Politik Bendera Dan Mood Merdeka


Kita sudah bebas daripada penjajah British, tetapi kita masih belum merdeka daripada penjajahan politik kepartian.
Setiap kali tiba 31 Ogos, kita rakyat diseru untuk menyambut Hari Kebangsaan dengan penuh rasa patriotik dan muhibah. Setiap tahun akan dicipta tema dan logo. Di TV saluran kerajaan akan ditayangkan iklan, drama atau nyanyian bertemakan cinta negara untuk rakyat hayati betapa mahalnya harga kemerdekaan.
Tetapi, mata kita tak boleh berbohong. Kita boleh nampak ada rakyat menyambut hari Merdeka dengan mood yang lemau. Kenapa? Kerana sebagai rakyat, timbul persoalan di dalam kepala kita — “kita menyambut Hari Kebangsaan untuk siapa?” Untuk kita, untuk Malaysia, atau untuk parti politik?
Hari ini, sambutan Merdeka seakan menjadi cermin kepartian. Pendek kata, bendera yang sama dikibarkan, Jalur Gemilang namanya tetapi tafsirannya berbeza ikut parti. Merdeka tidak lagi neutral atas rasa cinta pada negara tetapi sudah dipusing menjadi ukuran sejauh mana kita suka atau benci dengan kerajaan semasa.
Setiap tahun, skrip basi diulang sampai saya naik menyampah, terbaharu menyentuh kes pasang Jalur Gemilang terbalik. Isu ini dijadikan modal untuk memarakkan politik kebencian, tapi begitulah tahun ke tahun. Malang si Jalur Gemilang — sepatutnya menjadi lambang penyatuan kita semua tak kira bangsa dan agama, tetapi dirembat oleh pemain politik sebagai alat laga-melaga.
Teater politik hari ini membuat tekak saya melugai. Bosan dengan sesetengah pemimpin parti politik yang suka cetus ketegangan dengan sengaja, bermain propaganda murahan untuk mengadu-domba. Baik di media sehinggalah melampau masuk ke dalam sidang Parlimen yang cukup-cukup membuang waktu.
Pentaasub politik nampaknya sama saja bila menyentuh soal Merdeka. Tiada siapa dilihat benar-benar bersungguh dan ikhlas menjadikan Merdeka sebagai wadah menyatukan rakyat di atas garis besar bangsa Malaysia.
Ayuh, kita tinjau lorong-lorong di taman perumahan kita, atau kita teropong tingkap-tingkap kondominium dan pangsapuri, juga kita lihat deretan kedai serta rumah sebiji-sebiji di kampung; meriahkah pemasangan Jalur Gemilang tahun ini?
Kita sudah bebas daripada penjajah British, tetapi kita masih belum merdeka daripada penjajahan politik kepartian. Kita dijajah oleh slogan, oleh retorik, oleh permainan. Jalur Gemilang tidak lagi berkibar untuk Malaysia — ia berkibar mengikut rentak parti politik yang berkempen mencari pengundi untuk pilihan raya nanti.
Maka soalan sebenar saat kita melaungkan “Merdeka” pada 31 Ogos nanti: adakah itu suara rakyat merdeka, atau sekadar gema boneka yang menyanyi mengikut rentak politikus? Fikir-fikirkan.
Seru saya kepada para pemimpin politik semua, ketika bulan Ogos datang tolonglah tunjukkan sikap yang baik — ajak semua rakyat ketepikan sengketa bodoh seketika dan kibarkanlah Jalur Gemilang sama-sama dengan penuh rasa cinta kepada Malaysia.
Kepada mereka yang mengibarkan Jalur Gemilang di rumah atas semangat cinta negara yang sebenar dan atas semangat menghargai sebuah kemerdekaan; saya salut anda! Andalah yang paling patriotik tanpa sedikit pun terpengaruh dengan mainan politik. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/08/politik-bendera-dan-mood-merdeka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aug 31 Is Malaya S Independence Day So Merdeka Day Celebration Is Irrelevant To Borneo States

Aug 31 Is Malaya S Independence Day So Merdeka Day Celebration Is Irrelevant To Borneo States

papar berkaitan - pada 30/8/2025 - jumlah : 1422 hits
YOU can fool some people some of the time But you can t fool all of the people all of the time sang the late reggae superstar Bob Marley on the seminal protest tune Get Up Stand Up That is the precise contention of Sarawak rights activist P...
Don T Let Bigots Hijack Merdeka Go And Celebrate

Don T Let Bigots Hijack Merdeka Go And Celebrate

papar berkaitan - pada 30/8/2025 - jumlah : 1350 hits
Hari Merdeka Aug 31 is a day for all of us in Malaysia to give thanks for what our forefathers led by Tunku the Father of Independence have left us Merdeka is not just another important milestone in our history It signifies national pride a...
There Is A Significance Anwar Calls On All Races To Show Unity By Flying Jalur Gemilang For Merdeka

There Is A Significance Anwar Calls On All Races To Show Unity By Flying Jalur Gemilang For Merdeka

papar berkaitan - pada 30/8/2025 - jumlah : 2650 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim speaks during the opening ceremony of the East Klang Valley Expressway at Plaza Tol Ampang Selangor August 29 2025 Picture by Firdaus LatifKUALA LUMPUR Aug 29 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim h...
Tanah Rizab Melayu Perak Bocor Ke Tangan Bukan Bumiputera Ppim Desak Polis Bertindak The Merdeka Times 29 08 2025

Tanah Rizab Melayu Perak Bocor Ke Tangan Bukan Bumiputera Ppim Desak Polis Bertindak The Merdeka Times 29 08 2025

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 6268 hits
Menurut Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan siasatan awal mendapati tanah milik sebuah agensi kerajaan di dua kawasan di Perak telah dipindahkan dalam bentuk saham kepada dua syarikat bukan Bumiputera Lebih mengejutkan sebahagian besar ta...
Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama Rakyat Ambil Peluang Cuti Panjang Merdeka

Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama Rakyat Ambil Peluang Cuti Panjang Merdeka

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 2578 hits
Aliran trafik dilaporkan mula sesak di beberapa lebuh raya utama hari ini seiring dengan pertambahan kenderaan disebabkan cuti ganti Hari Merdeka yang jatuh pada hari Isnin Ramai yang mula bercuti atau pulang ke kampung awal untuk menikmati...
Aktiviti Majlis Hi Tea Harmoni Prihatin Malaysia Merdeka Untuk Gaza Ppim 28 08 2025

Aktiviti Majlis Hi Tea Harmoni Prihatin Malaysia Merdeka Untuk Gaza Ppim 28 08 2025

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 6027 hits
Sekitar Majlis Hi Tea Harmoni Prihatin Malaysia Merdeka Untuk Gaza yang dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi
Kombinasi Ulang Tahun Merdeka Realme Menawarkan Tawaran Masa Terhad Untuk Telefon Pintar Terlaris

Kombinasi Ulang Tahun Merdeka Realme Menawarkan Tawaran Masa Terhad Untuk Telefon Pintar Terlaris

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 1627 hits
Kuala Lumpur Malaysia 26 Ogos 2025 realme Malaysia meraikan Pesta Peminat Ulang Tahun 828 seiring dengan Hari Kebangsaan dengan kempen promosi jualan eksklusif yang berlangsung dari 28 Ogos hingga 1 September Untuk masa terhad sahaja pemina...
Ain Syakirah Feat Fara Insyirah Ku Kunci Rindu Buatmu Chord

Ijm Land Memperkenalkan Suria Park Di Suria Hill Taman Komuniti Yang Memupuk Gaya Hidup Sihat

Cara Kira Harga Jual Makanan Delivery Supaya Tak Rugi Tapi Tetap Laku

Hailed For Heroics From Countless Arrest Only Makes Papagomo More Daring Instead Of Remorseful

Babah Gondol Hadiah Utama Ffm 34

Mandatory Email Account Verification For All Domain

Pengambilan Tingkatan 4 Pondok Moden Al Abaqirah Maiwp 2026

D Manja Mira Simpang Renggam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Allison Williams Legs And Feet In Tights 7

Menjadi Ibu Bapa Bijak Memahami Tanggungjawab Dan Strategi Pemantauan Anak

Pmx Umum Kenaikan Kuota Petrol Budi95 Kepada 80 Liter Untuk Pemandu E Hailing

Fam Terjerat Tanggung Aib Tempahan Sendiri

Pasangan Warga Emas Disyaki Berkhalwat Dicekup Kali Kedua

Pm Anwar Kongsi Dapat Hadiah Daripada G Dragon