Polis Tahan Wanita Disyaki Dera Anak Tiri Guna Pisau Panas

KUANTAN: Polis menahan  seorang wanita kerana disyaki mendera anak perempuan tirinya berusia  sembilan tahun dengan menggunakan pisau yang dipanaskan sehingga  menyebabkan mangsa melecur di lengan kanan.
Ketua  Polis Daerah Rompin DSP Azari Miskon berkata kejadian dipercayai  berlaku pada 3 petang Ahad lepas, di sebuah perumahan pekerja ladang di  Muadzam Shah, kira-kira 90 kilometer dari sini, namun mangsa hanya  mengadu kejadian itu kepada guru sekolahnya semalam
"Suspek  yang berusia 24 tahun dan bekerja sebagai buruh ladang dipercayai  mendera mangsa kerana tidak berpuas hati dengan perbuatan kanak-kanak  itu yang dikatakan memukul adik tirinya semasa suspek dan suaminya tiada  di rumah
"Sebagai hukuman, suspek  dikatakan memanaskan pisau di dapur gas dan meletakkannya di lengan  mangsa sehingga menyebabkan dua kesan lecur selain terdapat kesan lebam  di dada serta kedua-dua paha mangsa," katanya semasa dihubungi di sini,  hari ini
Azari  berkata mangsa telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Klinik  Kesihatan Chanis, Muadzam Shah selepas dibawa oleh pihak sekolah yang  turut melaporkan kejadian itu kepada polis
Mangsa kini ditempatkan sementara di Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Sultanah Hajah Kalsum, di sini
Suspek  yang mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah akan direman di  Mahkamah Majistret Rompin esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen  31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda  maksimum RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika  sabit kesalahan
#Sumber :  -- BERNAMA   
MR :    
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/09/polis-tahan-wanita-disyaki-dera-anak.html