Polis Rekod Keterangan Pemandu Terlibat Kemalangan Jabatan Pulau Pinang


   Foto oleh Bernama.

GEORGETOWN – Polis akan merekodkan keterangan pemandu kereta Toyota Vios yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai, dekat sini sehingga menyebabkan sebuah lagi kereta terhumban ke dalam laut awal pagi semalam, dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata ketika ini lelaki berusia 21 tahun itu masih dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Loading...
"Sama ada lelaki itu akan ditahan atau sebaliknya bergantung pada siasatan yang polis jalankan. Beri ruang kepada polis lengkapkan siasatan," katanya.

Beliau berkata polis juga masih menunggu laporan ujian darah pemandu Toyota Vios itu untuk memastikan sama ada lelaki berkenaan berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah ketika kemalangan berkenaan atau tidak.

"Selain laporan ujian darah, pihak polis juga menunggu laporan perubatan lelaki itu daripada doktor merawatnya bagi membantu siasatan kes kemalangan berkenaan," katanya.


Sementara itu, Nik Ros Azhan berkata pihaknya tidak dapat memastikan sama ada dua kereta berkenaan sedang berlumba ketika kemalangan tersebut seperti dakwaan orang ramai berdasarkan rakaman kamera video 'dash cam' kereta milik seorang pengguna jalan raya yang berada di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, beliau percaya kedua-dua kereta itu dalam kelajuan maksimum kerana mereka tidak dapat mengawal kenderaan masing-masing sehingga berlaku kemalangan teruk dan menyebabkan sebuah daripadanya terhumban ke dalam laut.

"Saya minta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu dan sesiapa yang mempunyai maklumat atau melihat kemalangan tersebut diminta tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan kami," katanya.

Dalam kemalangan pukul 2.54 pagi itu, sebuah kereta terhumban ke dalam laut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai, dekat sini awal pagi semalam.

Pemandu kereta yang terhumban ke dalam laut itu adalah seorang lelaki dikenali sebagai Moey Yun Peng berusia 20 tahun dan merupakan pelajar sebuah kolej swasta.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/01/polis-rekod-keterangan-pemandu-terlibat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jabatan Kesihatan Pulau Pinang Rampas 48 Produk Mustajab

Jabatan Kesihatan Pulau Pinang Rampas 48 Produk Mustajab

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 335 hits
BUKIT MERTAJAM Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang merampas 48 jenis produk di sebuah premis di sini hari ini yang didakwa mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit Pegawai Kesihatan Persekitaran BKKM Mo...
22 Pekerja Asing Mangsa Aniaya Majikan Di Selamatkan Polis Pulau Pinang

22 Pekerja Asing Mangsa Aniaya Majikan Di Selamatkan Polis Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 403 hits
TIDUR di loteng dan berhimpit dalam ruang yang sempit Kesusahan itu terpaksa dihadapi sekumpulan pekerja wanita warga asing di kedai dobi sebelum mereka diselamatkan polis di empat premis di Bukit Mertajam malam tadi Dalam operasi 9 malam d...
Identiti Suspek Dan Mangsa Kemalangan Jambatan Pulau Pinang Diketahui Rupanya Rakan Sejak Sekolah

Identiti Suspek Dan Mangsa Kemalangan Jambatan Pulau Pinang Diketahui Rupanya Rakan Sejak Sekolah

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 1098 hits
Identiti suspek dan mangsa kemalangan jambatan Pulau Pinang diketahui rupanya rakan sejak sekolah Pada awal pagi 20 Januari 2019 pengguna media sosial dikejutkan dengan penyebaran rakaman video dashcam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang Ra...
Suv Kemalangan Dan Lelaki Terjun Jambatan Pulau Pinang Mula Viral

Suv Kemalangan Dan Lelaki Terjun Jambatan Pulau Pinang Mula Viral

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 1083 hits
Kecoh rakyat Malaysia apabila Jambatan Pulau Pinang secara tiba tiba menyimpan peristiwa yang agak drastik untuk permulaan tahun 2019 Terkejut juga tatkala pertama kali melihat berita ni di kaca TV Yelah laju sangat kereta yang terbabit den...
Saya Rela Dihukum Dan Ini Rintihan Pemandu Vios Yang Terlibat Dalam Kemalangan Di Jambatan Penang

Saya Rela Dihukum Dan Ini Rintihan Pemandu Vios Yang Terlibat Dalam Kemalangan Di Jambatan Penang

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 882 hits
PEMANDU Toyota Vios yang terbabit dalam pelanggaaran dengan kenderaan utiliti sukan Mazda CX5 yang terhuumban ke laut di Jambatan Pulau Pinang Ahad lalu bersedia menerima hukuman akibat kemaalangan itu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Teng...
15 Kronologi Kemalangan Tragik Suv Terhumban Di Jambatan Pulau Pinang Selepas Dilanggar Vios

15 Kronologi Kemalangan Tragik Suv Terhumban Di Jambatan Pulau Pinang Selepas Dilanggar Vios

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 1436 hits
Sebuah kereta jenis SUV Mazda CX 5 yang dipandu seorang penuntut kolej swasta Moey Yun Peng 20 terjunam ke dalam laut selepas terbabit dalam kemalangan dengan kereta jenis Toyota Vios di Jambatan Pulau Pinang Pada 20 Januari 2019
Roadblock Akan Lebih Banyak Pada Hujung Minggu Di Jambatan Pulau Pinang

Roadblock Akan Lebih Banyak Pada Hujung Minggu Di Jambatan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 652 hits
Pengerusinya Tan Sri Lee Lam Thye berkata ini kerana waktu tersebut dilihat sebagai tempoh kemungkinan ramai pemandu mabuk atau mengambil bahan larangan menggunakan Jambatan Pulau Pinang KUALA LUMPUR Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan ...
Selepas Suv Dalam Laut Gempar Lelaki Cuba Aksi Bunuh Diri Di Jambatan Pulau Pinang

Selepas Suv Dalam Laut Gempar Lelaki Cuba Aksi Bunuh Diri Di Jambatan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 756 hits
GEORGE TOWN Dalam kesibukan pasukan mencari dan menyelamat menjalankan kerja kerja menaikkan kenderaan SUV yang terlibat dalam kemalangan hingga terjunam ke laut di Jambatan Pulau Pinang seorang lelaki mencetuskan gempar apabila melakukan a...
Five New Bikes For August From Track Ready Super Sports To Iconic Revivals

Anthony Loke Menteri Cancel Dulu Hidup Balik Kemudian

Operasi Roboh Jeti Haram Di Sungai Golok Fasa Pertama Tumpu Struktur Dibina Atas Tanah Kerajaan

7 Cara Jimat Elektrik Tanpa Berkorban Keselesaan

Flavorful Recipes Ideas With Ground Beef

Gempa Bumi Segamat Kerajaan Negeri Johor Saran Masjid Surau Anjur Solat Hajat

Salmon And Ikura Dashi Chazuke

Perbalahan Antara Dr Akmal Saleh Dan Lokman Noor Adam Apa Kesannya Pada Umno


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


I Was Trouble

Tvet Pilihan Kerjaya Masa Depan Di Promasterskill Academy

Moringa Oleifera Alternatif Semula Jadi Dalam Pengurusan Kesihatan Mental

Mulut Jendela Kesihatan Badan

Rxz Members Dakwaan Wujud Pasukan Sorak Tidak Berasas Setiausaha Politik Mb Terengganu Utusan Malaysia

Terkini Voge Sr250gt Masuk Malaysia Tahun Ini 25 5hp 23nm