Polis Sendiri Pun Keliru Dengan Sop Pkp




POLIS mengakui ramai anggotanya yang ada kala keliru dengan prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan yang menyebabkan ada yang ‘tersalah’ kena kompaun.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Abd Rahim Jaafar sebagai berkata, pihaknya sedang memperbaiki perkara ini dari semasa ke semasa.
Hmm.. kalau Polis yang menguatkuasakan undang-undang pun keliru dengan SOP PKP ni.. maka tak hairanlah kalau rakyat juga turut keliru.
Seramai 100,000 pegawai dan anggota polis di negara ini diakui masih keliru dan bercanggah pendapat berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga ada segelintir rakyat ‘tersalah’ dikenakan kompaun.
Itu tidak termasuk 13 lagi agensi terlibat dengan empat daripadanya turut diberikan kuasa mengeluarkan kompaun terhadap individu ingkar SOP iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Jabatan Imigresen Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Ne­geri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Rahim Jaafar mengakui masih terdapat kekangan daripada pihak penguatkuasaan sendiri dalam proses menyalurkan maklumat kepada semua peringkat mengikut SOP dikeluarkan Majlis Kese­lamatan Negara (MKN).
Ujarnya, perkara ini tidak dapat dielakkan kerana setiap orang mempunyai pemahaman berlainan dan pelbagai ragam dapat dilihat dalam kelompok penguat kuasa yang semakin bertambah dalam pelaksanaan pematuhan SOP.
“Kita tak nafikan kadangkala pemahaman setiap orang berlainan jadi memang akan terbit masalah mengenai hal ini. Kita pun masih dalam proses untuk memahamkan anggota dan pegawai kita mengenai undang-undang SOP dalam tempoh PKP ini.
“Kalau dilihat dari segi komunikasi biasa pun, apabila kita sampaikan maklumat kepada orang pertama nanti orang ke 10 akan dapat maklumat berbeza. Jadi, cuba bayangkan penyaluran maklumat terhadap 100,000 pegawai dan anggota seluruh negara, sudah tentu akan wujud masalah.
“Perkara ini kita perbaiki dari masa ke masa tambahan pula SOP sentiasa berubah mengikut keadaan semasa penularan wabak Covid-19 ini,” katanya ketika dihubungi di sini.
Walau bagaimanapun menurut Abd. Rahim, berbanding sebelum ini, pihak berkuasa terlibat semakin peka dan lebih memahami situasi yang membolehkan mereka mengeluarkan kompaun dan sebaliknya.
Jelasnya, dalam mesyuarat yang diadakan setiap minggu juga pelbagai penambahbaikan diutarakan antaranya meminta Ketua Polis Daerah sendiri turun padang untuk maklumkan SOP kepada anak buah masing-masing supaya pematuhan dapat dilaksanakan secara konsisten.
“Dulu memang banyak (kesalahan kompaun tidak wajar) namun sekarang dapat lihat sudah berkurangan. Sebagai contoh, ada yang keluarkan kompaun kerana individu ini berada di luar lebih dari pukul 9 malam sedangkan tak ada dalam undang-undang yang melarang perbuatan itu.
“Namun, undang-undang tidak boleh keluar rumah tanpa sebab yang munasabah itu memang ada. Oleh itu, pegawai yang memahami undang-undang dari sudut itu mungkin merasakan tindakan kompaun itu adalah betul.
“Jadi, kita normalisasikan brief and debrief. Sebelum pasukan pematuhan SOP keluar menjalankan pemantauan kita akan jelaskan SOP kepada mereka, kemudian bila mereka balik daripada penugasan kita akan periksa semula kompaun dikeluarkan adakah dibuat mengikut SOP,” ujarnya.
Ketika ditanya mengenai penguatkuasaan SOP bersama 13 agensi terlibat, beliau menegaskan setakat ini tiada masalah dari segi percanggahan lokasi penugasan dan semua agensi menjalankan pemantauan mengikut bidang masing-masing ~ Utusan
Macam mana tak keliru.. SOP boleh berubah-ubah setiap hari.. hari ini umum lain.. esok umum macam lain pula.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2021/02/polis-sendiri-pun-keliru-dengan-sop-pkp.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pergilah Buat Report Polis 3 Lelaki Bujang Ditahan Polis Kerana Langgar Sop Pkp

Pergilah Buat Report Polis 3 Lelaki Bujang Ditahan Polis Kerana Langgar Sop Pkp

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 211 hits
Polis menahan tiga lelaki yang didapati melanggar SOP dengan berkumpul di kawasan kolam renang sebuah kondominium di Bukit Mertajam nbsp Difahamkan tiga lelaki terbabit terdahulu telah ditegur oleh pengawal keselamatan pada jam 6 30 petang ...
Bukit Aman Akui Ramai Polis Masih Keliru Sop Sehingga Ada Yang Tersalah Kena Kompaun

Bukit Aman Akui Ramai Polis Masih Keliru Sop Sehingga Ada Yang Tersalah Kena Kompaun

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 210 hits
KUALA LUMPUR Polis mengakui ramai anggotanya yang ada kala keliru dengan prosedur operasi standard perintah kawalan pergerakan yang menyebabkan ada yang tersalah kena kompaun Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam B...
Ketua Polis Daerah Putrajaya Nafi Terlibat Penganjuran Majlis Langgar Sop Pkp

Ketua Polis Daerah Putrajaya Nafi Terlibat Penganjuran Majlis Langgar Sop Pkp

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 236 hits
PUTRAJAYA Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali menafikan dakwaan di media sosial kononnya beliau terlibat dengan penganjuran sebuah majlis yang diadakan di kawasan perumahan di Presint 8 di sini hari ini Beliau berkata dakwaan y...
Kalau Menteri Pun Nak Mengelak Sop Baiklah Ditamatkan Saja Pkp

Kalau Menteri Pun Nak Mengelak Sop Baiklah Ditamatkan Saja Pkp

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 195 hits
Tidak ada sebab lain mengapa kerajaan melalui Menteri Kesihatan Dr Adham Baba tiba tiba setuju melonggarkan SOP tempoh kuarantin bagi menteri yang pulang daripada lawatan rasmi ke negara melainkan petanda ketidaksediaan golongan kayangan te...
Viral Saman Peniaga Cod Polis Nasi Kompaun Pkp 2 0 Menganiaya Masyarakat Setempat

Viral Saman Peniaga Cod Polis Nasi Kompaun Pkp 2 0 Menganiaya Masyarakat Setempat

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 334 hits
KUANTAN Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor bin Yusof Ali menafikan isu viral dari Laman Sesawang Facebook individu bernama Hisyamuddin Siddiq Zarni mengatakan Polis telah mengenakan kompaun keatas individu tersebut w...
Polis Tahan 11 Individu Berpesta Liar Ketika Pkp

Polis Tahan 11 Individu Berpesta Liar Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 281 hits
Hebahkan 06 02 2021 09 32 PM BUKIT MERTAJAM 6 Feb Polis menahan 11 individu termasuk tiga wanita kerana disyaki terlibat dengan parti liar untuk berpesta dadah serta mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan dalam serbuan di sebuah
Polis Kompaun 9 Pengunjung Pusat Hiburan 4 Individu Ditahan Ingkar Pkp

Polis Kompaun 9 Pengunjung Pusat Hiburan 4 Individu Ditahan Ingkar Pkp

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 255 hits
Oleh Pengurus dan pekerja pusat hiburan di Petaling Jaya ditahan manakala 9 pelanggan dikompaun selepas terbabit dalam aktiviti hiburan ketika pelaksanaan PKP KUALA LUMPUR Polis menahan empat individu dan mengkompaun sembilan yang lain dala...
Covid19 Pakar Perubatan Cadangkan Ketatkan Sop Serta Tiada Rentas Negeri Bagi Tamatkan Pkp

Covid19 Pakar Perubatan Cadangkan Ketatkan Sop Serta Tiada Rentas Negeri Bagi Tamatkan Pkp

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 302 hits
Covid19 Pakar perubatan cadangkan ketatkan SOP serta tiada rentas negeri bagi tamatkan PKP Covid19 Pakar perubatan cadangkan ketatkan SOP serta tiada rentas negeri bagi tamatkan PKP PKP tetapi macam tak PKP Itulah persepsi dan tanggapan rat...
No Pkp No Darurat Ketatkan Dan Kuatkan Sop

No Pkp No Darurat Ketatkan Dan Kuatkan Sop

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 312 hits
Rakyat tidak takut lalai ambil mudah ambil ringan dengan alasan dan harapan covid 19 AKAN berlaku pada orang lain pada org tua lain dan bukan pada aku dan keluarga aku Kami kebal kuat antibody Pemimpin kerajaan hingga ke tahap PM memberi co...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Terkini Kadar Dividen Asb 2024

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur