Politik Menarik Rambut Dalam Tepung



Ab Jalil Backer, Sinar Harian
COVID-19 varian Delta bukan sahaja merebak dengan begitu pantas di seluruh dunia tetapi juga mungkin mengorbankan pentadbiran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan varian Delta adalah varian paling mudah merebak sejak kali pertama kemunculan virus itu di China pada akhir 2019.
Varian Delta menyebabkan Indonesia lumpuh. United Kingdom, Thailand dan Malaysia mencatatkan kes mencecah 20,000 sehari. Ia realiti di seluruh dunia yang gagal difahami sebahagian ahli politik yang mengejar kuasa dan kedudukan.
Di koridor politik negara, keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk mengarahkan ahli-ahli Parlimennya menarik sokongan kepada Muhyiddin dan meninggalkan kerajaan bukanlah terlalu mengejutkan.
Bulan lalu MKT UMNO membuat keputusan ahli Parlimen UMNO bebas menyokong usul undi percaya terhadap Perdana Menteri tetapi minggu lalu parti terbesar itu mengubah keputusan mewajibkan semua wakilnya menarik sokongan kepada Muhyiddin.
Alasannya, kerajaan telah derhaka kepada Yang di-Pertuan Agong dan UMNO tidak boleh bersekongkol dengan penderhakaan tersebut.
Minggu lalu, saya menulis betapa idea kerajaan derhaka hanyalah agenda politik bagi memudahkan usaha menjatuhkan Muhyiddin.
Berikutan perbezaan tafsiran Perlembagaan Persekutuan berkaitan kaedah penamatan Ordinan Darurat, Yang di-Pertuan Agong membuat kenyataan media menzahirkan dukacita terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Ia dieksploitasi sepenuhnya oleh fraksi Presiden UMNO untuk menjatuhkan kerajaan sekarang.
Bagaimanapun, ketegasan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan institusi Yang di-Pertuan Agong tampak ‘flip-flop’.
Beliau tidak pula menghormati perkenan Seri Paduka agar kedudukan Perdana Menteri ditentukan oleh usul undi percaya dalam sidang Parlimen September ini.
Selepas perkenan Seri Paduka diumumkan, Ahmad Zahid melalui surat Setiausaha Agung UMNO tetap mahu semua ahli Parlimen UMNO meninggalkan kerajaan sekarang atau berhadapan tindakan disiplin parti.
Namun, 27 ahli Parlimen UMNO membuat keputusan kekal menjunjung perkenan Yang di-Pertuan Agong agar menumpukan usaha membantu rakyat ketika pandemik dan menentukan kedudukan Perdana Menteri di Parlimen.
27 orang ini mungkin dianggap pengkhianat parti dan sebahagian ahli UMNO yang tidak memahami kompleksiti politik serta pentadbiran negara.
Bagi kumpulan ini adalah mustahil mereka yang mengangkat sumpah menjaga kepentingan rakyat dan negara, mengambil keputusan meninggalkan pentadbiran ketika negara bergelut merawat puluhan ribu pesakit Covid-19, mendapatkan lebih banyak vaksin dan mempercepatkan vaksinasi.
Imej UMNO akan tampak buruk jika menteri-menterinya meninggalkan portfolio penting dalam kesihatan, keselamatan dan vaksinasi. Ketekalan kumpulan berkenaan bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN) ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.
Mereka mahu kerjasama kerajaan ini kekal walaupun Muhyiddin hilang sokongan nanti. Meninggalkan kerajaan sekarang bukan sahaja akan dicemuh rakyat, malah mewujudkan permusuhan dan kebencian UMNO dengan Bersatu.
Jika sikap permusuhan melampau itu merebak, sebarang usaha mencari Perdana Menteri baharu melalui ikatan politik akan gagal.
Akhirnya apa yang terjadi – UMNO akan berada di luar kerajaan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri.
Di sebalik serangan menuduh mereka pengkhianat parti, keputusan mereka juga jelas selari dengan Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang memutuskan UMNO kekal kerjasama dengan Bersatu sehingga Parlimen dibubarkan.
Keputusan itu penting dipertahankan bagi membolehkan semua pihak dalam kerajaan sekarang bekerjasama membentuk kerajaan yang sama dengan Perdana Menteri baharu jika usul dibentangkan gagal dapat sokongan majoriti.
Kita memilih ahli Parlimen untuk menyelesaikan masalah rakyat dan negara. Malangnya sebahagian mereka tidak lagi memahami tujuan tersebut kerana berebut kuasa yang tidak berkesudahan.
*Ab Jalil Backer ialah Presiden Angkatan Karyawan Nasional (Akar)
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/08/08/politik-menarik-rambut-dalam-tepung/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengawal Pembiayaan Politik

Mengawal Pembiayaan Politik

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 137 hits
DALAM empat buah rencana saya sebelum ini saya telah menggariskan tentang amalan kapitalisme kroni ekonomi politik rasuah politik dan krisis pembiayaan politik Semua itu telah berakar umbi dalam sistem politik kita Ia menjadi sebahagian bud...
Rm700 Juta Dana Asing Mengalir Keluar Setiap Bulan Kerana Ketidakstabilan Politik

Rm700 Juta Dana Asing Mengalir Keluar Setiap Bulan Kerana Ketidakstabilan Politik

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 306 hits
PETALING JAYA Ketidakstabilan politik yang melanda Malaysia ketika ini memberikan kesan negatif kepada pasaran khususnya terhadap aliran keluar dana dari asing dari pasaran ekuiti yang mengalami penurunan sejak Mac 2018 CGS CIMB berkata ked...
Tiada Alasan Parlimen Ditangguh Isnin Depan Kp Kesihatan Tak Harus Jadi Alat Politik

Tiada Alasan Parlimen Ditangguh Isnin Depan Kp Kesihatan Tak Harus Jadi Alat Politik

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 270 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan meneliti trend yang berlaku di Parlimen pada Khamis 29 Julai lalu iaitu siri penangguhan selepas terbitnya kenyataan media Istana Negara Kenyataan tersebut antara lain telah menyatakan bahawa Menteri di Jabat...
Muhyiddin Punyai Sokongan Cukup Dan Jitu Di Parlimen Sidang Dewan Ditangguh Bukan Kerana Politik Kata Ahmad Faizal

Muhyiddin Punyai Sokongan Cukup Dan Jitu Di Parlimen Sidang Dewan Ditangguh Bukan Kerana Politik Kata Ahmad Faizal

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 332 hits
Ahmad Faizal Azumu berkata dakwaan Muhyiddin menangguhkan sidang Dewan Rakyat Isnin ini kerana bimbang kerajaan berkemungkinan tumbang adalah tohmahan dan tidak berasas sama sekali PETALING JAYA Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu ...
Tian Chua Antara Pemimpin Politik Sertai Himpunan Lawan

Tian Chua Antara Pemimpin Politik Sertai Himpunan Lawan

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 277 hits
Bekas Ahli Parlimen Batu Tian Chua hadir ke protes Lawan sebagai tanda tidak puas hati terhadap pentadbiran kerajaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Dataran Merdeka Kuala Lumpur Foto MOHD ADZLAN KUALA LUMPUR Naib Presiden ...
Islam Tetap Berdaulat Yang Patut Disingkirkan Adalah Ulamak Seperti Haji Hadi Dari Politik

Islam Tetap Berdaulat Yang Patut Disingkirkan Adalah Ulamak Seperti Haji Hadi Dari Politik

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 250 hits
July 30 2021 1 Agak Pelik 2 Minggu ini Agak teruk membaca tulisan Haji Hadi Sudah lah Ponteng dari Parlimen 2 3 Tulisannya menyentuh kaitan Politik dan Aqidah Seolah olah pertentangan politik hari ini pertembungan Islam dan kelompok Kuffar ...
Malaysia Aman Tanpa Ahli Politik

Malaysia Aman Tanpa Ahli Politik

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 400 hits
Ketika kita kian bergelut dengan konflik jiwa harga diri juga semain murah dan kes baru Covid 19 pula terus mencanak canak naiknya sehingga ke angka amat menggerunkan pada masa yang sama kita juga takjub dengan sikap aneh segelintir manusia...
Tarik Balik Darjah Pingat Pegawai Kerajaan Ahli Politik Rasuah Titah Sultan Selangor

Tarik Balik Darjah Pingat Pegawai Kerajaan Ahli Politik Rasuah Titah Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 313 hits
Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bahawa rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah gejala yang boleh merosakkan masyarakat serta menjatuhkan negara PETALING JAYA Darjah dan bintang kebesaran serta pingat negeri Selangor dikurniakan ke...
Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Makan Santai Siakap Penyet Dan Mee Jawa Secukup Rasa

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

Tak Perlu Tunggu Anniversary 10 Hadiah Yang Buat Suami Rasa Dihargai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mee Telur Goreng Yang Sangat Sedap

Tpfx Pontianak Selenggarakan Table Talks Kedua Di Kota Singkawang

Pelajar Parah Didakwa Dibelasah Beramai Ramai

Kes Faisal Halim Bukan Perkara Kecil Menteri Kbs Harap Siasatan Diteruskan

Beli Game Ps5 Lebih Mudah Dengan Apple Pay Kini Tersedia Di Malaysia

Senarai Syarikat Menawarkan Latihan Industri Panduan Untuk Pelajar Malaysia