanyak mampu meredakan dan menyerap beban kos sara hidup isi rumah di Malaysia, sekali gus memberi kredit kepada kerajaan pimpinan Anwar,” katanya kepada Sinar Premium.
Untuk rekod, kajian Ilham Centre itu tidak mewakili suara sebenar rakyat Malaysia kerana ia dibuat secara online menerusi Facebook rasmi Hisommudin dan hanya merangkumi rakan, kenalan, pengikut dan mereka mempunyai akses sahaja.
Kajian itu juga tidak menggambarkan demografi sebenar rakyat Malaysia kerana tidak ramai wanita dan golongan muda berusia 18 hingga 25 tahun menyertainya susulan kebanyakan pengguna Facebook terdiri daripada mereka berusia 30-an dan ke atas.
Hisommudin berkata, lebih 60 peratus responden berpandangan bahawa sistem hebahan dan komunikasi kerajaan sekarang amat lemah sehingga mereka terpaksa bergantung kepada imej dan political stunt dilakukan oleh Anwar.
“Kalau disuluh mengikut agensi tertentu berkaitan dengan kepentingan seperti Kementerian Kewangan; Kementerian Ekonomi; Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah; Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) maka ia akan menimbulkan rasa ketidakpuasan rakyat amat tinggi.
“Ekpektasi rakyat terhadap Anwar dan kerajaan amat tinggi namun mereka mahu tahu apakah perancangan kerajaan untuk pemulihan ekonomi, mengatasi masalah pengangguran dan kekurangan peluang pekerjaan, dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang," katanya.
Hisommudin berkata, kajian berkenaan menunjukkan, 75 peratus responden melahirkan keyakinan bahawa Anwar mampu melakukan sesuatu lebih baik memulihkan ekonomi negara, pada masa depan.
"Jadi kerajaan tidak boleh menyalahkan PN kerana mereka mengambil kesempatan dan menuai hasil di atas kegagalan kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara dan mengawal kadar inflasi negara sekarang," katanya.
Beliau berkata, kerajaan pimpinan Anwar juga perlu memberikan penjelasan terperinci mengenai nilai sebenar pelaburan langsung asing (FDI) yang di bawa balik ke Malaysia setiap kali Ahli Parlimen Tambun itu pergi lawatan ke luar negara.
Ditanya mengenai sama ada isu kegagalan manifesto pilihan raya menjadi punca rakyat kurang yakin untuk menyokong gabungan PH-BN dalam PRN nanti, ini jawapan Hisommudin;
"Mungkin bagi PH dan Anwar misalnya janji mereka untuk menurunkan harga minyak menjadi RM1.50 adalah janji manisfesto dibuat semasa mereka berada dalam Pakatan Rakyat (PR) dulu.
"Namun hakikatnya retorik itu dituntut kerana sekarang ini rakyat tidak mengambil kira zaman bila Anwar berucap tetapi rakyat mahukan kerajaan memberikan justifikasi kenapa mereka masih gagal mengatasi masalah peningkatan kos sara hidup dan harga barang dihadapi sekarang walaupun mereka sudah berjanji akan berbuat demikian, sebelum PRU15," katanya - SH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/04/populariti-anwar-jadi-sandaran-ph-bn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Bn Tenat Hadapi Prn Di Selangor Pn Bakal Ambil Alih Pentadbiran Selangor

Ph Bn Tenat Hadapi Prn Di Selangor Pn Bakal Ambil Alih Pentadbiran Selangor

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 167 hits
Penyokong UMNO Selangor diseru supaya mengikuti langkah Tan Sri Noh Omar bernaung di bawah payung Perikatan Nasional menjelang pilihan raya negeri tidak lama lagi Setiausaha Badan Perhubungan Pas Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir berkata U...
Anwar S Rhetorical Slip Is Showing

Anwar S Rhetorical Slip Is Showing

papar berkaitan - pada 11/4/2023 - jumlah : 315 hits
Terence Netto Malaysiakini Prime Minister Anwar Ibrahim s speech struggles to keep up with his thought process In sum his elocution lags behind his ratiocination Recent instances of the lag put him in a spot The most telling case was his re...
No Compromise In Fight Against Those Who Plunder Nation S Wealth Says Anwar

No Compromise In Fight Against Those Who Plunder Nation S Wealth Says Anwar

papar berkaitan - pada 11/4/2023 - jumlah : 166 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim BernamaIPOH Datuk Seri Anwar Ibrahim says he will not make any compromises when it comes to saving the people from individuals who plunder the nation s wealth The Prime Minister said he had instructed the government...
Anwar S Ayaq Or Ayor Quip Draws Laughter At Ipoh Bazaar

Anwar S Ayaq Or Ayor Quip Draws Laughter At Ipoh Bazaar

papar berkaitan - pada 11/4/2023 - jumlah : 458 hits
IPOH Is it ayaq or ayor Datuk Seri Anwar Ibrahim asked a drink seller at the Taman Jati Ramadan bazaar here drawing laughter from the gathered crowd It s ayor we are Perak people the drink seller responded with a laugh The Prime Minister wa...
Nota Kepada Anwar Fahami Apa Yang Rakyat Mahu Dalam Isu Najib Dan Zahid Hamidi

Nota Kepada Anwar Fahami Apa Yang Rakyat Mahu Dalam Isu Najib Dan Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 11/4/2023 - jumlah : 224 hits
Tulisan kali ini saya titipkan khas buat Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan doa agar kekal istiqamah melawan rasuah Saya tidak pasti sama ada beliau punya masa membaca tulisan saya kali ini tetapi saya yakin orang orang kanan Anwar dan pe...
Hang Ingat Anwar Macam Lebai Hang Ka Ikut Cakap Mahiaddin

Hang Ingat Anwar Macam Lebai Hang Ka Ikut Cakap Mahiaddin

papar berkaitan - pada 11/4/2023 - jumlah : 159 hits
IBRAHIM MAT ISA Aku lalui banyak zaman dalam parti PAS tak pernah jumpa lagi budak universiti sokong PAS jadi buta tuli ilmu melainkan zaman sekarang ni
Pm Anwar Breaks Fast With Media Practitioners Celebrities

Pm Anwar Breaks Fast With Media Practitioners Celebrities

papar berkaitan - pada 12/4/2023 - jumlah : 315 hits
The prime minister clad in a light blue baju Melayu and arrived at 6 47pm was accompanied by the Communications and Digital Minister Fahmi Fadzil and his deputy Teo Nie Ching BERNAMA PICKUALA LUMPUR Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim t...
Tiada Tolak Ansur Lawan Rasuah Anwar Diharapkan Tidak Mudah Mengalah

Tiada Tolak Ansur Lawan Rasuah Anwar Diharapkan Tidak Mudah Mengalah

papar berkaitan - pada 11/4/2023 - jumlah : 230 hits
Berdepan tekanan daripada UMNO terutama dalam isu pengampunan Najib Razak dan tindakan terbaru Zahid Hamidi mengemukan representasi kepada Peguam Negara untuk menggugurkan 47 kes mahkamahnya yang sedang berjalan sekurang kurangnya setakat i...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan