Polis Rampas 345 4 Kg Ganja Bernilai Rm880 000 2 Lelaki Ditahan


The Reporter

Polis merampas 352 ketulan mampat ganja seberat 345.4 kilogram (kg) bernilai RM880,000 dan menahan dua lelaki dalam serbuan berasingan di Sungai Dua dan Butterworth dekat sini pada Isnin serta semalam.


Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Perhubungan Antarabangsa) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman SAC Lukas Anak Aket berkata pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama JSJN Kontinjen Pulau Pinang dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA) Bridged Utara telah mendapat maklumat berhubung kegiatan pengedaran dadah di Pulau Pinang pada Isnin.


"Ekoran maklumat yang diperoleh, pasukan kami telah mengekori sebuah kereta dipandu seorang lelaki sehingga Tol Sungai Dua, Butterworth dekat sini sebelum pemandu tersebut yang menyedari diekori polis telah bertindak memandu dalam keadaan berbahaya sehingga memberi ancaman keselamatan kepada polis serta pengguna jalan raya yang lain.


"Pihak polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta dinaiki lelaki itu dan meminta dia memberhentikan kenderaannya selepas memaklumkan kami daripada pasukan polis, sebelum berjaya menahan pemandu berumur 33 tahun itu di kawasan Plaza Tol Sungai Dua pada 9.45 pagi Isnin," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Katanya, susulan penahanan lelaki itu, polis mengesan sebuah van Daihatsu Gran Max di tempat parkir di Buttterworth, dekat sini dan pemeriksaan di dalam kenderaan tersebut polis menemukan 352 ketulan mampat ganja seberat 345.4 kg bernilai RM880,000. 


Lukas berkata bertindak hasil maklumat, polis berjaya menahan seorang lagi lelaki berumur 27 tahun di kawasan Butterworth semalam dan dipercayai suspek turut mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah yang bergerak aktif sejak sebulan lepas itu.


"Siasatan polis mendapati sindiket itu menjadikan van berkenaan sebagai tempat mereka menyimpan semua ganja yang mereka bawa masuk dari negara jiran sebelum ia diedarkan kepada rangkaian sindiket mereka di beberapa negeri di kawasan utara. Kami juga tidak menolak kemungkinan van itu dialihkan dari kawasan parkir lain bagi mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya.


Katanya, polis juga tidak menolak kemungkinan sindiket itu mempunyai rangkaian di negara jiran dan pihaknya kini sedang mengesan dalang serta ahli sindiket pengedaran dadah berkenaan yang dipercayai turut berada di Pulau Pinang.


Beliau berkata susulan penahanan dua lelaki yang tidak bekerja dan positif dadah itu, polis menyita tiga kereta iaitu Toyota Camry, Volkswagen dan Audi yang kesemuanya bernilai RM140,600.


"Dua lelaki yang masing-masing mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu kini direman untuk siasatan lanjut serta kes disiasat menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Semua ganja dirampas itu boleh digunakan oleh 690,800 penagih dadah," katanya.


Sumber: Bernama


September 24, 2020 at 02:47PM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2020/09/polis-rampas-3454-kg-ganja-bernilai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Polis Delhi Rembat 160kg Ganja Ketika Serbuan Hanya Lapor Rampas 1kg Bakinya Dijual

4 Polis Delhi Rembat 160kg Ganja Ketika Serbuan Hanya Lapor Rampas 1kg Bakinya Dijual

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 499 hits
4 polis Delhi rembat 160kg ganja ketika serbuan hanya lapor rampas 1kg bakinya dijualEmpat anggota polis Delhi baru baru ini menangkap seorang pengedar dadah yang memiliki ganja sebanyak 160 kilogram Tangkapan itu sepatutnya mengikut protok...
Polis Thailand Rampas 80kg Ganja Mampat Untuk Diseludup Ke Malaysia

Polis Thailand Rampas 80kg Ganja Mampat Untuk Diseludup Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 411 hits
Polis Thailand menahan dua beradik lelaki dan merampas 80 kilogram ganja mampat dipercayai untuk dihantar ke Malaysia di Tak Bai sebuah bandar di sempadan Thailand Malaysia pada Selasa Bertindak berdasarkan maklumat polis menyerbu sebuah ru...
Sebanyak 46 Tual Balak Pelbagai Spesies Di Anggar Bernilai Lebih Rm20 000 Di Rampas

Sebanyak 46 Tual Balak Pelbagai Spesies Di Anggar Bernilai Lebih Rm20 000 Di Rampas

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 293 hits
KUANTAN Sebanyak 46 tual balak pelbagai spesies yang dianggarkan bernilai lebih RM20 000 dan tiga jentera dirampas Unit Penguatkuasaan Pejabat Hutan Daerah Jerantut dalam Hutan Simpan Som Jerantut kelmarin Pegawai PHD Jerantut Mohd Zarin Ra...
Polis Rampas Dadah Bernilai Rm1 58 Juta

Polis Rampas Dadah Bernilai Rm1 58 Juta

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 518 hits
POLIS RAMPAS DADAH BERNILAI RM1 58 JUTA JOHOR BAHRU Satu sindiket pengedaran dadah yang dikenali Rose Quartz sejak tiga bulan lalu lumpuh selepas kegiatan mereka dibongkar polis dalam enam serbuan di sekitar bandar raya ini kelmarin Ketua P...
Polis Melancarkan Sindiket Ganja Baru Merampas Dadah Bernilai Rm880k

Polis Melancarkan Sindiket Ganja Baru Merampas Dadah Bernilai Rm880k

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 356 hits
GEORGE TOWN Polis memperoleh kejayaan besar dalam memerangi dadah dengan penangkapan dua lelaki dan merampas 345 4kg ganja bernilai RM880 000 dari mereka pada hari Isnin dan semalam Turut dirampas dari duo itu berusia 27 dan 33 tahun terdap...
Polis Pulau Pinang Merampas Heroin Syabu Bernilai Rm587 000

Polis Pulau Pinang Merampas Heroin Syabu Bernilai Rm587 000

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 303 hits
GEORGE TOWN Polis menyerbu sebuah kondominium di Bukit Tengah Seberang Prai Tengah pada hari Selasa dan merampas heroin dan syabu bernilai RM587 000 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdull...
Inspektor Polis Didenda Rm6 000 Kerana Memberi Rasuah Di Ipoh

Inspektor Polis Didenda Rm6 000 Kerana Memberi Rasuah Di Ipoh

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 284 hits
IPOH Seorang anggota polis berpangkat pemeriksa didenda RM6 000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah dia mengaku bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM3 000 enam tahun lalu Berdasarkan kertas pertuduhan Sahrol Zaman Mohd Adom 38 ...
Guru Ditahan Rembat Beg Berisi Wang Tunai 1 000 000 Yen

Guru Ditahan Rembat Beg Berisi Wang Tunai 1 000 000 Yen

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 220 hits
Polis di Nagoya Jepun menahan seorang guru berusia 39 tahun yang dipercayai mencuri selepas dia keluar dari sebuah kedai serbaneka bersama beg milik lelaki berusia 21 tahun Isnin lalu Difahamkan beg tersebut mengandungi wang tunai berjumlah...
2 079 Kg Daun Ketum 345 4 Kg Ganja Disita Di Ops Benteng Di Utara

2 079 Kg Daun Ketum 345 4 Kg Ganja Disita Di Ops Benteng Di Utara

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 440 hits
KUALA LUMPUR Sebanyak 2 079 kilogram daun ketum dengan anggaran nilai RM85 890 disita dalam Ops Benteng dari 22 hingga 23 September di Padang Besar Perlis dan Durian Burung Kedah Satu kenyataan dari ibu pejabat Briged Infantri Keenam Malays...
A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin

Ibu Neelofa Dedah Hidap Kanser Anak Anak Amp Suami Menangis Dapat Tahu