Polis Kedah Tumpas Sindiket Penyeludupan Dadah Di Sempadan Malaysia Thailand




KUALA NERANG: Polis Kedah berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah terbesar bagi tahun ini, susulan penahanan tujuh lelaki dan penemuan pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai lebih RM18 juta berhampiran sempadan Malaysia-Thailand, dekat sini.
 
Ketua Polis Kedah Datuk Hasanuddin Hassan berkata penahanan yang dilakukan dalam empat serbuan berasingan pada Rabu dan Khamis itu, melibatkan tangkapan lima lelaki warga Thailand dan dua lelaki tempatan berumur 32 hingga 48 tahun.

 
"Serbuan pertama pada 8 malam Rabu lepas, polis menahan sebuah kereta jenis Wira Aeroback di tepi Jalan Padang Sanai dan menahan dua lelaki Thailand berumur 28 tahun. Pemeriksaan lanjut menemukan dadah jenis heroin seberat lebih 108 kilogram (kg) di bahagian belakang bonet kereta dianggarkan bernilai RM18 juta.

 
“Pada 6 pagi Khamis, dibantu oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Kem Bidor satu serbuan dilakukan di kawasan Hutan Simpan Situlang, Padang Terap dan seorang lelaki Melayu dan lelaki Thailand yang menaiki kereta jenis Pajero Mitsubishi berjaya ditahan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap di sini, hari ini.

 
Katanya, hasil pemeriksaan lanjut pihaknya menemukan dadah jenis ganja seberat 7.75 kg bernilai RM20,000 di bahagian tempat duduk belakang kereta berkenaan.

 
Hasanuddin berkata serbuan seterusnya dibuat di kawasan sama pada 10.30 pagi dan pihaknya berjaya menahan seorang lelaki Melayu dan Thailand yang menaiki kereta jenis Mitsubishi Triton dan turut menjumpai selaras senapang patah dan sebilah parang panjang bersama suspek.

 
"Polis turut menjumpai dadah jenis syabu seberat 9.3 gram dan 5.18 gram dadah jenis pil kuda yang dianggarkan bernilai RM1,450. Kedua-dua suspek yang positif dadah jenis syabu itu ditahan dan dibawa ke IPD Padang Terap untuk siasatan lanjut.

 
"Kemudian, polis berjaya menahan seorang lagi lelaki warga Thailand yang dilihat mencurigakan di kawasan hutan yang sama. Lokasi penahanan di kawasan hutan itu sangat hampir dengan sempadan dan terdapat beberapa khemah sementara dipasang yang disyaki dijadikan sebagai lokasi transit," katanya.

 
Beliau tidak menafikan penahanan kesemua suspek itu mempunyai kaitan antara satu sama lain dan kesemua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan.

 
"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960," katanya.

 
-- BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/11/polis-kedah-tumpas-sindiket.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Tahan 2 Penyeludup Ketum Warga Thailand Terbabit Dalam Kes Tembak Mati Anggota Pga Di Sempadan Malaysia Thailand

Polis Tahan 2 Penyeludup Ketum Warga Thailand Terbabit Dalam Kes Tembak Mati Anggota Pga Di Sempadan Malaysia Thailand

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 489 hits
Polis menahan dua penyeludup warga Thailand yang disyaki terlibat dalam kejadian berbalas tembak dengan anggota Pasukan Gerakan Am di sempadan Malaysia Thailand dekat sini awal pagi tadi Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad berkata pihaknya...
Anggota Pasukan Gerakan Am Maut Ditembak Di Sempadan Malaysia Thailand

Anggota Pasukan Gerakan Am Maut Ditembak Di Sempadan Malaysia Thailand

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 339 hits
Terkini Seorang anggoa Pasukan Gerakan Am yang sedang bertugas di pos sempadan Malaysia Thailand dilaporkan maut akibat ditembak dalam kejadian awal pagi Selasa 24 November 2020 Komander PGA Briged Udara Senior Asisten Komisioner Abdul Ghan...
Polis Kenal Pasti 7 Dalang Penyeludupan Rentas Sempadan

Polis Kenal Pasti 7 Dalang Penyeludupan Rentas Sempadan

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 724 hits
Oleh Anggota PGA Koperal Judin Awi 50 menunjukkan kawasan mendiang Koperal Baharuddin Ramli 54 yang terkorban ketika bertugas di sempadan Malaysia Thailand bersama seorang lagi anggota PGA Koperal Norihan A L Tari 39 yang mengalami kecedera...
Lagi Sindiket Edar Dadah Di Pulau Pinang Perak Tumpas

Lagi Sindiket Edar Dadah Di Pulau Pinang Perak Tumpas

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 310 hits
Gambar HiasanGEORGE TOWN Polis sekali lagi berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran pelbagai jenis dadah selepas menahan 10 lelaki termasuk dalang utama dalam beberapa serbuan berasingan di sini dan Perak selama dua hari mulai Ahad lalu...
Atm Agresif Ronda Sempadan Malaysia Thailand Di Kelantan

Atm Agresif Ronda Sempadan Malaysia Thailand Di Kelantan

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 375 hits
Siapsiaga liputi kukuh aktiviti risikan termasuk penggunaan dron PASIR MAS Angkatan Tentera Malaysia meningkatkan lagi kesiapsiagaan dengan melaksanakan rondaan secara agresif di kawasan panas sempadan Malaysia Thailand di Kelantan susulan ...
Thailand Sedia Beri Kerjasama Pergiat Kawalan Di Sempadan Thailand Malaysia

Thailand Sedia Beri Kerjasama Pergiat Kawalan Di Sempadan Thailand Malaysia

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 282 hits
BernamaLt Jeneral Kriangkrai Srirak meninjau lokasi insiden di Daerah Sadao Songkhla di mana seorang anggota PGA maut ditembak ketika bertugas di Perlis pada Selasa fotoBERNAMA SONGKHLA Thailand sedia memberi kerjasama untuk mempergiat kawa...
Kedah Syor Polis Tentera Lakukan Rondaan Bersama Di Sempadan

Kedah Syor Polis Tentera Lakukan Rondaan Bersama Di Sempadan

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 229 hits
Oleh MOHD RAFIE AZIMI MUHAMMAD SANUSI MD NORALOR SETAR Kerajaan negeri mencadangkan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia melakukan rondaan secara bersama di sempadan yang tidak berpagar di negeri ini Menteri Besar Muhammad Sa...
Pdrm Tambah Kenderaan Perisai Anggota Di Sempadan Malaysia Thailand

Pdrm Tambah Kenderaan Perisai Anggota Di Sempadan Malaysia Thailand

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 312 hits
69 total views 69 views today Kenderaan perisai tambahan dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman akan digerakkan mulai hari ini ke sempadan Malaysia Thailand bagi mengukuh kawalan sempa...
Kedah Intai Pemain Singapura Thailand Dan Indonesia

Kedah Intai Pemain Singapura Thailand Dan Indonesia

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 246 hits
Alor Setar Pemain import dalam kalangan tiga negara Asean dijangka bakal membarisi skuad Kedah bagi melengkapkan kuota berkenaan sebagai persiapan skuad Lang Merah untuk menghadapi Liga Malaysia dan Piala AFC untuk musim 2021 Menurut sumber...
Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

Realme P3 Ultra Akan Tiba Di Malaysia 16 Jun Ini

Waspada Taktik Penipuan Jualan Anak Pokok Buah Ceri Dan Tembikai Yang Menyalahgunakan Nama Serta Logo Mardi

Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Kurung 3 Lelaki Dalam Pangsapuri Empat Penjaga Ditahan

Rahma Rahmi Rindu Tanpa Jeda Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Drama Pasca Kau Pergi

Dapat Hadiah Beg Cantik Dari Blogger Kak Sa

Resipi Pan Mee Homemade Mudah Hanya Guna 3 Bahan