7 Makanan Kekal Hidrat Untuk Elak Kulit Kering Semasa Cuaca Panas


7 MAKANAN KEKAL HIDRAT UNTUK ELAK KULIT KERING SEMASA CUACA PANAS | Assalammualaikum semua. Cuaca panas sepanjang tahun 2023 amat dirasai. Walau tidak berbuat apa-apa, kita mudah berpeluh dan berasa panas dalaman. Akibatnya kita mudah jatuh sakit. Sama ada heat stroke, selsema, demam atau mendapat penyakit kulit. 
Masalah kulit kering pada hari ini bukan hanya tertumpu kepada kita golongan dewasa sahaja. Kanak-kanak dan warga emas juga tidak terkecuali. Bayangkan mereka yang ada masalah kulit seperti eczema, pasti gatal-gatal melarat. 
Perkara ini terjadi kepada Ruby, bahagian simetri lipatan seperti bawah ketiak, leher dan lain-lain menjadi kemerahan dan seterusnya iritasi. Kulit kering bukan tertumpu hanya di wajah sahaja. Ini melibatkan seluruh badan kita semua. Jadi jom kita mulakan gaya hidup sihat dengan 7 makanan kekal hidrat.

7 MAKANAN KEKAL HIDRAT UNTUK ELAK KULIT KERING SEMASA CUACA PANAS

Aria Novitasari Pakar Pemakanan, Ahli Lembaga Penasihat Dietetik dan Lembaga Pemakanan Luar, Herbalife Nutrition berkongsi tentang 7 jenis makanan kekal hidrat agar kita semua upgrade gaya hidup mengikut perkembangan cuaca pada hari ni

Pada pendapat Ruby, Climate Change bukan musim, ia tidak akan kembalikan cuaca seperti zaman kita kecil dulu ya. Ia sudah berubah dan akan berubah lagi dari masa ke semasa. Kita harus bersedia dan sedar.
Membiarkan badan anda mengalami penyahhidratan adalah salah satu cara paling pantas untuk menyebabkan kekeringan kulit dan keadaan ini mungkin bertambah teruk akibat gelombang haba yang sedang melanda Malaysia. 
Kekeringan dialami kerana kulit mengandungi kira-kira 30 peratus air, yang memberikan ciri-ciri kegebuan, keanjalan dan ketahanannya. Kulit yang mendapat bekalan air secukupnya akan kelihatan lebih sihat. 
Terdapat banyak cara untuk memastikan penghidratan kulit pada tahap yang sewajarnya, seperti menggunakan produk penjagaan kulit yang bersesuaian dengan jenis kulit anda dan menikmati makanan yang baik untuk kesihatan kulit.
Jika kulit anda kelihatan kering, menggelupas atau rengsa, mungkin sudah tiba masanya untuk anda menilai semula tabiat makanan dan minuman anda. 


Setiap hari, pastikan anda minum sekurang-kurangnya 8 gelas air. Selain daripada air, minuman juga boleh termasuk teh, susu dan kopi. Kulit anda juga pasti lebih berseri jika anda menikmati diet yang kaya dengan antioksidan seperti Vitamin A, C dan E. 
Anda tertanya-tanya di mana untuk bermula? Berikut adalah senarai makanan yang mengandungi banyak air yang boleh anda cuba dalam cuaca panas yang diburukkan lagi oleh gelombang haba: 
1. TEMBIKAI
Tembikai ialah buah yang mengandungi banyak air (lebih daripada 90 peratus) dan mengandungi mineral dan fitokimia seperti likopena, vitamin C dan beta karotena – yang semuanya mampu menjaga kesihatan kulit . Malah, jika dibandingkan dengan tomato, strawberi atau jambu batu, tembikai membekalkan jumlah antioksidan yang tinggi. Anda boleh menikmati tembikai sepanjang tahun sebagai snek atau mencampurkan buah ini dengan ramuan lain untuk menyediakan minumansmoothie yang lazat dan menyegarkan. 
2. OREN
Buah-buahan mempunyai aneka rasa, termasuk masam dan manis, dan juga mempunyai tekstur yang berbeza. Oren sememangnya pilihan sesuai untuk dimasukkan dalam senarai beli-belah atau bakul buah anda di rumah. Seperti tembikai, oren mengandungi banyak air (80-89 peratus) dan juga vitamin C. Anda boleh makan oren di mana-mana dan mengupasnya tanpa memerlukan pisau. 
3. SAYUR
Ibu bapa kita selalu mengingatkan kita agar banyak makan sayur. Tahukah anda bahawa sayur juga memainkan peranan dalam kesihatan kulit? Sayur tertentu mempunyai kandungan air yang tinggi, seperti bayam (90-99 peratus) serta lobak merah dan brokoli (80-89 peratus). Pastikan sayur menjadi sebahagian daripada makanan harian anda. 
4. YOGURT
Adakah anda pernah terfikir bahawa selain daripada menyokong kesihatan penghadaman, yogurt juga membekalkan cecair kepada badan? Satu sajian yogurt mengandungi kira-kira 80-89 peratus air


5. JERUK
Jeruk atau acar sering diambil sebagai pembuka selera dan sebagai penambah rasa. Tahukah anda bahawa jeruk juga membekalkan air dalam pemakanan keseluruhan anda? Jeruk mengandungi 90 peratus air. Jumlah ini diperolehi daripada proses penapaian yang merangkumi langkah menambah bentuk cecair dan perasa lain untuk membantu mengekalkan dan menambah kandungan air. 
6. SALAD BUAH DAN SAYUR
Pupuk tabiat baharu, seperti menikmati salad sebagai pembuka selera atau sebahagian daripada sajian anda. Anda boleh mencuba salad buah, salad sayur atau campuran kedua-duanya. Selain daripada membuka selera, salad yang mengandungi buah dan sayur segar juga membekalkan air kepada badan anda. Malah daun salad yang sering digunakan dalam salad sayur merangkumi lebih daripada 90 peratus air. 

7. SUP
Sup ialah satu lagi sajian pembuka selera yang boleh anda hidangkan di atas meja makan. Semangkuk sup panas sebelum makan malam boleh mempersiapkan sistem penghadaman anda untuk sajian utama. 
8. MINUMAN SMOOTHIE ATAU PROTEIN SHAKE
Pengambilan minuman shake ialah cara yang mudah dan berkesan untuk meningkatkan pengambilan cecair. Anda boleh menyesuaikan minuman mengikut cita rasa anda. Jika buah kegemaran anda tiada dalam senarai, anda boleh mencampurkan ramuan anda sendiri atau menambah serbuk protein. Banyak buah bukan sahaja mengandungi banyak air, tetapi turut membekalkan serat. 

Anda juga boleh menyediakan minuman shake mengikut cita rasa tempatan! Cuba campur dengan durian, yang terkenal sebagai raja buah di Malaysia dan mengandungi vitamin C dan B serta kalium yang tinggi. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2023/06/7-makanan-kekal-hidrat-untuk-elak-kulit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengeluaran Penuh Kwsp Usia 55 60 Kekal Untuk Ahli Semasa

Pengeluaran Penuh Kwsp Usia 55 60 Kekal Untuk Ahli Semasa

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 216 hits
Tiada pindaan dirancang untuk pengeluaran penuh usia 55 dan 60 untuk ahli ahli semasa jelas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP menerusi kenyataan akhbar hari ini menjelaskan perkhidmatan pengeluaran bulanan KWSP yang sedia ada hanya terpak...
Cuaca Panas Di Mekkah Hantui Jemaah Haji Suhu Bisa Capai 46 Derajat Celcius

Cuaca Panas Di Mekkah Hantui Jemaah Haji Suhu Bisa Capai 46 Derajat Celcius

papar berkaitan - pada 24/6/2023 - jumlah : 120 hits
Pelaksanaan ibadah haji musim ini diprediksi akan lebih berat lantaran perubahan iklim membuat cuaca di Mekkah menjadi lebih panas dari biasanya Berdasarkan situs The Weather Channel suhu tertinggi di Mekkah diprakirakan mencapai 46 derajat...
Cetaphil Bright Healthy Radiance Set Mencerahkan Kulit Muka

Cetaphil Bright Healthy Radiance Set Mencerahkan Kulit Muka

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 299 hits
Lama betul saya peram entry ni sejak bulan Jun 2022 Konon nak buat review Cetaphil Bright Healthy Radiance Set Tapi masa tu tengah buat review produk lain sampai tahun ni jadi kita bagi laluan kepada produk tersebut dulu Sebenarnya saya cub...
Tapak Kaki Terkoyak Kulit Badan Rasa Terbakar Zul Ariffin Puas Tunai Ibadah Haji

Tapak Kaki Terkoyak Kulit Badan Rasa Terbakar Zul Ariffin Puas Tunai Ibadah Haji

papar berkaitan - pada 29/6/2023 - jumlah : 150 hits
Ibadah haji yang dilaksanakan sebahagian umat Islam di Malaysia sudah menghampiri penghujungnya apabila mereka telahpun selesai melaksanakan semua rukun haji Begitu juga dengan selebriti terkenal Zul Ariffin apabila berkongsi momen ketika m...
Tampil Memukau Meski Tanpa Solekan Ini Petua Suzy Dapatkan Wajah Cantik Licin Macam Kulit Telur

Tampil Memukau Meski Tanpa Solekan Ini Petua Suzy Dapatkan Wajah Cantik Licin Macam Kulit Telur

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 146 hits
Selain berbakat dalam bidang nyanyian dan lakonan Suzy juga turut dikenali ramai dek kecantikannya yang memukau ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini Suzy telah memuat naik beberapa foto di Instagram peribadinya berkongsi kepada peminat momen per...
Step By Step Dandan Simpel Ala Korea Buat Tipe Kulit Indonesia Bebas Kusam Dan Minyak Seharian

Step By Step Dandan Simpel Ala Korea Buat Tipe Kulit Indonesia Bebas Kusam Dan Minyak Seharian

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 145 hits
Cocok buatmu yang setengah hari aja make upnya udah luntur dan mukanya gampang berminyak nih
Hiburan Dah Lah Sejuk Kulit Pun Terasa Lebih Bersih Terhidrat Ini Kebaikan Rangkaian Neutrogena Yang Anda Perlu Tahu

Hiburan Dah Lah Sejuk Kulit Pun Terasa Lebih Bersih Terhidrat Ini Kebaikan Rangkaian Neutrogena Yang Anda Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 162 hits
Fuhh cuaca panas sekarang ni memang tak boleh bawa bincang kan Kalau terdedah terlalu lama ni confirm kulit kering Dah jadi satu masalah Bukan itu saja kalau kita terdedah dengan persekitaran yang kotor pun akan mengundang kepada masalah ku...
Serunding Kelapa Udang Kering

Serunding Kelapa Udang Kering

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 147 hits
Bahan2nya 1 biji kelapa kulit basah parut putih 1 3 camca teh serbuk kunyit 3 camca besar udang kering rendam 10 minit dan toskan2 camca besar cili kisar 8 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 1 2 inci lengkuas 3 batang serai hiris halus 1...
Stateless Kids Want To Contribute To Society Too

The Financial Destruction Of Palestine

Speed Read The Breitling X Triumph Speed Triple 1200 Rr And More

Drama Polis Peronda

Sanusi Pelawa P Pinang Dapatkan Lebihan Air Bersih Dari Kedah

Pembelian Duit Syiling Peringatan 150 Tahun Jkr Sudah Dibuka Mulai 1 Mac 2024

Berendam Sambil Melihat Hutan Batu Kuala Lumpur 2024

6 Sebab Isteri Wajib Mentaati Suami



10 Filem Korea Terbaru Best 2023 2024 Boleh Tonton Secara Online

8 Fakta Biodata Johan Ghazali Jojo Atlet Muay Thai Malaysia Yang Tewas Pada Nguyen Di One Championship

10 Fakta Biodata Haneesya Hanee Dewi Remaja Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah 2024 Gandingan Erysha Emyra Tayangan TV3 Malaysia Tonton

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kiblat Ke Syurga Astro Ria


How 5g Technology Is Transforming Mobile Experiences

Tak Guna Pandai Tapi Jadi Beban Masa Kerja

Nestl Malaysia Membawa Kegembiraan Kepada Kumpulan Pertama Pemenang Mingguan Kempen Gaji Seumur Hidup

Cinnabon Membuka Bakeri Baharu Di The Exchange Trx Kuala Lumpur

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Panduan Praktikal

Nicotine Pouches And Oral Health Debunking Common Myths