Rayuan Ditolak Wanita Dera Pembantu Rumah Dihukum Penjara 8 Tahun


Seorang suri rumah yang mencetuskan kontroversi  kerana mendera pembantu rumah warga Indonesia empat tahun lepas, hari ini mula menjalani hukuman penjara lapan tahun selepas rayuan akhirnya ditolak oleh Mahkamah Rayuan.


Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said menolak rayuan Rozita Mohamad Ali, 46, terhadap hukuman penjara yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Shah Alam.


Hakim Kamaludin yang bersidang bersama-sama Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk Nordin Hassan berkata selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak dan menghalusi hujahan, mahkamah berpuas hati rayuan perayu  (Rozita) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menjalankan kuasa semakan mengikut Seksyen 294 Kanun Acara Jenayah, tidak mempunyai merit.


“Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa untuk menyemak keputusan mahkamah rendah atas dasar kesesuaian hukuman," katanya.


Beliau berkata, mahkamah berpendapat bahawa Mahkamah Tinggi juga mempunyai kuasa untuk meminda keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya (yang mengenakan bon berkelakuan baik lima tahun dengan jaminan RM20,000) mengikut Seksyen 294 Kanun Acara Jenayah.


"Hukuman dikenakan Hakim Mahkamah Tinggi adalah mengikut  trend pada ketika itu, malah terdapat hukuman lebih tinggi yang pernah dikenakan dalam kes lain.


"Oleh itu, dengan mengambil kira hukuman mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan adalah penjara sehingga  20 tahun, rayuan perayu dengan ini ditolak dan keputusan  Mahkamah Tinggi dikekalkan. 


"Rayuan pendakwaan untuk menambah hukuman ke atas perayu juga ditolak," katanya.


Panel hakim tersebut membuat keputusan selepas mendengar hujahan peguam  Rozita, Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mengetuai pasukan pembelaan dan Timbalan Pendakwa Raya Ku Hayati Ku Haron.


Rozita yang kelihatan tenang selepas mahkamah menjatuhkan hukuman itu dilihat berbual dengan  beberapa peguamnya sebelum diiringi anggota polis ke bilik lokap untuk dihantar ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman.


Kes dera itu menarik perhatian ramai selepas video memaparkan mangsa ditemukan terbaring dalam keadaan parah di tepi longkang di kawasan perumahan di Mutiara Damansara oleh pengawal keselamatan, viral di media sosial.


Pada 29 Mac 2018, Mahkamah Tinggi Shah Alam  menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun terhadap Rozita atas pertuduhan menyebabkan kecederaan teruk terhadap  pembantu rumahnya  Suyanti  Sutrinso, 19, menggunakan sebilah pisau, sebatang mop lantai, sekaki payung, sebatang rod besi, sebatang alat mainan kucing dan penyangkut baju di sebuah rumah di Mutiara Damansara, Petaling Jaya antara 7 pagi dan 12 tengah hari, 21 Jun 2016.


Rozita pada awalnya menghadapi pertuduhan cubaan membunuh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan tetapi pertuduhan itu dipinda kepada menyebabkan kecederaan teruk dan pada 15 Mac 2018, Rozita mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan lebih ringan itu.


Rozita sebelum ini terlepas hukuman penjara selepas Hakim Mahkamah Sesyen Mohammed Mokhzani Mokhtar melepaskannya dengan bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan jaminan RM20,000  atas pertuduhan menyebabkan kecederaan teruk yang telah mendapat kritikan orang ramai.


Kes itu kemudiannya dipanggil semula untuk semakan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Tun Majid Tun Hamzah pada 29 Mac 2018 yang mengubah keputusan Mahkamah Sesyen dengan mengenakan hukuman penjara lapan tahun ke atas Rozita selepas memutuskan bon lima tahun itu adalah tidak memadai.


Sumber: Bernama


Sumber : thereporter.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/09/rayuan-ditolak-wanita-dera-pembantu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rayuan Ditolak Hukuman Penjara Jung Joonyoung Choi Jonghoon Atas Kesalahan Serangan Seksual Kekal

Rayuan Ditolak Hukuman Penjara Jung Joonyoung Choi Jonghoon Atas Kesalahan Serangan Seksual Kekal

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 256 hits
Selepas rayuan dipertimbangkan Mahkamah Daerah Seoul Tengah telah memutuskan keputusan terakhir bagi hukuman Jung Joon young dan Choi Jong hoon Kalau anda ingat pada November lepas Jung Joon young telah dijatuhkan hukuman penjara selama 6 t...
Wanita Mengaku Dera Amah Yang Turun Balkoni Dari Tingkat 15 Untuk Larikan Diri

Wanita Mengaku Dera Amah Yang Turun Balkoni Dari Tingkat 15 Untuk Larikan Diri

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 418 hits
SINGAPURA Oleh kerana tidak dapat lagi tahan didera oleh majikannya Cik Sulis Setoywati memanjat balkoni dari tingkat 15 dan turun dari satu balkoni ke balkoni lain dari untuk melarikan diri Pembantu rumah berusia 26 tahun itu kemudian memb...
Hukuman Penjara 7 Tahun Bekas Guru Kerana Sokong Daesh Dikekalkan

Hukuman Penjara 7 Tahun Bekas Guru Kerana Sokong Daesh Dikekalkan

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 312 hits
Hukuman penjara 7 tahun bekas guru kerana sokong Daesh dikekalkan Dikemas kini 17 minit yang lalu Diterbitkan pada 21 Sep 202
Tiga Petinggi Sunda Empire Dituntut 4 Tahun Penjara

Tiga Petinggi Sunda Empire Dituntut 4 Tahun Penjara

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 255 hits
Jaksa Kejati Jabar Suharja mengatakan ketiga terdakwa terbukti bersalah dan meyakinkan menyebarkan berita bohong Kebohongan yang dimaksud berkaitan dengan kerajaan Sunda Empire Hal tersebut dianggap mengotori dan mengusik keharmonisan masya...
Pembantu Rumah Teman Lelaki Ditahan Samun Rumah Majikan

Pembantu Rumah Teman Lelaki Ditahan Samun Rumah Majikan

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 343 hits
PEMBANTU RUMAH TEMAN LELAKI DITAHAN SAMUN RUMAH MAJIKAN ISKANDAR PUTERI Seorang pembantu rumah warga Indonesia dan teman lelakinya ditahan kerana melakukan samun di rumah majikannya di Taman Nusa Idman di sini pada 6 September lalu Ketua Po...
Pembantu Rumah Dipenjara Kerana Curi Dari Keluarga Majikan Dakwa Didera

Pembantu Rumah Dipenjara Kerana Curi Dari Keluarga Majikan Dakwa Didera

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 344 hits
SINGAPURA Seorang pembantu rumah asing mencuri daripada keluarga majikannya selama beberapa bulan termasuk semasa tempoh pemutus jangkitan ketika mereka keluar bersiar siar pada waktu malam Apabila ditanya pada Jumaat sama ada dia mengaku
Mengejutkan Wanita Hilang Sejak 2 Tahun Lalu Ditemui Terapung Dalam Laut

Mengejutkan Wanita Hilang Sejak 2 Tahun Lalu Ditemui Terapung Dalam Laut

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 783 hits
Mengejutkan Wanita hilang sejak 2 tahun lalu ditemui terapung dalam lautAngelica diselamatkan beberapa orang nelayan ketika ditemui di tengah lautan di Colombia Foto NewsflasMENGEJUTKAN Seorang wanita yang hilang sejak dua tahun lalu ditemu...
Sejarah Hitam Penjara Pudu Dan Eksplorasi Seram Setelah Beberapa Tahun Tidak Berpenghuni

Sejarah Hitam Penjara Pudu Dan Eksplorasi Seram Setelah Beberapa Tahun Tidak Berpenghuni

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 1062 hits
Penjara Pudu ialah salah sebuah penjara yang terkemuka di Malaysia yang terletak di Jalan Hang Tuah Kuala Lumpur dibina semasa zaman penjajahan British pada 1891 untuk mengurungkan 600 orang banduan Penjara Pudu telah dibina di atas tapak b...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint