Polis Cadang Guna E Plate Lengkap Mikrocip Dapat Cegah Aktiviti Jenayah
.infoawam.com
Nombor pendaftaran kenderaan di Malaysia bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main-main kerana sesiapa yang gagal mengikut spesifikasi yang ditetapkan boleh dikenakan saman.
Terbaharu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan supaya semua kenderaan di negara ini diseragamkan dengan penggunaan ‘e-plate’ yang mana ia akan dilengkapi dengan mikrocip keselamatan sebagai langkah untuk pencegahan jenayah.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, cadangan tersebut telah pun diusulkan kepada kerajaan dalam mengikuti perkembangan teknologi dan menghadapi kes jenayah yang semakin rumit.
“Sudah tiba masa negara kita menggunakan nombor pendaftaran standard dilengkapi cip keselamatan atau e-plate yang mana ia sudah lama digunakan di negara maju selain di Singapura dan Thailand.
“Kalau kita tengok, nombor pendaftaran standard tanpa cip keselamatan dipakai di Indonesia, Vietnam dan Laos tetapi kita masih menggunakan nombor pendaftaran yang cacamarba, termasuk nombor pendaftaran ‘fancy’ dan sebagainya,” terang beliau.
Datuk Huzir Mohamed juga menyatakan penggunaan no pendaftaran yang seragam dapat mencegah aktiviti jenayah kerana ia akan menyukarkan penjenayah tersebut memalsukan nombor pendaftaran bilamana hanya satu badan atau jabatan sah sahaja boleh membuat nombor pendaftaran.
Menurut laporan portal Paultan.org, cadangan nombor pendaftaran standard lengkap dengan mikrocip pernah diusulkan pada tahun 2017 lagi. Mikrochip itu mengandungi maklumat mengenai pemilik kenderaan dan pemandu, serta maklumat kenderaan seperti nombor casis enjin, warna dan model.
Namun walaupun sudah empat tahun berlalu, cadangan tersebut masih tidak dapat dilaksanakan. Apa pandangan anda mengenai perkara ini? Adakah pihak berkuasa dapat menyeragamkan penggunaan ‘e-plate’ ini pada masa akan datang?
Sumber : TheVocket / Berita Harian
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/polis-cadang-guna-e-plate-lengkap.html