Polis Temui Lima Janin Di Rumah Aktivis Antipengguguran
LAUREN Handy ditahan setelah polis menemui lima janin di dalam rumahnya- Yahoo
WASHINGTON – Polis di Amerika Syarikat (AS) menemui lima janin di rumah seorang wanita yang mengaku dirinya seorang aktivis antipengguguran, lapor perkhidmatan berita NPR semalam.
Wanita itu didakwa pada minggu ini atas tuduhan persekutuan kerana menyertai sekumpulan individu menyekat akses ke sebuah pusat kesihatan reproduktif di Washington.
Jabatan Polis Metropolitan berkata, pihaknya bertindak atas laporan mengenai ‘bahan biologi berpotensi berbahaya’ di sebuah rumah di tenggara Washington Rabu lalu apabila mereka menemui lima janin di kediaman tersebut.
Stesen televisyen tempatan, WUSA9 merakam senario ketika pasukan polis menggeledah rumah berkenaan dan melaporkan bahawa kediaman itu milik seorang wanita bernama Lauren Handy.
Wanita berusia 28 tahun itu adalah salah seorang daripada sembilan suspek yang didakwa pada Rabu lalu. Mereka dilaporkan pergi ke Washington untuk menyekat akses ke pusat kesihatan reproduktif berkenaan dan menyiarkannya di laman Facebook.
Menurut WUSA9, Handy memberitahu seorang wartawan bahawa orang ramai akan terkejut apabila mengetahui apa yang ditemui oleh polis di dalam rumahnya. Handy tidak membalas mesej yang dihantar ke akaun Facebooknya untuk mendapatkan komen.
Polis berkata, kelima-lima janin itu telah dirampas dan siasatan sedang dijalankan. Menurut pendakwa raya, Handy menghubungi klinik itu dengan berpura-pura menjadi pesakit dan menjadualkan satu janji temu.
Setibanya di sana pada 22 Oktober 2020, lapan daripada suspek menyerbu masuk ke dalam klinik pusat reproduktif tersebut dan mula menghalang pintu masuk, demikian menurut kertas pertuduhan.
Lima daripada mereka merantai diri sendiri di atas kerusi untuk menghalang laluan ke kawasan rawatan sementara beberapa aktivis lain menyekat pintu masuk pekerja. Seorang lagi suspek menghalang orang ramai daripada masuk ke bilik menunggu.
Handy dan lapan tertuduh lain didakwa atas tuduhan bersubahat melanggar Akta Kebebasan Akses ke Pintu Masuk Klinik.
Undang-undang persekutuan yang dikenali sebagai Akta FAC itu melarang mana-mana pihak menghalang atau menggunakan ancaman kekerasan untuk menakutkan atau mengganggu seseorang yang cuba mendapatkan perkhidmatan kesihatan reproduktif. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
KWSP: Kena ganti RM12,000 kalau keluarkan RM10,000?
Muhyiddin minta sokong untuk jadi PM semula selepas tikam belakang saya
Saifuddin akan cabar Rafizi rebut jawatan Timbalan Presiden PKR
Hadi dijangka bertemu Mahathir
Khayla perlukan bantuan segera
Kepala dipenggal, ditinggalkan atas kereta
Ismail Sabri paling banyak terlibat urus COVID-19, dari Menteri Pertahanan hingga PM
Terkejut Nampak Wanita Serba Putih Depan Rumah (Video)
Kecewa isteri minta cerai, lelaki ambil semula hadiah perabot rumah
Bomoh ‘halau’ hantu dari alat sulit wanita
Dituduh rompak bank, bekas polis dakwa Rahim Noor, 4 pegawai lain ‘konspirasi’
Jangan Arwahkan Mak Sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong
Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun
Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup
The post Polis temui lima janin di rumah aktivis antipengguguran appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/04/02/polis-temui-lima-janin-di-rumah-aktivis-antipengguguran/