Politik Wang Tutup Sentimen Sebenar Akar Umbi Umno Kata Chandra





Ucapan-ucapan menyokong naratif yang dibawa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kononnya parti itu dilayan secara buruk oleh parti lain dalam kerajaan tidaklah mengejutkan, kata pakar sains politik Chandra Muzaffar.
Chandra berkata hal ini kerana Umno telah dipengaruhi dengan psikologi neo-feudal sejak zaman pentadbiran Tunku Abdul Rahman, dan ia kemudian ditunjukkan sekali lagi dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini.
“Ketika presiden buat cadangan, akar umbi akan ikut sama,” kata Chandra.
“Tambahan pula, naratif yang dibawa oleh pemimpin utama parti itu adalah sesuatu yang menarik sentimen orang Melayu Umno dengan sangat mendalam.”
Bagaimanapun, katanya, situasi seperti itu tidak hanya wujud dalam Umno, di samping turut menambah PAP Singapura juga adalah contoh parti lain di mana anggota parti akan akan mengalah kepada kemahuan pemimpin mereka.
Chandra turut mengulas ucapan-ucapan perwakilan di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, beliau berkata pada umumnya perwakilan dan pemimpin akar umbi menyetujui cadangan Zahid untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu, dan juga mahu Umno menjadi parti dominan.
Zahid dan juga timbalan presidennya Mohamad Hasan memberitahu perwakilan Umno mesti kembali sebagai rakan kongsi politik yang dominan, seperti pengaruh yang dimilikinya parti itu mentadbir kerajaan selama lebih dari enam dekad.
Chandra berkata keputusan rasmi perhimpunan agung yang meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu adalah sesuatu yang sememangnya dijangka.
Menurut Chandra, Umno mempunyai sejarah membeli sokongan. Sebuah amalan menukar wang tunai dengan sokongan daripada ketua bahagian.
“Mudah kata, Umno sudah kembali semula amalkan politik wang,” tambahnya.
Selain itu, katanya, dakwaan Zahid akar umbi Umno menyokong penuh keputusan parti untuk memutuskan hubungan dengan parti kerajaan diketuai Bersatu adalah hal yang sukar dipercayai.
“Saya tak fikir akan ramai dari mereka itu hendak putus hubungan dengan parti kerajaan. Mereka tahu baik dan buruknya, mereka dah lama pegang kuasa.”
Chandra turut berkata, para perwakilan yang menyokong keputusan itu mungkin di atas “alasan yang lain”.
Menurut beliau, mereka yang mengikuti jalur pemikiran bahawa Umno mampu membuat kemunculan semula setelah tewas teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018, mungkin sudah tersilap perkiraan.
“Mereka mungkin anggap boleh dapat sokongan dari perpecahan itu, tetapi jangan lupa, Umno hilang sejumlah kawasan majoriti Melayu dalam pilihan raya lalu.
“Itu semua berlaku, sebelum semua pendedahahan mengenai rasuah dilakukan di luar mahkamah,” tambah Chandra.
“Bagaimana seseorang boleh fikir Umno akan jadi parti yang dominan lagi?”
Zahid, dan bekas perdana menteri Najib Razak jika digabungkan angka pertuduhan di mahkamah berdepan lebih dari 80 pertuduhan rasuah, pengubahan wang haram dan pecah amanah.
Kedua-dua pemimpin Umno itu kini menjadi pengkritik lantang terhadap presiden Bersatu Muhyiddin Yassin selain dikenali sebagai pemimpin yang mendorong Umno mencari sekutu politik lain termasuk PKR.
Oktober lalu, kedua pemimpin itu menghantar sepucuk surat ke Istana Negara menyatakan sokongan terhadap Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan dari Muhyiddin.
Sumber: MalaysiaNow

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/04/politik-wang-tutup-sentimen-sebenar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pilihan Akar Umbi Umno Bn Sebagai Piem T Piem

Pilihan Akar Umbi Umno Bn Sebagai Piem T Piem

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 387 hits
GERAKAN PADA PERINGKAT AKAR UMBI MEMILIH JAWATAN PIEM DAN TIMBALAN PIEMINI DARIPADA KUMPULAN YANG BERADA BERSAMA KERAJAAN PN KUMPULAN INI TELAH MEMBUAT TINJAUAN SECARA RAHSIA DI AKAR UMBI UMNO KUMPULAN INI MAHU PEMILIHAN UMNO DISEGERAKAN DA...
Lagi Gesaan Akar Umbi Umno Agar Zahid Berundur

Lagi Gesaan Akar Umbi Umno Agar Zahid Berundur

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 250 hits
malaysiakini comDiterbitkan 6 Apr 2021 4 57 pmSeorang lagi pemimpin akar umbi Umno menuntut presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan demi memastikan kelangsungan parti itu Ketua Umno bahagian Simpang Renggam Zakaria Dullah b...
Bila Zahid Nafikan Kerjasama Dengan Pkr Itulah Suara Akar Umbi Umno

Bila Zahid Nafikan Kerjasama Dengan Pkr Itulah Suara Akar Umbi Umno

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 249 hits
March 25 2021Bagi aku Zahid bertindak bijak menafikan hubungan dan kerjasama dengan PKR sebelum berlansungnya Perhimpunan Agung UMNO Biarpun ianya bukan rahsian lagi Zahid secara bersendirian menulis surat menyokong Ds Anwar biarpun ditolak...
Mengapa Pemimpin Dan Akar Umbi Umno Menolak Ppbm

Mengapa Pemimpin Dan Akar Umbi Umno Menolak Ppbm

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 300 hits
Selepas 2 hari bersidang secara hybrid akhirnya Persidangan Agung UMNO 2020 melabuhkan tirainya semalam 28 Mac 2021 Seperti yang pernah laman blog ini tuliskan sebelum ini PAU 2020 bukanlah sekadar persidangan tahunan biasa tetapi PAU 2020 ...
Sokongan Akar Umbi Kekuatan Umno Ahli Berjumlah 3 359 368 Orang

Sokongan Akar Umbi Kekuatan Umno Ahli Berjumlah 3 359 368 Orang

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 281 hits
KUALA LUMPUR Sokongan dan dokongan ahli UMNO akar umbi adalah kekuatan parti dengan keahlian terkini ialah seramai 3 359 368 orang sementara bilangan cawangan UMNO berjumlah 21 883 cawangan di 191 Bahagian Demikian maklum Setiausaha Agung U...
Akar Umbi Umno Kena Kencing Dgn Slogan No Dap No Anwar

Akar Umbi Umno Kena Kencing Dgn Slogan No Dap No Anwar

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 316 hits
Makna nya lani kita takda perbincangan utk kerjasama dgn pkr bg hadapi pru15 Makna nya lepas pru15 kita bincang dan buat kira lah apabila kita tak cukop kerusi utk membentok kjaan Makna nya pkr dap tunggu standby kita akan sama2 membentok k...
Seorang Lagi Pemimpin Akar Umbi Umno Menuntut Presiden Parti Lepas Jawatan

Seorang Lagi Pemimpin Akar Umbi Umno Menuntut Presiden Parti Lepas Jawatan

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 438 hits
Seorang lagi pemimpin akar umbi Umno menuntut presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan demi memastikan kelangsungan parti itu Ketua Umno bahagian Simpang Renggam Zakaria Dullah berkata kepimpinan sedia ada dilihat memiliki l...
Keterlibatan Politik Dan Perubahan Akar Umbi

Keterlibatan Politik Dan Perubahan Akar Umbi

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 226 hits
unable to retrieve full text content 160 ADA persoalan yang timbul mengenai keterlibatan gerakan Islam dalam politik kepartian dan dilihat bertentangan dengan manhaj Rasulullah SAW dalam memenangkan Islam 1 Keterlibatan politik kepartian de...
Akar Umbi Umno Kian Resah Percaya Audio Zahid Anwar

Akar Umbi Umno Kian Resah Percaya Audio Zahid Anwar

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 266 hits
PUTRAJAYA Ahli ahli akar umbi UMNO semakin gelisah dan keliru selepas tular audio perbualan telefon antara Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Bercakap kepada Utusan Malaysia Ketua UMNO Bah...
Dugaan Pagi Khamis

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

Lajnah Baru Tok Hepi Dapat Berita Ini

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tak Sampai Sebulan Dilahirkan Ain Edruce Sebak Anak Diserang Virus Rsv

Infinix Kembangkan Siri Note 50 5g Dengan Model Baharu Note 50x 5g Note 50s 5g

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan

Brownies Monster Merbok

Peringatan Domain Blog Tamat Tempoh

Top Metal Recycling Companies In Malaysia Hydro Metal