Lukisan Rumah Di Tepi Sungai
Kerja sekolah Tedi seterusnya adalah untuk membuat satu lukisan yang menggambarkan sebuah rumah usang yang terletak di tepi sungai.
Tedi dah pernah kaji pasal lukisan rumah usang pada tahun 2015 dahulu, maka kali ni Tedi nak cuba sesuaikan pula dengan kedudukan rumah di tepi sungai.
Karangan ini akan merangkumkan beberapa lukisan rumah tepi sungai yang telah Tedi pilih sebagai sumber inspirasi.
Lukisan Rumah Di Tepi JeramLukisan ini menggambarkan sebuah rumah kecil betul-betul di tepi sebatang sungai kecil. Keadaan sungai yang berbatu itu mungkin menunjukkan ia adalah jeram yang mencadangkan bahawa rumah ini terletak di atas bukit.
Terdapat titi kecil betul-betul di sebelah hadapan rumah seolah-olah ia adalah satu-satunya jalan keluar masuk ke rumah tersebut.
Sumber: lukisanindo.com
Lukisan Rumah Barat Berhampiran SungaiLukisan pensil hitam putih ini menunjukkan sebuah rumah gaya barat terletak tidak jauh dari sebatang sungai.
Kelihatan denai dari rumah itu ke sungai, dan ada titi untuk membenarkan manusia menyeberangi sungai itu. Kelihatan juga pohon ru atau mungkin pokok pine
Lukisan Rumah Besar Di Tepi Sungai Wow. Best betul kalau ada rumah macam ni.
Ini adalah lukisan berwarna sebuah rumah besar tradisional barat yang dibina daripada kayu-kayan dalam sebuah hutan di kaki gunung dan di hadapan sungai.
Mungkin lukisan ini menggambarkan rumah pada zaman koboi dahulu atau semasa zaman koloni Inggeris. Sungainya adalah jeram yang mempunyai banyak batu di sekitarnya. suasana sebegini mungkin boleh diterjemahkan semula di Janda Baik dan kawasan serupa dengannya.
Lukisan Rumah Kincir Air Di Tepi SungaiDi bawah ini pula adalah lukisan sebuah rumah kincir air di tepi sebatang sungai yang agak besar.
Janggal pula Tedi lihat kedudukan kincir air tersebut kerana ia tidak terletak dalam sungai tu sebaliknya di atas bukit. Mungkin di tepi bukit tu ada anak sungai yang mengalir ke dalam sungai tersebut.
Bangunan kincir air hanya popular di Barat.
Lukisan Rumah Cottage Di Tepi SungaiIni pula lukisan sebuah rumah cottage di tepi sungai siap dengan sampan. Ini mungkin rumah penginapan semasa bercuti. Cottage adalah rumah kampung bagi orang putih, di mana ia adalah sebuah rumah kecil dan sederhana.
Ia agak berbeza dengan ciri-ciri rumah kampung di Malaysia tetapi masih boleh ditemui di kawasan resort bekas penjajah seperti di Cameron Highland dan Bukit Fraser.
Tetapi definisi itu mungkin tidak berapa tepat bagi orang kaya yang mempunyai cottage semata-mata untuk percutian. Maksud Tedi ialah cottage bagi orang kaya mungkin tampak seperti mahligai kepada orang miskin.
Rumah Tinggal Di Tepi SungaiIni adalah lukisan berwarna sebuah rumah batu yang telah ditinggalkan dan terletak di tepi sungai. Ia telah dinaiki tumbuhan menjalar yang memburukkan lagi keadaannya.
Rumah ini mungkin rumah kunci air atau rumah kincir air pada suatu masa dahulu kerana ada empangan di hadapannya.
Rumah kunci air berfungsi mengawal aliran air sungai pada satu-satu masa. Selalunya ia hanya akan dibuka ketika air sungai tinggi supaya tidak berlaku banjir.
Rumah Usang Dalam Belukar Tepi SungaiIni adalah lukisan berwarna yang menunjukkan sebuah rumah dalam belukar di tepi sungai. Kelihatan banyak pokok bunga yang mungkin adalah bunga-bunga hutan. Ada sebatang pokok di seberang sungai yang memaksa kita fokus kepadanya sehinggakan dapat mengurangkan tumpuan kita kepada rumah yang hanya nampak bumbung sahaja.
Cerita dalam gambar ini lebih terarah kepada sungai dan pokok.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2017/11/lukisan-rumah-di-tepi-sungai.html