Politikus Memomokkan Sprm


 

Semakin beria pembangkang mengasak Azam Baki dan SPRM, maka semakin jelas pada kita ada sesuatu yang tidak kena. Kita mesti melindungi SPRM dari persepsi yang cuba dibina oleh ahli-ahli politik yang ada kes di mahkamah, bahawa badan ini alat politik. Atau oleh kononnya ada maklumat tertentu daripada bekas pegawai SPRM yang sudah dipecat atau dibuang.
Dakwaan SPRM alat parti tertentu misalnya adalah karut kerana pertama, kuasa pendakwaan tiada pada SPRM sebaliknya ada pada pejabat Peguam Negara. Kedua, tuduhan SPRM alat parti kerajaan juga mengakibatkan masyarakat memandang serong usaha membasmi rasuah. Ia juga tidak membantu SPRM untuk melakukan kerja mereka.
Untuk mencegah tindakan sesetengah ahli politik terus-terusan memburukkan SPRM, apa yang boleh dilakukan ialah mereformasi undang-undang rasuah dengan pertama; memberi kuasa pendakwaan kes rasuah kepada SPRM dan bukan lagi di tangan pejabat Peguam Negara. Ini supaya semua ahli politik boleh diadili tanpa pilih bulu, justeru parti memerintah mesti memberi kebebasan sebenar kepada badan pencegah rasuah ini.
Kedua, hanya meletakkan SPRM bawah Parlimen sahaja badan ini akan lebih diberdayakan. Ini supaya tiada lagi boleh dihujahkan SPRM alat politik. Ia juga akan menguatkan SPRM untuk membanteras rasuah. Maka kita berharap sentimen anti SPRM dan persepsi konon SPRM tidak adil ini dapat dibetulkan. Ahli politik yang kotor dan ada kes juga tidak boleh lagi menggunakan “cybertrooper” untuk mencipta naratif kononnya SPRM mengejar mereka kerana diarahkan sedemikian. Ia juga bagus untuk SPRM kerana staf atau pegawai SPRM yang mudah dibeli atau bermasalah, atau ada agenda politik pejabat dapat dikawali. SPRM bukan maksum. Politikus lebih-lebih lagi.
Rasuah isu besar dan merupakan malapetaka untuk negara ini. Masyarakat perlu mengerti rasuah mempunyai dua bentuk. Menurut Mohd Zaini Abdul Samad dalam “Memerangi Jenayah Rasuah Komitmen Bersama” terbitan Badan Pencegah Rasuah Perak, bentuk rasuah tersebut adalah:
Pertama, rasuah berlaku apabila penerima disyaratkan untuk menghukum dengan tidak adil, atau menjalankan hukuman dengan tidak saksama. Ini tentu sukar dibuktikan. Pun dakwaan dan kisah hitam bekas majistret di Kelantan, Firdaus Ramlan, boleh menjadi pedoman dan ingatan untuk kita semua, bahawa sistem perundangan kita juga harus dilindungi dari gejala ini.
Kedua, bentuk rasuah yang tidak kita sedari. Iaitu apabila memberikan imbuhan kepada individu atau kumpulan tertentu untuk mencapai satu-satu matlamat. Jika kita menekuni bentuk kedua ini, kita akan mendapati pendekatan “scheme of things”, juga, perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) satu bentuk rasuah. Rasuah adalah rasuah. Sebaik ada imbuhan dan tukaran tertentu maka terdapat nilai rasuah.
Dalam hal ini kita dapat memutuskan sebahagian besar ahli politik sedang bergelumang dengan rasuah, sama ada sedar atau tidak. Melainkan mereka yang menolak “scheme of things”, dan MoU kepercayaan dan perbekalan (dengan tukaran tertentu).
Harus diingatkan terdapat banyak faktor rasuah, salah satunya apabila kita memiliki kerajaan yang lemah, sistem yang lompong, dan undang-undang rasuah yang lemah. Menurut Syed Hussein Alatas dalam tulisan-tulisannya mengenai rasuah, dapat dirumuskan ia berpunca dari kelemahan kepimpinan, kelemahan nilai agama dan etika, penjajahan, kurang pengetahuan, kemiskinan, kelemahan undang-undang, pengaruh persekitaran, struktur kerajaan, dan perubahan radikal.
Masalah dengan jenayah rasuah yang menyebabkan kita sukar menyabitkan ia sebagai rasuah, ialah kerana terdapatnya faktor niat dan keinginan. Tanpa niat untuk melakukan, rasuah tidak dapat menjadi penjenayah. Sultan Azlan Shah ketika menjadi hakim pernah mengatakan:
“Corrupt is a question of intention. If the circumstances show that what a person has done or omitted to do was moved by evil intention or a guilty mind, then he is liable…”
Di sinilah terdapatnya ruang untuk dimanipulasi oleh penjenayah rasuah sehingga membolehkan mereka terlepas di mahkamah. Hal ini kadang-kala kurang difahami oleh masyarakat umum sehingga menyebabkan SPRM sering dipersalahkan setiap kali ada orang kenamaan terlepas dari pertuduhan atau hukuman.
Ini juga berlaku kerana kuasa pendakwaan tiada pada SPRM dan terpusat di pejabat Peguam Negara. Untuk sesetengah politikus mereka boleh memainkan naratif konon mereka dianiaya oleh komplot politik.
Dalam negara dan masyarakat yang tepu feudalisme pula, hubungan darah atau bantuan orang atasan juga boleh meloloskan sesetengah pesalah yang akan terus membuatkan masyarakat memandang usaha badan pencegah rasuah sebagai sia-sia.
Apa yang menyedihkan ialah gejala rasuah ini kini boleh disahkan dan dihalalkan oleh tanggapan atau pandangan lunak sesetengah ulama, di mana gambaran yang diberikan adalah rasuah hanyalah satu jenayah yang sekadar boleh ditakzirkan. Padahal rasuah adalah bahagian dari sangak, samun, kecurian, dan perompakan harta awam yang jahat.
Saya berpendapat tidak wajar SPRM dimomokkan, ia malah perlu diberdayakan. Menyerang peribadi tertentu dalam SPRM kerana nila setitik hanya memenuhi nikmat dahaga dan kepuasan nafsu agenda sesetengah kluster politikus yang ada kes. Agenda itu untuk memaparkan SPRM tidak bebas dan hanya menjadi alat. Lama-kelamaan usaha untuk membersihkan negara dari rasuah akan terbengkalai oleh kekarutan politikus baik dari pihak kerajaan mahupun pembangkang.
Tidak ramai yang nampak kerja baik SPRM. Badan ini misalnya boleh diharap berbanding yang lain untuk menyemak hal-hal yang tidak lunas. Dalam kes 1MDB, SPRM membongkar macam-macam tetapi dikatakan dengan tangkas licik dipatahkan oleh pemimpin tertentu. Kita tahu pencak silat SPRM dalam kes tersebut sehinggalah akhirnya rakyat sendiri yang memilih untuk membuat perubahan pada 2018.
Sayang, perubahan dan reformasi pilihan rakyat pada PRU14 itu disontot oleh kumpulan politikus khianat.
Hari ini berbagai-bagai pendedahan di Parlimen menuntut SPRM berfungsi dengan berkesan. Misalnya SPRM mulai menubuhkan kumpulan khas menyiasat sistem dalam talian uCustoms. Dalam perkembangan lain, SPRM telah pun menyerahkan kepada pejabat Peguam Negara untuk melakukan pertuduhan dalam kes kehilangan wang USD6.94 juta. Harus ada kes-kes lain yang ikut disiasat, baik negeri bawah parti kerajaan mahupun bawah parti lebai, atau parti pembangkang.
Cukuplah memomokkan SPRM. Mereka perlu ditolongi, bukan terus disepit - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/09/semakin-beria-pembangkang-mengasak-azam.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Lapor Sprm Terhadap Mb Kedah Ngo Terima Notis Tuntutan Rm10 Juta

Selepas Lapor Sprm Terhadap Mb Kedah Ngo Terima Notis Tuntutan Rm10 Juta

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 251 hits
September 24 2021 Sebuah syarikat swasta menghantar notis tuntutan RM10 juta terhadap setiausaha sebuah NGO yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berhubung pro...
Majlis Presiden Ph Cadang Ketua Pesuruhjaya Sprm Azam Baki Di Rehat Sementara Waktu

Majlis Presiden Ph Cadang Ketua Pesuruhjaya Sprm Azam Baki Di Rehat Sementara Waktu

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 562 hits
KUALA LUMPUR Majlis Presiden Pakatan Harapan mencadangkan supaya Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Azam Baki direhatkan sementara waktu ketika siasatan terhadap tiga pegawai kanannya dijalankan Cadangan itu...
Polis Akan Panggil Hasanah Tiga Pegawai Kanan Sprm

Polis Akan Panggil Hasanah Tiga Pegawai Kanan Sprm

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 287 hits
Oleh POLIS Diraja Malaysia akan memanggil tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang sebelum ini direman selama enam hari oleh SPRM bagi melengkapkan siasatan berhubung kehilangan wang berjumlah AS 6 juta Pengarah Jabata...
1 Daripada 3 Pegawai Kanan Sprm Disiasat Berkait Kes Dadah Senjata Api Kata Bukit Aman

1 Daripada 3 Pegawai Kanan Sprm Disiasat Berkait Kes Dadah Senjata Api Kata Bukit Aman

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 389 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang daripada tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang disyaki terlibat mencuri barang kes bernilai RM6 juta turut disiasat membabitkan kes pemilikan dadah dan senjata api Pengarah Jabatan...
Isu Pegawai Sprm Ditahan Azam Baki Wajar Direhatkan Sementara Kata Ph

Isu Pegawai Sprm Ditahan Azam Baki Wajar Direhatkan Sementara Kata Ph

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 270 hits
Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON September 23 2021Majlis Presiden Pakatan Harapan berpandangan bahawa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Azam Baki wajar direhatkan buat sementara waktu dari tugas tugas beliau Ini...
Penyelewengan Di Sprm Menteri Tak Jawab Soalan

Penyelewengan Di Sprm Menteri Tak Jawab Soalan

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 208 hits
Penyelewengan di SPRM Menteri tak jawab soalanOleh September 24 2021Menteri Undang undang tidak menjawab dengan tepat soalan yang dikemukakan berhubung kejadian kehilangan wang barangan kes oleh 3 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malay...
Sprm Apa Yang Kita Boleh Harapkan

Sprm Apa Yang Kita Boleh Harapkan

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 215 hits
BOB KELANANG Semenjak dua menjak ini kredibiliti SPRM dilihat jatuh menjunam dari kes suspek lompat pagar SPRM la sampailah pembebasan kes kes rasuah yang fakta dan buktinya jelas tapi kalah di Mahkamah sama ada dari segi teknikal mahupun k...
Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Monday Morning

The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam Nilai

Lempeng By Pak Zain Sarapan Pagi Ini

Muka Berjerawat Kena Elak Makanan Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Lulus Temuduga Spa Tanpa Kabel Teknik Psikologi Yang Panel Cari

Isu Ketua Hakim

Upin Ipin Universe Inovasi Industri Animasi Ke Dunia Terbuka Global

Packaging Farmasi Eksklusif Serlahkan Kualiti Integriti Jenama Anda

The Real Value Of Local Seo For Small Businesses In Huntsville

Bapa Pijak Anak Umur Setahun Ugut Isteri Balik Rumah