Politik Johor Kembali Panas



JOHOR BAHRU: Kesejukan cuaca di bumi Johor sejak Jumaat minggu lalu ekoran musim tengkujuh yang membawa bersama bencana banjir seakan-akan tidak mampu mengeTepikan ‘kehangatan’ suhu politik negeri ini yang turut sama menarik perhatian ramai.
Malah, kenyataan terbuka Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad sebelum ini bahawa kedudukan kerajaan negeri dalam keadaan genting dengan hanya berkelebihan satu kerusi sahaja sudah ditafsir pelbagai pihak sebagai tanda-tanda awal politik Johor memasuki episod baharu.
Beliau juga tidak menolak kebarangkalian untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) mengambil tempat di negeri itu setelah Sabah, Melaka dan Sarawak selesai memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masing-masing sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diadakan Mei 2018.
Namun, pada masa sama Hasni menjelaskan kedudukan getir itu tidak memadai untuk PRN diadakan memandangkan situasi politik di Johor berbeza berbanding di negeri lain walaupun kerajaan negeri bertambah tidak stabil selepas pemergian Allahyarham Datuk Osman Sapian.
Bagaimanapun, desas-desus, spekulasi atau cakap-cakap politik mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi memberi laluan kepada PRN diadakan tidak lama lagi mula kedengaran dengan pelbagai pihak memberi respon sedang bersiap sedia.
Mengulas kemungkinan diadakan PRN di Johor, penganalisis dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Ku Hasnan Ku Halim berkata, beliau melihat dua perspektif berbeza yang harus diberi perhatian semua pihak berhubung spekulasi berkenaan.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum itu berkata, kerajaan sebenarnya harus melihat sentimen rakyat ketika ini yang masih berdepan wabak Covid-19 di samping bencana banjir yang turut melanda Johor.
“Meskipun belum diketahui sejauh mana kebenaran PRN akan diadakan di Johor pula selepas ini, kita tahu perkara itu tidak mustahil akan diadakan seperti mana yang telah berlaku di Melaka tempoh hari walaupun situasi di kedua-dua negeri ini adalah berbeza.
“Di Johor tidak ada isu beralih sokongan atau sering diungkap sebagai pengkhianatan sejak akhir-akhir ini setakat ini, tetapi kedudukan kerajaan negeri memang diakui agak goyah kerana hanya berkelebihan satu kerusi sahaja.
“Namun melihat kepada kelancaran pengurusan negeri setakat ini dan politik cara Johor, rasanya tiada keperluan untuk PRN diadakan dalam masa terdekat kerana rakyat masih terkapai-kapai dengan isu Covid-19, suntikan vaksin penggalak serta keluhan mengenai wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebagainya,” katanya.
Tambah beliau, orang ramai juga tidak wajar dirumitkan lagi keadaan mereka terutama yang terjejas banjir kerana akan mengambil masa untuk kembali menjalani kehidupan harian berbanding perlu berdepan dengan pemilihan wakil rakyat di peringkat negeri.
Tetapi sekiranya melihat perspektif daripada sudut kestabilan politik, Ku Hasnan berpendapat, PRN Johor perlu diadakan untuk mendapat semula mandat rakyat secara solid apatah lagi terdapat pergeseran antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ketika ini.
Katanya, jurang jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dimiliki kerajaan dan pembangkang yang semakin mengecil dengan 28-27 kerusi bila-bila masa sahaja boleh menyebabkan ia tumbang jika ‘diusik’.
“Ia mungkin akan mewujudkan politik ugut mengugut antara satu sama lain yang tidak sihat kepada negeri kerana akan merencatkan proses ekonomi dan pembangunan yang memang sudah terjejas sejak pandemik Covid-19 muncul.
“Maka, UMNO mungkin melihat kemenangan mereka di Melaka dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang akrab dengan Barisan Nasional (BN) di negeri itu sebagai faktor masa yang sesuai untuk melaksanakan PRN di Johor pula.
“Malah, Johor adalah negeri kelahiran UMNO dan jika kemenangan berpihak kepada parti itu (dalam PRN) ia berkemungkinan dirasakan sesetengah pihak sebagai refleksi atau cerminan kepada keputusan PRU-15 di peringkat Parlimen pula,” katanya. – UTUSAN ONLINE  

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/01/politik-johor-kembali-panas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mangsa Banjir Di Johor Kembali Meningkat Kepada 4 346

Mangsa Banjir Di Johor Kembali Meningkat Kepada 4 346

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 217 hits
Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM Pasukan penyelamat dan penduduk kampung mengagihkan barang makanan di Kampung Bukit Bendar Bukit Kepong Muar yang terputus hubungan akibat banjir JOHOR BAHRU Terdapat pertambahan jumlah mangsa banjir di tiga daera...
Prn Johor Demi Rakyat Atau Mahu Melaksanakan Agenda Politik Umno

Prn Johor Demi Rakyat Atau Mahu Melaksanakan Agenda Politik Umno

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 236 hits
By January 19 2022GAMBAR HIASANTIADA apa yang mengejutkan apabila portal berita Malaysiakini menyiarkan kenyataan satu sumber UMNO yang menegaskan parti itu bukan sahaja yakin akan menang selesa jika Pilihan Raya Negeri Johor diadakan dalam...
Artis Kembali Ditangkap Narkoba Kini Inisial Ff

Artis Kembali Ditangkap Narkoba Kini Inisial Ff

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 199 hits
Polisi kembali menangkap seorang artis terkait penyalahgunaan narkoba Kali ini artis dengan inisial FF
Makhluk Halus Kembali Menganggu Dalam Trailer Makmum 2

Makhluk Halus Kembali Menganggu Dalam Trailer Makmum 2

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 152 hits
Selepas filem pertama mencapai kejayaan luarbiasa pada tahun 2019 Makmum kembali dengan ansuran kedua yang kini telahpun memasuki pawagam tempatan Filem kali ini mengisahkan tentang Rini yang pulang ke kampung selepas kematian suami dan mak...
Kembali Dengan Album Devil Changmin Tvxq Terus Dominasi Carta Itunes Seluruh Dunia

Kembali Dengan Album Devil Changmin Tvxq Terus Dominasi Carta Itunes Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 168 hits
Chang min TVXQ telah kembali dengan album baharu Pada 13 Januari Chang min telah membuat kemunculan semula solo dengan album mini kedua Devil Sejurus selepas dikeluarkan album itu terus melonjak ke puncak carta iTunes di banyak negara selur...
Young Lex Kembali Dituding Pakai Narkotika Imbas Penangkapan Ardhito Pramono

Young Lex Kembali Dituding Pakai Narkotika Imbas Penangkapan Ardhito Pramono

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 180 hits
Namanya terseret usai kasus penangkapan Ardhito sejumlah warganet curigai Young Lex diam diam pakai narkotika hanya karena penampilannya
Kolaborasi Dengan Natti Natasha Momoland Kembali Dengan Yummy Yummy Love

Kolaborasi Dengan Natti Natasha Momoland Kembali Dengan Yummy Yummy Love

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 247 hits
MOMOLAND telah kembali dengan single baharu MOMOLAND dan Natti Natasha akhirnya telah mengeluarkan muzik video untuk single kolaborasi mereka yang sangat dinanti nantikan Yummy Yummy Love Untuk lagu tarian inspirasi pop Latin ini MOMOLAND b...
Siri Epik Sci Fi Raised By Wolves Kembali Untuk Musim Ke 2 Pada 3 Februari Eksklusif Di Hbo Go

Siri Epik Sci Fi Raised By Wolves Kembali Untuk Musim Ke 2 Pada 3 Februari Eksklusif Di Hbo Go

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 271 hits
Raised by Wolves drama sci fi menarik yang dihidupkan oleh penerbit berwawasan Ridley Scott kembali untuk musim kedua dengan lapan episod baharu dengan dua episod ditayangkan pada Khamis 3 Februari secara eksklusif The post appeared first o...
Kadar Kebolehjangkitan Covid 19 Kini Meningkat Kembali Kepada 1 00

Kadar Kebolehjangkitan Covid 19 Kini Meningkat Kembali Kepada 1 00

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 242 hits
Oleh Gambar hiasan KUALA LUMPUR Kadar kebolehjangkitan atau R naught COVID 19 negara ini kembali meningkat kepada 1 00 hari ini berbanding 0 99 dicatatkan sebelum itu Berdasarkan data dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor His...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Prasangka Buruk Ku Di Bayar Tunai

Rojak Tauhu

Pengertian Tujuan Serta Proses Manajemen Strategi Penting Dalam Sebuah Perusahaan

Malaysia Jadi Negara Pertama Yang Izinkan Bayar Zakat Pakai Kripto

Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It

25 Lelaki Dan Seorang Wanita Warganegara Indonesia Ditahan Terlibat Judi Sabung Ayam