Politik Lagak Ngeri September


 

Ada satu profesyen kecil dalam dunia perfileman yang kurang dikenali orang. Pelakon untuk kerja stunt. Istilah bahasa Melayunya lagak ngeri. Bayaran untuk pelagak ngeri ini biasa ciput-ciputan. Mereka kadang perlu menghias diri seperti pelakon atau bintang utama dan melakukan pelbagai lakonan lagak ngeri, antara lain terjun dari tingkat atas bangunan, disepak terajang, masuk ke dalam api, dan juga beberapa aksi liar nakal seibarat kadang aksi gatal (yang tidak termasuk dalam kontrak mereka).
Oleh sebab ia lagak ngeri, ia mengenai lagak atau pura-pura. Kata ngeri menyokong kata lagak itu, kerana aksi yang mereka lakukan mengakibatkan seram sejuk, senak perut, dan keterlopongan mulut mereka menyaksikan.
Selalunya aksi lagak ngeri itu terjadi hanya seketika, dalam satu dua detik serta sekadar menambah suspen dan “wow” atau “uh ah” untuk kita sebagai audien. Ia tidak pernah bahagian teras dalam filem. Selalunya, jika aksi lagak ngeri itu dicabut dan digunting, ia tidak menjejaskan pun apa-apa.
Ada lagak ngeri yang memang diperlukan dalam filem. Ini kerana genre filem itu filem aksi. Maka kerja untuk membuat khalayak terpesona begitu mesti ada. Ia rencah dan resepi.
Kadang, lagak ngeri ini diperlukan kerana pelakonnya sudah tua. Tetapi rasa “wow” mesti disuntik agar penonton terasa teruja. Seorang pelakon tua dan sudah berusia kadang-kala memerlukan aksi atau lagak ngeri ini. Mereka perlu terlihat boleh melipat dan melompat, mengkuda dan menerjang, atau berguling dan jatuh bertimpaan di dalam skrin. Aksi atau lakonan mereka akan terasa berperisa.
Dalam politik, lagak ngeri ini kadang-kala ada. Macam itulah perasaan kita rakyat, sambil – makan tempeyek atau kuih bulan atau muruku – menonton politik lagak ngeri. Kita memang seram sejuk melihat PAS meninggalkan wasiat Tuan Guru Nik Aziz lantas memilih untuk menjadi tukang pacak bendera Barisan Nasional di Sabah. Kita lagi rasa pergolakan dalam perut dan usus bila memikirkan ada politikus yang melanggar mandat rakyat untuk agenda sendiri di Sheraton. Kita jadi terjerit-jerit melihat usaha meraih politikus untuk menubuhkan kerajaan di Teluk Likas. Itu ngeri sekali. Lagak ngeri itu dikilas dengan lagak ngeri lain iaitu pembubaran Dewan Undangan Negeri.
Lagak ngeri yang lebih lain dan khas ialah apabila semua cahaya jatuh tertumpah ke atas bintang anak muda yang kacak bergaya lagi muda mudi. Ini menyebabkan pelakon tua serasa ketagih disorot cahaya. Tambah pula bila hero-hero lain muncul berjulangan. Ada yang malah datang dari pekan yang tidak berapa sempurna.
Babak lagak ngeri pertama ia dinamai 16 September. Punya heboh punya gebang, lagak itu mengerikan semua. Kita masih ingat beruh ah berah uh waktu ia dihebahkan. Sembang punya sembang, ia kekal sebagai kacang parang. Untuk lagak ngeri kedua, ia dinamai 23 September. Ini mungkin sahaja lagak belacan.
Permainan politik lagak ngeri ini memerlukan angka dan nombor. Yang sini ada banyak itu, lompat. Yang sana ada banyak ini, lompat. Dalam keadaan angka dan nombor itu pula ada beban kotor seperti dakwaan korupsi, khianat anak yatim, penipuan bilion ringgit dan sogok berapa; kita menjadi bertambah ngeri. Adakah angka celaka sekian-sekian yang korup lagi kurap ini akan dibawa melagak sama? Atau ini memang betul-betul lagak. Justeru ia olok-olok dan gebang kosong yang sifatnya berani mati?
Lagak ngeri bebal bodoh begini mengakibatkan anak muda mual, muak, jemu, bosan, tak kuasa, melantak kalianlah dan memilih untuk menentukan hidup sendiri. Manalah tahu untung sabut timbul.
Kita harus ingat, kematian di set penggambaran dan politik sering berlaku. Semua berlaku kerana lagak ngeri. Kita melihat ada yang pernah membuat lagak ngeri dengan mengasaskan parti serpih dengan nombor besar: 46. Ia lagak ngeri yang kejap sedap kita lihat, tetapi sekejapan terbengkalai. Ada lagak ngeri yang menjadi. Ada seorang aktor tua, dia berani melanggar semua untuk melagak ngeri. Umpanannya berjaya. Pilihannya itu raya. Dalam pementasan itu, dia terpilih sebagai bintang dan Protagonis Utama (PU), dia menguasai teater atau skrin.
Lagak ngeri aktor tua ini berjaya kerana si pelakon tua tahu yang lagak ngeri itu satu perbuatan fizikal luar biasa dan mengagumkan. Maka ia memerlukan kemahiran khas. Jika bijak ia tidak mesti dilakukan sendiri pun. Memadai lagak artistik itu menggunakan kesan-kesan khas tertentu sahaja. Yakni kesan-kesan khas imej janaan komputer. Lagak ngeri begini adalah dijana dengan penggunaan model. Kita melihatnya dengan segera lantas menelan percaya kerana ia kelihatan seakan-akan benar kerana ia benar.
Ada pula lagak ngeri itu ialah penipuan perspektif dengan kesan dalaman kamera yang lain, makanya terlihat pelakon itu melompat keluar dari kereta atau berjuntaian di hujung tali yang terentang dari bangunan pencakar langit, menara Tabung Haji (katakan). Akan tetapi, sebab terbiasa melihat filem aksi, kita cepat tahu itu hanya lagak ngeri, itu hanya penipuan perspektif. Lagak ngeri begini membosankan. Penipuan. Penipu.
Ada kali lagak ngeri tidak akan berhasil. Lagak ngeri hanya mengakibatkan kematian si pelagak ngeri. Mungkin dia tidak berdoa sebelum melangkah keluar untuk beraksi. Dia perlu melompat di atas bumbung treler, tetapi malang dia terjatuh di hadapan treler dan digilis. Begitu sahaja ia berpenghujung dengan tragis.
Yang kita saksikan kali ini ialah politik lagak ngeri ala Meridien. Apakah maksud Meridian? Dalam ilmu alam, ia adalah garisan longitud. Tetapi sebetulnya tidak ada garisan itu terentang di atas muka bumi. Cikgu geografi akan menegaskan meridien ialah garis khayalan (ulangan: khayalan) yang dilukis di bumi merentang dari Kutub Selatan ke Kutub Utara.
Meridian ini berasal dari bahasa Latin yakni meridies. Ia bererti tengahari – di mana cahaya matahari memanah dan melalui tepat di atas kepala kita. Selalunya jika kita mendongak di saat ini, kita tidak akan nampak apa. Ini kerana kita ditumpu cahaya. Dalam bahasa Arab, cahaya itu nur, pantas menyuluhkan. Bila ia jadi kata jamak, ia jadi anuar. Sebab kerana banyak cahaya, maka ia tidak lagi menyuluh, tetapi menyilau. Makanya kita jadi tidak nampak dan malah sakit penglihatan dan mata.
Pelagak ngeri yang melompat di atas garis khayalan seraya melintas cahaya yang banyak ini mungkin berpengakhiran tragis, dilindas tayar treler.
Kita tahu ia filem aksi. Ia bukan arahan dan gubahan Christopher Nolan. Ia filem politik gred B. Tidak ada maju mundur 10 minit seperti dalam Tenet. Hasil yang ada pada sandiwara Meridian ini ialah ketercengangan. Pelagak ngeri mungkin mati. Tetapi selalu dalam filem gred B begini, hal kematian di dalam sandiwara itu tidak akan diberitakan. Di atas skrin ia tidak dipaparkan. Pelagak ngeri itu mati di set dan hidup berlalu serta maju setelah itu. Kita penonton tak pernah tahu. Malah tidak pernah peduli.
Itulah nasib pelagak ngeri. Di dalam dunia perfileman, mahupun di dalam dunia wayang yang lain, iaitu politik. Macam itulah perasaan kita audien, seraya – makan tempeyek atau kuih bulan atau muruku – menonton politik lagak ngeri di bulan September. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/09/politik-lagak-ngeri-september.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Know+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Media 23 September Adalah Paku Terakhir Buat Keranda Politik Anwar

Sidang Media 23 September Adalah Paku Terakhir Buat Keranda Politik Anwar

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 496 hits
Anwar Ibrahim dan pemimpin pemimpin Pakatan Harapan sentiasa mempunyai kekuatan moral dan hak untuk merebut balik Putrajaya sebelum PRU15 sebagaimana mandat rakyat pada Mei 2018 Kerajaan PH yang ditumbangkan melalui aksi pengkhianatan Langk...
Gbp Usd 23 September Laporan Cot Andrew Bailey Gagal Memberi Semangat Optimis Kepada Pedagang

Gbp Usd 23 September Laporan Cot Andrew Bailey Gagal Memberi Semangat Optimis Kepada Pedagang

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 251 hits
GBP USD 1H Menurut carta per jam harga pasangan mata wang GBP USD telah menyatukan di bawah tahap pembetulan 161 8 yang kini membolehkan kita terus jatuh ke arah tahap Fibo seterusnya iaitu 200 0 Koridor arah aliran mencirikan suasana pedag...
Arteria Dahlan Hentikan Isu Pki Setiap September

Arteria Dahlan Hentikan Isu Pki Setiap September

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 210 hits
Anggota DPR Fraksi PDIP Arteria Dahlan kembali berbicara terkait isu PKI yang sebelumnya diarahkan kepadanya Menurut Arteria tidak hanya dirinya yang tidak terima disebut sebagai cucu pendiri PKI Sumatera Barat tetapi juga keluarganya ikut ...
Tinjauan Teknikal Pasangan Mata Wang Gbp Usd Untuk 23 September 2020

Tinjauan Teknikal Pasangan Mata Wang Gbp Usd Untuk 23 September 2020

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 296 hits
Pasangan mata wang GBP USD mengalami penurunan harga tiga hari dan nampaknya merosot dari paras tertinggi tahunan Pasangan ini membentuk corak kesinambungan dengan menembusi tahap rendah sebelumnya hanya di tengah tengah tahap utama yang si...
Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang Eur Usd Untuk 23 September 2020

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang Eur Usd Untuk 23 September 2020

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 282 hits
Gambaran Keseluruhan Semalam pasangan mata wang GBP USD mencapai minimum baru pada harga 1 2712 Jadi hari ini harganya boleh mencapai minimum satu lagi di sekitar tahap 1 2674 yang bertepatan dengan nisbah bahagian bawah dua Hari ini pasang...
Skrip September 2008 Berulang Adakah Kesudahannya Sama

Skrip September 2008 Berulang Adakah Kesudahannya Sama

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 235 hits
PADA tanggal 16 September 2008 Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa lebih 31 ahli Parlimen daripada Barisan Nasional kononnya akan menyertai Pakatan Rakyat sekaligus menjadikan kerajaan pimpinan Perdana Menteri...
Dakwaan Anwar Hanya Sindrom September Takiyuddin

Dakwaan Anwar Hanya Sindrom September Takiyuddin

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 314 hits
KUALA LUMPUR Setiausaha Agong Pas Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan dakwaan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sindrom bulan September Ini kerana menurut beliau perkara itu pernah berlaku sebelum ini pada 16 September 2008 Sept...
Analisis Teknikal Aud Usd Untuk 23 September 2020

Analisis Teknikal Aud Usd Untuk 23 September 2020

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 257 hits
Gambaran keseluruhan Pada carta satu jam pasangan AUD USD terus berada di pasaran penurunan harga dari tahap rintangan 0 7203 dan 0 7170 Juga perlu diperhatikan bahawa harga semasa berada dalam saluran penurunan harga Sama pentingnya RSI ma...
Rancangan Perdagangan Pasangan Eur Usd Pada 21 September Euro Sedang Berusaha Bergerak Ke Bawah Pasaran

Rancangan Perdagangan Pasangan Eur Usd Pada 21 September Euro Sedang Berusaha Bergerak Ke Bawah Pasaran

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 289 hits
Penurunan yang jelas dalam kejadian coronavirus dilihat di Amerika Syarikat dan Brazil masing masing mencatatkan kes harian hanya pada 37 ribu dan 15 ribu Malangnya perkara yang sama tidak dapat dikatakan di India yang mencatatkan kes denga...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord