22 Pekerja Asing Mangsa Aniaya Majikan Di Selamatkan Polis Pulau Pinang





TIDUR di loteng dan berhimpit dalam ruang yang sempit

Kesusahan itu terpaksa dihadapi sekumpulan pekerja wanita warga asing di kedai dobi sebelum mereka diselamatkan polis di empat premis di Bukit Mertajam, malam tadi


Dalam operasi 9 malam diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Deputi Superintendan Mohd Hazazi Othman, seramai 22 wanita terdiri daripada 10 warga Indonesia dan 12 warga Kemboja berjaya diselamatkan

Tinjauan wartawan dalam operasi itu mendapati pekerja hanya tidur beralaskan tilam nipis di loteng sempit dan ada antara mereka tidur di atas lantai dipenuhi baju disidai. Mereka langsung tidak dibenarkan berkomunikasi dengan orang luar dan hanya dibiarkan terperuk dalam bilik dan kedai dobi terbabit
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, operasi itu dilakukan susulan daripada risikan maklumat awam yang diterima pihaknya


Menurutnya, hasil siasatan mendapati semua pekerja itu dijanjikan wang gaji RM900 sebulan, namun ada antara mereka langsung tidak dibayar dan ada yang hanya dibayar separuh daripada gaji dijanjikan
“Mangsa dipaksa bekerja lebih masa bermula 6.30 pagi hingga 9 malam dan langsung tidak diberi cuti

“Selain itu, mangsa tidak dibenarkan berhubung dengan keluarga mereka di kampung dan tidak diberi rawatan oleh majikan jika sakit," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam, hari ini
Nik Ros Azhan berkata, keadaan tempat tidur mereka agak daif dengan loteng diubahsuai di atas siling dengan keadaan sempit dan dipenuhi wayar elektrik dikhuatiri akan mengundang bahaya kepada mereka

Beliau berkata, berikutan itu, pihaknya menahan suami isteri yang juga majikan mangsa berusia 55 dan 60 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007

“Semua mangsa pula akan dihantar ke Pusat Perlindungan Wanita Wilayah Tengah di Kuala Lumpur," katanya

Harian Metro



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/01/22-pekerja-asing-mangsa-aniaya-majikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Identiti Suspek Dan Mangsa Kemalangan Jambatan Pulau Pinang Diketahui Rupanya Rakan Sejak Sekolah

Identiti Suspek Dan Mangsa Kemalangan Jambatan Pulau Pinang Diketahui Rupanya Rakan Sejak Sekolah

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 1126 hits
Identiti suspek dan mangsa kemalangan jambatan Pulau Pinang diketahui rupanya rakan sejak sekolah Pada awal pagi 20 Januari 2019 pengguna media sosial dikejutkan dengan penyebaran rakaman video dashcam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang Ra...
Polis Rekod Keterangan Pemandu Terlibat Kemalangan Jabatan Pulau Pinang

Polis Rekod Keterangan Pemandu Terlibat Kemalangan Jabatan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 404 hits
Foto oleh Bernama GEORGETOWN Polis akan merekodkan keterangan pemandu kereta Toyota Vios yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 4 0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai dekat sini sehingga menyebabkan sebuah lagi kereta terhumban ke da...
Misi Menaikkan Kenderaan Suv Yang Jatuh Dari Jambatan Pulau Pinang Gagal Ini Punca Kenapa Cubaan Pertama Tidak Berjaya

Misi Menaikkan Kenderaan Suv Yang Jatuh Dari Jambatan Pulau Pinang Gagal Ini Punca Kenapa Cubaan Pertama Tidak Berjaya

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 4231 hits
PULAU PINANG 21 Jan Percubaan pertama untuk membawa naik kenderaan SUV Mazda CX5 yang terjunam ke dalam laut kira kira pukul 6 30 petang ini gagal selepas satu tali yang digunakan tidak dapat memegang kenderaan tersebut Ketika ini dua penye...
Kereta Terhumban Akhirnya Dijumpai Berhampiran Tiang Ke 34 Jambatan Pulau Pinang

Kereta Terhumban Akhirnya Dijumpai Berhampiran Tiang Ke 34 Jambatan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 585 hits
Lokasi kereta yang terhumban ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang Ahad lalu telah ditemui pada jam 4 petang hari ini Menurut polis kenderaan Mazda CX 5 terbabit ditemui 15 meter daripada tiang 34 jambatan itu Difahamkan gerakan operasi ...
Video Dalam Pasukan Sar Sibuk Mencari Suv Lelaki Ini Terjun Dari Jambatan Kedua Pulau Pinang Sambil Bersiaran Live

Video Dalam Pasukan Sar Sibuk Mencari Suv Lelaki Ini Terjun Dari Jambatan Kedua Pulau Pinang Sambil Bersiaran Live

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 901 hits
Gempar lelaki terjun dari jambatan kedua Pulau Pinang sambil bersiaran live Seorang lelaki mencuri perhatian orang awam pasukan SAR petugas keselamatan dan media dengan aksi gempar di jambatan kedua P Pinang Dalam kesibukan pasukan mencari ...
Kenderaan Suv Terhumban Di Jambatan Pulau Pinang Dinaikkan

Kenderaan Suv Terhumban Di Jambatan Pulau Pinang Dinaikkan

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 468 hits
Kenderaan SUV terhumban di jambatan Pulau Pinang dinaikkan Dikemas kini 39 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 22 Jan 201
Suv Terhumban Dari Jambatan Pulau Pinang Ditemui

Suv Terhumban Dari Jambatan Pulau Pinang Ditemui

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 458 hits
Pasukan mencari dan menyelamat melakukan operasi berdekatan Jambatan Pulau Pinang 21 January 2019 Foto oleh Opalyn MokGEORGE TOWN 21 Jan Kenderaan utiliti sukan Mazda CX 5 yang terhumban ke dalam laut selepas terlibat kemalangan dengan sebu...
Pulau Pinang Minat Zafuan Tapi

Pulau Pinang Minat Zafuan Tapi

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 383 hits
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR SKUAD Harimau Kumbang berminat untuk mendapatkan bekas penyerang Kedah Zafuan Azeman bagi memperkukuhkan jentera depan pasukan tersebut bagi menghadapi saingan Liga Perdana musim 2019 Pengurusnya Ong Heng Hua ...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Insp Sheila On The Prowl Again One Woman Crusader Or Self Serving Attention Seeker

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Radiohead Let Down Chord

Monolog Jiwa Kredit Tiktok

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Peminat Mengaku Pernah Baling Telur Di Kepala Tomok Kini Mohon Maaf Secara Terbuka