Skrip September 2008 Berulang Adakah Kesudahannya Sama



PADA tanggal 16 September 2008, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa lebih 31 ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) kononnya akan menyertai Pakatan Rakyat (PR) sekaligus menjadikan kerajaan pimpinan Perdana Menteri kelima ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi terbubar.
Pada sidang media yang bertempat di ibu pejabat PKR di Merchant Square, Petaling Jaya pada jam 2 petang itu, Anwar juga mendedahkan telah menghantar surat kepada Abdullah berhubung perkara tersebut.
Ketika itu, PR mempunyai 81 daripada 222 kerusi Parlimen dan beliau juga mendakwa mendapat sokongan setiap jam daripada ahli Parlimen BN, walaupun beliau tidak mendedahkan jumlah sebenar ahli Parlimen BN yang melompat menyertai PR.”Kami mahu peralihan kuasa secara aman. Kami berharap BN tidak menguatkuasakan undang-undang darurat untuk menyekat ahli-ahli Parlimen pergi ke Dewan Rakyat atau menahan ahli-ahli Parlimen (kerajaan) atau menghalang mereka daripada menyertai PR.
“Saya sudah mempunyai jumlah yang cukup, untuk mendapatkan tandatangan mereka bukan satu masalah.”
Demikian beberapa ayat yang dilontarkan oleh Anwar pada sidang akhbar berkenaan.Menjawab dakwaan tersebut, Abdullah menegaskan bahawa kenyataan Anwar itu bersifat fatamorgana dan impian semata-mata.
Sidang media Anwar pada 16 September 2008. Kira-kira 12 tahun kemudian, pada tanggal 23 September 2020 iaitu semalam, Anwar yang kini Presiden PKR dan menerajui Pakatan Harapan (PH), sebuah parti yang hanya memerintah negara selama 22 bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU), mengulangi episod yang sama.
UMNO, BN tidak dapat halang Ahli Parlimen mahu sokong Anwar
Plot sama berulang. Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menegaskan telah mendapat sokongan yang kukuh daripada ahli-ahli Parlimen untuk beliau persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sekaligus membentuk kerajaan baharu menggantikan Perikatan Nasional (PN) di bawah Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Jumlah sebenar sokongan sekali lagi tidak didedahkan dan beliau menyerahkan kepada parti sekutu baharunya untuk membuat kenyataan.

Perlukan bukti Kali ini, adakah ia tetap fatamorgana seperti yang pernah diungkapkan Abdullah pada September 2008 memandangkan situasi politik negara pada ketika ini tidak stabil dan sejarah tercipta di mana kerajaan bertukar tangan tanpa melalui PRU.
Benar atau tidak, Anwar seharusnya perlu menunjukkan bukti jumlah sokongan sedangkan beberapa pemimpin parti antaranya Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa; Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Alexander Nanta Linggi menoktahkan spekulasi berkenaan.
“Sidang media Anwar masih belum dipastikan lagi. Namun pengumuman ini masih perlukan pengesahan. Beliau juga tidak secara telus menyatakan siapa ahli Parlimen dan parti mana yang telah melompat ke PH dan menyokong beliau. “Boleh berangan-angan (menjadi Perdana Menteri) tetapi ia harus dibuktikan,” tegas penganalisis politik yang juga Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Kartini Aboo Talib kepada Sinar Harian semalam.
Ironinya, kenyataan Anwar itu dibuat tiga hari sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang mungkin menjadi gangguan bagi menerbitkan kekeliruan pengundi.
“Ahli Parlimen dari Sabah akan penentu sokongan terhadap kerajaan Persekutuan sama ada untuk bersama PN atau PH,” tegas Kartini.
Menerusi pengumuman yang dibuat Pengerusi PH itu, ia terus menunjukkan senario politik negara masih berantakan sehingga mampu berubah sekelip mata.
Ketika ini, tiada satu parti politik utama mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan sebaliknya masing-masing membentuk parti gabungan bagi memimpin negara tidak seperti kerajaan BN yang sebelum ini kukuh menerajui kerajaan dalam tempoh lebih 60 tahun sebelum tumbang pada PRU14 lalu.
 
Mohon Bubar, Mukhriz Tanya Muhyiddin Berani Macam Shafie?

 
Politik negara tidak stabil
Senario lompat parti yang kerap berlaku dalam kalangan ahli-ahli politik juga menyebabkan ribut politik yang tidak pernah reda meskipun pada saat negara berdepan pandemik Covid-19.
Menurut Penganalisis Politik, Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, hal tersebut terjadi disebabkan sistem politik di negara ini tidak menghalang mana-mana ahli Parlimen daripada memilih parti yang mahu disokong.
“Sememangnya sistem politik kita sebegini. Meskipun ketika pilihan raya rakyat memilih wakil rakyat namun ia terpulang kepada wakil rakyat untuk memilih Perdana Menteri yang seterusnya akan membentuk kerajaan,” katanya.
Menurut beliau, ahli Parlimen berhak menentukan hala tuju politik masing-masing meskipun terpaksa beralih arah daripada parti yang disertai.
“Bagi mengelak berlakunya peristiwa lompat parti, sesebuah parti harus memainkan peranan dengan memilih calon yang tepat dan akan setia bersama parti walau apa pun yang terjadi,” katanya lagi.
Beliau yang juga Pensyarah Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) menambah, kerajaan dibentuk oleh Perdana Menteri yang mempunyai sokongan majoriti tidak akan menjadi isu meskipun ia adalah kerajaan gabungan.
Berhubung dakwaan Anwar yang telah memperoleh sokongan kukuh dan meyakinkan bagi menumbangkan kerajaan PN, Mohd Azizuddin berkata, ia hanya langkah awal dan proses berikutnya bergantung kepada keputusan Yang di-Pertuan Agong.
“Pengumuman telah dibuat dan sekiranya Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan barulah pemimpin PKR itu boleh memberitahu kepada umum berapa bilangan sokongan yang diperoleh,” katanya lagi.
Kata beliau lagi, mengadakan PRU dengan lebih awal adalah jalan terakhir sekiranya semua cara gagal menyelesaikan polemik politik masa kini.
Anwar ini pelik – Abang Johari

The post Skrip September 2008 berulang, adakah kesudahannya sama? appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/24/skrip-september-2008-berulang-adakah-kesudahannya-sama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketika Pemimpin Profesional Tinggalkan Parti Adakah Pas Rugi Ustaz Mokhtar Senik

Ketika Pemimpin Profesional Tinggalkan Parti Adakah Pas Rugi Ustaz Mokhtar Senik

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 603 hits
KETIKA beberapa orang pimpinan PAS keluar meninggalkan PAS ada orang berkata PAS rugi kerana kehilangan sekumpulan profesional yang sekiranya mereka terus berada dalam PAS maka PAS akan dilihat hebat Lalu ramai yang menyalahkan perwakilan m...
Adakah Menyokong Penyamun Bermoral

Adakah Menyokong Penyamun Bermoral

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 203 hits
W FaudzinSudah jelas lagi nyata Pas telah memilih bukan kebenaran Manusia yg berakal dan bertamaddun sudah pasti menyatakan tindakan Pas bersekongkol dengan Umno dan PN merampas kerajaan melalui pengkhianatan dan mencampakkan mandat rakyat ...
Adakah Pengukuhan Dolar As Merupakan Kejutan Yang Dirancang Oleh Fed

Adakah Pengukuhan Dolar As Merupakan Kejutan Yang Dirancang Oleh Fed

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 207 hits
Selepas pertemuan Fed berikutnya para pedagang dan penganalisis tidak berhenti membicarakan tindakan semasa pengawal selia yang kedua duanya diramalkan dan tidak dapat diramalkan Hasilnya pasaran sedikit kecewa dengan keputusan Fed untuk me...
300 Boks Benur Disita Di Bandara Soetta Susi Pudjiastuti Masih Adakah Kewarasan Akal Kita

300 Boks Benur Disita Di Bandara Soetta Susi Pudjiastuti Masih Adakah Kewarasan Akal Kita

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 285 hits
Mantan Menteri Kelautan dan Perikanan Susi Pudjiastuti merasa miris dengan kasus penyelundupan benih lobster ilegal di Bandara Soekarno Hatta Dalam kasus ini petugas Bea dan Cukai melakukan penahanan terhadap ratusan boks paket kiriman beri...
Adakah Bn Dan Pn Akan Saling Sabotaj Untuk Merebut Jawatan Ketua Menteri

Adakah Bn Dan Pn Akan Saling Sabotaj Untuk Merebut Jawatan Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 217 hits
Perebutan jawatan Ketua Menteri Sabah antara BN dan PN secara umumnya masih lagi merupakan isu yang umpama api dalam sekam antara kedua dua gabungan tersebut Muhyiddin Yassin pada hari penamaan calon baru baru ini telah menamakan Hajiji Noo...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kaswi Gula Melaka

Effective Networking In Business

Doa Masuk Pasar Baca Doa Ini Apabila Pergi Ke Pasar

Lafaz Tasbih Kaffarah Sebagai Doa Pembersih Majlis

Rabbana Atina Fid Dunya Hasanah

Dolar Berada Dalam Kawalan