Polis Kenal Pasti Identiti Mangsa Yang Maut Nahas Helikopter Ialah Seorang Jurutera Warga Indonesia




BENTONG: Polis mengenal pasti identiti mangsa yang maut dalam kejadian sebuah helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mengisi minyak di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Zaiham Mohd Kahar berkata, mangsa merupakan seorang jurutera warga Indonesia (petugas di lapangan) dikenali sebagai Finsen Resky Sembiring, 27.
"Mangsa yang berada di tapak pendaratan helikopter semasa kejadian dipercayai maut akibat libasan bilah kipas helikopter selepas ia gagal dikawal ketika membuat hovering setinggi kira-kira tiga kaki semasa ingin mengisi minyak.
"Hal itu menyebabkan skid (kaki) pesawat itu bergesel dengan tempat pendaratan, lalu terbalik dan berlaku kebakaran.
"Bagaimanapun seorang lagi mangsa iaitu juruterbang warga Indonesia dikenali sebagai Kustiyadi, 44, hanya mengalami cedera ringan," katanya pada Khamis.
Zaiham berkata, helikopter itu datang dari sebuah lokasi tapak projek kira-kira 16 kilometer dari kawasan kejadian
Beliau berkata, syarikat berkenaan sedang melakukan kerja-kerja bagi Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak enam hari lepas dan mempunyai kebenaran untuk menggunakan kawasan di tapak perkhemahan di lokasi kejadian sebagai tempat mengisi minyak.
Menceritakan lanjut kejadian itu, Zaiham berkata tindakan berani seorang pengawal keselamatan warga tempatan berusia 38 tahun, yang menarik juruterbang helikopter itu keluar dari dalam pesawat ringan tersebut ketika ia sedang terbakar menyelamatkan nyawa warga Indonesia berkenaan.
Media difahamkan pengawal keselamatan itu berlari ke lokasi nahas helikopter kira-kira 100 meter dari balai pengawal di tapak perkhemahan terbabit sebaik menyedari kejadian tersebut.
"Setakat ini ada dua saksi yang melihat kejadian ini termasuk pengawal keselamatan yang menyelamatkan juruterbang sebagai saksi utama," katanya.
Zaiham berkata, pihaknya masih menunggu keputusan daripada pihak forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Sementara itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, siasatan awal mendapati helikopter milik Zaveryna Utama dari Indonesia dan telah didaftarkan di Malaysia itu, dipercayai digunakan untuk mengangkut bahan binaan tiang elektrik TNB.
"Kita percaya (helikopter itu digunakan) untuk mengangkut barang binaan dari satu point ke satu point dan lebih kurang enam trip penerbangan telah dilakukan helikopter tersebut sejak 21 Januari lepas.
"Bagaimanapun, semasa kejadian tadi tidak ada barang pembinaan dibawa kerana helikopter tersebut baharu hendak mula operasi," katanya.
Dalam pada itu, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas helikopter yang terbakar di Batu 8, Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong pagi tadi.
"Terima kasih kepada pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, petugas Jabatan Kesihatan serta semua pihak yang terlibat dalam operasi menyelamat ini,” katanya dalam satu hantaran yang dimuat naik di Facebooknya. #Majoriti
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/02/polis-kenal-pasti-identiti-mangsa-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Helikopter Pengangkut Jenis Bell 206l 4 Long Ranger Terbakar Ketika Mendarat Seorang Mangsa Maut

Helikopter Pengangkut Jenis Bell 206l 4 Long Ranger Terbakar Ketika Mendarat Seorang Mangsa Maut

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 188 hits
KUALA LUMPUR Sebuah helikopter pengangkut jenis Bell 206L 4 Long Ranger terbakar ketika mendarat di Jalan Lama Kuala Lumpur Bentong di Pahang dengan seorang disahkan maut manakala seorang lagi terselamat Kejadian berlaku berdekatan kawasan ...
67 Mayat Mangsa Nahas Helikopter Pesawat Di Washington D C Ditemukan

67 Mayat Mangsa Nahas Helikopter Pesawat Di Washington D C Ditemukan

papar berkaitan - pada 5/2/2025 - jumlah : 201 hits
BernamaWASHINGTON Pasukan penyelamat berjaya menemukan kesemua 67 mayat mangsa yang terkorban dalam insiden membabitkan sebuah helikopter dan pesawat penumpang di Washington D C minggu lalu lapor Xinhua memetik media AS pada Selasa Menurut ...
2 Warga Indonesia Hantar Pati Cedera Ditembak Ke Hospital Diburu

2 Warga Indonesia Hantar Pati Cedera Ditembak Ke Hospital Diburu

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 171 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Polis masih memburu dua warga Indonesia yang menghantar tiga daripada empat pendatang asing tanpa izin ke Hospital Sultan Idris Shah di Serdang yang cedera dalam insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu Banting Ju...
Menipu Polis Indonesia Untuk Konten Ini Teguran Aisar Khaled Untuk Ammar Nazhan Fikir Dulu Kalau Konten Itu

Menipu Polis Indonesia Untuk Konten Ini Teguran Aisar Khaled Untuk Ammar Nazhan Fikir Dulu Kalau Konten Itu

papar berkaitan - pada 8/2/2025 - jumlah : 295 hits
Pempengaruh Malaysia yang dikenali dan mempunyai ramai peminat di Indonesia Aisar Khaled memberi teguran kepada Youtuber Ammar Nazhan gara gara isu penipuan melibatkan pihak berkuasa baru baru ini Sebagai salah seorang pempengaruh dan conte...
Tiga Warga Indonesia Cedera Dalam Kejadian Amuk Di Trusan

Tiga Warga Indonesia Cedera Dalam Kejadian Amuk Di Trusan

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 215 hits
Utusan Borneo nbsp Tiga mangsa amuk yang cedera dalam kejadian amuk di Ladang Trusan Lawas pada Khamis LAWAS Tiga warganegara Indonesia cedera dalam kejadian amuk di sebuah ladang dekat Trusan pada Khamis Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong ...
Bimbang Warga Emas Terperangkap Dua Anggota Polis Gadai Nyawa Rempuh Api

Bimbang Warga Emas Terperangkap Dua Anggota Polis Gadai Nyawa Rempuh Api

papar berkaitan - pada 8/2/2025 - jumlah : 136 hits
Dua anggota polis gadai nyawa memasuki rumah yang sedang terbakar demi menyelamatkan empat sekeluarga termasuk warga emas yang terperangkap baru baru ini telah menerima pujian warganet Difahamkan ketika kejadian Koperal Mohamad Zaidi Zainon...
Polis Buru Saki Baki Warga Asing Yang Serang Anggota Maritim Malaysia

Polis Buru Saki Baki Warga Asing Yang Serang Anggota Maritim Malaysia

papar berkaitan - pada 26/1/2025 - jumlah : 252 hits
Muhaamad Hafis Nawawimhafis mediaprima com myPETALING JAYA Polis Diraja Malaysia sedang mengesan saki baki kumpulan warga asing yang menyerang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di perairan Tanjung Rhu Banting Selangor semalam K...
Seorang Maut 2 Selamat Tanah Runtuh Di Miri

Seorang Maut 2 Selamat Tanah Runtuh Di Miri

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 140 hits
Pasukan bomba memindahkan mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit Miri berikutan kejadian tanah runtuh yang menimbus enam orang awal pagi Rabu MIRI 29 Jan Seorang mangsa kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di sini awal pagi ta...
Hiburan Insiden Tembakan Pusat Beli Belah Setia Alam Seorang Cedera Ditembak Polis Sedang Buru Suspek

Hiburan Insiden Tembakan Pusat Beli Belah Setia Alam Seorang Cedera Ditembak Polis Sedang Buru Suspek

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 142 hits
Gempar di sebuah pusat beli belah di Setia Alam malam tadi selepas pengunjung tiba tiba terdengar bunyi tembakan sebelum diarahkan untuk keluar dari bangunan berkenaan Rakaman memaparkan suasana di dalam pusat beli belah berkenaan yang dira...
Huawei Unveils Matepad Pro 12 2 A Premium Pc Level Experience Tablet For Work Play And Creativity

Ringgit Firmer Against Us Dollar At Opening

Pelaburan Dividen Bulanan Senarai Saham Strategi Khas Untuk Rakyat Malaysia

Air Asia S 50 One Off Discount For Media Practitioners To Visit Asean

Resipi Daging Goreng Belengas

12 Gelanggang Pickleball Yang Menarik Di Selangor

Late Dinner Di Fiqri Tomyam Seafood Pasar Chow Kit

Malaysia Mustn T Blindly Support Iran Which Has Committed Numerous Atrocities Against Muslims


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Huawei Freebuds 6

Jerantut Square Pusat Komersial Bandar Baru Moden Utc Jerantut

Nak Aura Cantik Kena Hindari Keramaian

Aiskrim Kelapa

Ibu Gadis Veil Beri Penjelasan Majlis Anak Disamakan Dengan Agama Lain Itu Hanyalah Resepsi Bertemakan Garden Wedding

Openai Dedah Meta Cuba Pikat Kakitangannya Dengan Bonus Rm470 Juta