Polis Tahan 75 Migran Naik Dua Kapal Dari Filipina


 
Kumpulan yang ditahan itu turut termasuk lapan kanak-kanak. (Gambar PPM Sandakan)PETALING JAYA: Seramai 75 migran dipercayai datang dari Filipina menaiki dua kapal ditahan kerana menceroboh perairan negara melalui ‘laluan tikus’ atau tidak sah di Sandakan, awal pagi Jumaat.
Ketua Polis Daerah Sandakan Mohd Azhar Hamin dipetik Bernama berkata, cubaan itu berjaya dikesan Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan yang melaksanakan Operasi Benteng di perairan Pulau Berhala kira-kira 8km dari sini pada 2.30 pagi semalam.
Beliau berkata 64 migran yang ditahan termasuk dua juragan kapal tersebut bukan warga Malaysia, manakala 11 lagi migran mempunyai MyKad. Ujian saringan Covid-19 ke atas mereka didapati negatif.
“Dua juragan lelaki itu masing-masing berumur 25 dan 55 tahun, manakala 73 migran lagi dalam lingkungan umur sehingga 76 tahun termasuk lapan kanak-kanak disyaki cuba menyeludup masuk ke Sandakan.
“Dua kapal ini bergerak beriringan dipercayai dari Pulau Tabawan, Filipina menuju ke Sandakan melalui laluan tidak sah.
“Turut dirampas wang tunai 109,940 Peso Filipina (RM9,363.50) daripada dua juragan itu, dipercayai kos pengangkutan migran terbabit,” katanya.
Mohd Azhar berkata dua juragan itu direman 28 hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.
Katanya dua juragan itu turut disiasat bersama 62 migran lain yang bukan warganegara Malaysia masing-masing direman 14 hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1969/53 kerana memasuki negara ini tanpa memiliki pas yang sah.
Beliau berkata 11 lagi yang memiliki MyKad masing-masing direman tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1969/53 kerana memasuki negara ini melalui tempat yang tidak dibenarkan atau tidak sah.
Sementara itu, Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah ACP Ahmad Ariffin berkata pertalian darah antara warga asing, khususnya dari Filipina dan penduduk tempatan di Sandakan antara faktor pendatang dari negara jiran itu berani menceroboh sempadan negara.
Atas dasar itu, beliau berkata ramai yang beranggapan mereka boleh masuk dan keluar perairan negara dengan sewenang-wenangnya tanpa menghiraukan undang-undang di negara ini.
“Kebanyakan mereka mempunyai saudara-mara di sini (Sandakan) dan beranggapan dunia ini tanpa sempadan, senang masuk dan keluar (perairan negara)…PPM sentiasa melaksanakan rondaan di perairan bagi memastikan daerah Sandakan ini tidak mudah diceroboh warga asing,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/04/polis-tahan-75-migran-naik-dua-kapal.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mus

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Tahan Bapa Kandung Pijak Ugut Bunuh 2 Anak

Polis Tahan Bapa Kandung Pijak Ugut Bunuh 2 Anak

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 288 hits
Video tular menunjukkan kanak kanak lelaki dan perempuan didera seorang lelaki dipercayai bapa kandung mereka TAWAU Polis menahan seorang lelaki warga Indonesia di Kampung Andung di Jalan Kabogan Semporna selepas dipercayai memijak dan meng...
Geng Nicky Polis Johor Tahan Asp Polis Kl Bawah Sosma

Geng Nicky Polis Johor Tahan Asp Polis Kl Bawah Sosma

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 258 hits
JOHOR BAHRU Seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kumpulan jenayah terancang yang diketuai ahli perniagaan buruan Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee Menurut sumber pegawai yang dit...
Dua Lelaki Viral Bergaduh Ditahan Polis

Dua Lelaki Viral Bergaduh Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 215 hits
Oleh ASLIZA MUSA TANGKAP layar dari rakaman video pergaduhan dua lelaki di luar sebuah restoran di Ipoh hari ini FOTO MEDIA SOSIAL polis hari ini selepas video mereka bergaduh di luar sebuah restoran dekat sini tular di media sosial Ketua P...
Padaah Bawa Isteri Jalan Jalan Naik Helikopter Polis Anggota Polis Ini Diurunkan Pangkat Serta Merta

Padaah Bawa Isteri Jalan Jalan Naik Helikopter Polis Anggota Polis Ini Diurunkan Pangkat Serta Merta

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 474 hits
Disebabkan perbuatan isteri suami kena tanggung akibatnya apabila tindakan membawa si isteri naik helikopter menggunakan hak milik majikannya iaitu Royal Thai Police Dari sini mesti dah dapat fikir apa jadikan Tanggapan korang tu mungkin be...
Polis Akan Mohon Majistret Tahan Reman Fahmi Reza Hari Ini

Polis Akan Mohon Majistret Tahan Reman Fahmi Reza Hari Ini

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 335 hits
2 724 total views 2 724 views today Polis Diraja Malaysia mengesahkan telah menerima laporan terhadap pemilik akaun Facebook Fahmi Reza yang didapati menghina Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Pengarah Jab...
Datuk Addy Kana Dua Anggota Polis Dibebaskan Dari Poca

Datuk Addy Kana Dua Anggota Polis Dibebaskan Dari Poca

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 255 hits
393 total views 393 views today Mahkamah Persekutuan hari ini memerintahkan ahli perniagaan Zaidi Kanapiah atau lebih dikenali sebagai Datuk Addy Kana dan dua anggota polis yang ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 berkaitan satu s...
Polis Tahan Reman Lelaki Hantar Surat Kecam Masjid Jamek Bahau

Polis Tahan Reman Lelaki Hantar Surat Kecam Masjid Jamek Bahau

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 402 hits
Surat layang tular di media sosial turut menghina orang Melayu SEREMBAN Seorang lelaki direman empat hari hingga Selasa ini bagi membantu siasatan kes surat layang berunsur kecaman yang ditujukan kepada Masjid Jamek Bahau serta menghina ora...
Polis Tahan 8 Individu Disyaki Terlibat Iklan Judi Raya

Polis Tahan 8 Individu Disyaki Terlibat Iklan Judi Raya

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 393 hits
170 total views 170 views today Lima lelaki dan tiga wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam penggambaran sebuah video yang mempromosikan perjudian secara dalam talian yang tular di media sosial sejak semalam sehingga membangkitkan kem...
Dapat Sample Free Pampers Dewasa

Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy

Gopayz Tamat Operasi Pada 31 Mac 2025 Ini Tindakan Yang Perlu Diambil Pengguna

188betth Cc 28 68 Website 188betth Top 73 By Dominic

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Milo Malaysia Breakfast Day 2025 Meraikan 75 Tahun Kebaikan Khasiat Bersama Lebih 35 000 Rakyat Malaysia Di Putrajaya

Cuti Raya China 2025


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Maulana Ardiansyah Alyssa Dezek Lebih Dari Rindu Chord

Cromok Fallen Heroes Chord

Adverse Weather Causes Shortage Of Coconuts For Thaipusam

Sabah Chief Minister Thanks Federal Govt For Rm25 Million Aid

Number Of Flood Evacuees In Sabah Sarawak Continues To Rise

Tak Perlu Tunggu Kaya Wajib Bantu Palestin Mufti Sabah