Politik Adalah Ijtihad Bukan Akidah Elak Budaya Takfir Fadhlina









 Sikap ahli politik pembangkang yang mengelirukan para penyokong mereka sehingga menganggap politik menghampiri kesucian akidah amat dikesalkan.

Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek berkata, politik adalah satu haluan pemikiran atau ijtihad dan bukannya akidah sehingga boleh menghukum seseorang yang tidak sehaluan sebagai sesat atau sebagainya.

Beliau bimbang budaya politik melampau akan mengembalikan masyarakat ke era kafir mengkafir (takfir) pada 1980an lalu yang banyak merosakkan keharmonian.

"Politik adalah ijtihad bukan akidah. Sebab itu apabila kita menjadikan politik ini akidah maka akan lahir satu pemikiran yang dipanggil kegalauan atau dalam bahasa Arab disebut ghuluw atau ekstrem.

"Dari budaya inilah dijadikan budaya takfir dalam masyarakat. Bila tak sama pandangan itu terus dikatakan kafir. Saya ni tak tahulah berapa kali dah kafir. Maknanya sampai ke tahap itu budaya politik kita yang sangat menakutkan.

"Sebab itu Dr Taha Jabir Alwani menyebut antara penyakit berbahaya dalam kalangan umat Islam ialah perselisihan faham (tanpa adab)," katanya dalam forum terbitan Media Perpaduan bertajuk "Malaysia Di Ambang PRN 2023", malam tadi.

Menteri Pendidikan itu turut membangkitkan perlunya adab dalam berbeza pendapat atau aliran pemikiran.

Meskipun negara akan menghadapi Pilihan Raya Negeri dan pelbagai jalur pemikiran akan diketengahkan, katanya, amat penting pemimpin dan penyokong mengekalkan budaya kesusilaan dan kesantunan dalam berkempen.

Ahli Parlimen Nibong Tebal itu juga tidak mahu politik di negeri beliau, Pulau Pinang, sepanjang PRN ini berkisar isu azan tidak boleh dilaungkan, sebaliknya pembangkang perlu mempunyai pengetahuan luas dalam isu pentadbiran dan ekonomi.

"Kalau di Pulau Pinang setiap kali pilihanraya isu yang dimainkan ialah 'azan tak daq', macam mana hangpa sembahyang? Jadi maknanya apa, tak boleh bahas isu ekonomi, kemajuan, ekonomi sebab itu dia (pembangkang) serang azan sahaja.

"Kalau dia betul ... lawan idea, bukan lawan azan. Kalau ini yang diulang ulang (ertinya pembangkang) miskin idea.

"Kita suruh masuk Dewan Rakyat bahas isu polisi, masuk Dewan Undangan Negeri pun isu polisi," katanya yang juga anak kepada tokoh pemikir Islam terkemuka, Datuk Dr Sidek Fadzil.

Mengenai pengundi muda pula, Fadhlina menjawab soalan moderator dengan menekankan peri pentingnya ibu bapa mendidik anak anak mengundi kerajaan yang betul.

Katanya Undi 18 masih mempunyai keterkaitan rapat pemikiran dengan pemikiran keluarga dan tidak seharusnya dibiarkan anak anak mengundi berdasarkan pendapat kawan kawan semata mata.

"Pengaruh keluarga juga amat besar dalam pengundian kali pertama. Ada kajian menunjukkan apa ibu mereka undi akan memberikan kesan kepada mereka. Sebab itu ibu pastikan anak ini undi kerajaan yang betul demi masa depan mereka," katanya lagi.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/07/politik-adalah-ijtihad-bukan-akidah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Multitasking Adalah Nama Lain Bagi Budaya Melembukan Pekerja

Multitasking Adalah Nama Lain Bagi Budaya Melembukan Pekerja

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 519 hits
Pernah dengar istilah multitasking Ya itu satu istilah yang sangat popular zaman sekarang Ia telah dipopularkan oleh kapitalis Dalam mazhab baru Human Resource multitasking adalah satu bentuk kemahiran baharu yang perlu dikuasai oleh semua ...
Untuk Elak Turut Jadi Beban Dalam Prn Ada Baiknya Pas Ketepikan Saja Sanusi

Untuk Elak Turut Jadi Beban Dalam Prn Ada Baiknya Pas Ketepikan Saja Sanusi

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 263 hits
Sanusi oh Sanusi apa nak jadi dengan hang ni Selama ini ramai yang menganggap Menteri Besar Kedah Sanusi Mohd Nor sebagai pemimpin yang berani hebat dan begitu menghiburkan ketika berceramah Ketika berceramah ada saja lawak jenaka dan merek...
Pakar Kongsi Cara Elak Anak Jadi Picky Eater Boleh Mulakan Seawal Bayi

Pakar Kongsi Cara Elak Anak Jadi Picky Eater Boleh Mulakan Seawal Bayi

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 428 hits
Masalah anak memilih makanan hampir dilalui oleh semua ibu Ada yang tak mahu makan langsung hanya minum susu sahaja ada juga yang hanya makan benda yang sama sahaja dan ada juga yang kalau nak makan terpaksa berperang ke hulu ke hilir nak s...
Doktor Kongsi Nak Elak Anak Delay Perkembangan Banyakkan Aktiviti Tummy Time Sejak Lahir

Doktor Kongsi Nak Elak Anak Delay Perkembangan Banyakkan Aktiviti Tummy Time Sejak Lahir

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 372 hits
Perkembangan si manja anda bukan sahaja boleh dipengaruhi oleh masa malah jenis jenis aktiviti yang anda berikan kepada mereka Aktiviti tummy time boleh dianggap sebagai senaman awal untuk bayi anda Ia merupakan satu aktiviti di mana bayi a...
7 Makanan Kekal Hidrat Untuk Elak Kulit Kering Semasa Cuaca Panas

7 Makanan Kekal Hidrat Untuk Elak Kulit Kering Semasa Cuaca Panas

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 249 hits
7 MAKANAN KEKAL HIDRAT UNTUK ELAK KULIT KERING SEMASA CUACA PANAS Assalammualaikum semua Cuaca panas sepanjang tahun 2023 amat dirasai Walau tidak berbuat apa apa kita mudah berpeluh dan berasa panas dalaman Akibatnya kita mudah jatuh sakit...
Berpolitik Secara Sederhana Elak Sikap Ekstrim

Berpolitik Secara Sederhana Elak Sikap Ekstrim

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 254 hits
Ahli politik disaran supaya mengguna pendekatan sederhana dan berhemah dalam menjalankan kempen bagi menarik sokongan pengundi terhadap parti masing masing Pada bila bila masa tidak kira ketika menghadapi pilihan raya umum pilihan raya nege...
Saya Terpaksa Berat 52kg Ke Bawah Kim Taehee Akui Elak Makan Ini Bagi Jaga Badan

Saya Terpaksa Berat 52kg Ke Bawah Kim Taehee Akui Elak Makan Ini Bagi Jaga Badan

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 397 hits
Semua pastinya tahu rahsia kecantikan dan diet Kim Tae hee kan ARTIKEL BERKAITAN Dalam sebuah klip yang dikongsi saluran agensinya mereka membawa penonton melihat disebalik tabir penggambaran Kim Tae hee bersama satu majalah popular Pelakon...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun