Pokok Senduduk Kaya Khasiat Perubatan Tradisional




Pokok senduduk adalah daripada famili melastomataceae yang berasal dari kawasan khatulistiwa dan kawasan-kawasan subtropik di mana terdapat lebih 4,000 spesies di dunia.
Di Asia Tenggara sahaja, genus melastoma terdapat 22 spesies, termasuk 12 spesies di Malaysia.
Senduduk juga dikenali keduduk merupakan pokok belukar kecil lazimnya tumbuh di kawasan tanah lapang, kawasan terbiar dan juga di tepi jalan .
Pokok senduduk merupakan tumbuhan renek kecil dan bercabang. Boleh tumbuh sehingga 3m tinggi. Daunnya berbentuk ringkas, lanseolat dan panjangnya boleh mencapai sehingga 7 cm.
Daunnya hijau, tekstur kasar, ditutupi dengan bulu-bulu halus. Bunganya besar dan boleh mencapai 5-7 cm lebar.
Tumbuhan ini boleh dibiak dengan mudah melalui biji benih. Selepas 2 minggu, biji benih di tapak semaian akan cambah. Pokok ini boleh dipindahkan ke lapangan selepas 6 minggu.
Pokok ini dapat menyesuaikan dalam semua keadaan tanah dan memerlukan cahaya matahari.
Daun dan pucuk secara tradisinya dimakan untuk memulihkan cirit-birit. Di Malaysia, daun senduduk yang dibuat ubat pupuk digunakan untuk mencegah parut-parut luka kesan daripada kelemumur atau cacar.
Air rebusan akarnya digunakan untuk melegakan sakit gigi, melembutkan kaki dan mengurangkan kembung perut. Manakala air rebusan daun dan akar diminum untuk rawatan selepas bersalin.
Air rebusan campuran daun-daun senduduk, cuka, halia bara (Zingiber officinale) dan bonglai (Zingiber cassumnar)digunakan untuk rawatan leucorrhea.
Air rebusan campuran daun dan pucuk senduduk serta dicampur dengan kulit manggis atau kulit buah manggis yang dibakar menjadi arang digunakan untuk merawat cirit-birit.
Serbuk daun senduduk juga digunakan untuk merawat disenteri, luka-luka dan juga digunakan sebagai tonik.
Buah senduduk berwarna coklat, berbentuk seperti cawan, berangkai dan mengandungi banyak biji berwarna hitam serta rasa manis. Buah keduduk muda pula dijadikan ‘peluru’ senapang getah.
Keseluruhan pokoknya bermula dari pucuk, batang, buah hinggalah ke akarnya semuanya berfungsi sebagai ejen penyembuhan.
Daun, akar, batangnya boleh dijadikan mandian untuk wanita lepas bersalin dan juga diminum untuk memulihkan sistem dalaman peranakan dan juga buasir.
Pucuknya yang muda boleh dijadikan ulam untuk cirit birit. Manakala daunnya yang kering boleh merawat keputihan jika direbus bersama dengan halia, bonglai dan sedikit gula.
Untuk menghilangkan kesan parut terutamanya cacar, giling akarnya bersama daun dan tampal di bahagian bermasalah. 
Selain ungu dan biru, keduduk putih adalah satu-satunya bunga keduduk yang menjadi buruan dan bernilai di pasaran satu masa dulu. Diburu bukan saja pada nilai perubatannya, malahan pada aura dan mistiknya yang tersendiri.
Banyak terdengar mitos dan cerita misteri mengenai senduduk putih. Antara yang terkenal adalah pencarian untuk mendapatkan batu geliganya. Ramai orang percaya mereka akan mendapat harta karun jika tiba-tiba terjumpa pokok keduduk putih dalam hutan. 
Namun, itu semua hanya mitos. Sekarang ini banyak senduduk putih diperoleh dengan mudah jika pergi ke nurseri. Ia juga mudah dibiarkan sama seperti pokok senduduk jenis lain.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://biroteguhnegara.blogspot.com/2021/09/dfe.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Anak Kaya Raya Semasa Bapak Jadi Pm Macamana Pulak

Kalau Anak Kaya Raya Semasa Bapak Jadi Pm Macamana Pulak

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 203 hits
Rakyat berhak anggap PM terima duit haram jika dia kaya selepas jadi PMOleh SITI NUR ZAWANI MISCON September 6 2021Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata seorang perdana menteri tidak boleh menerima duit daripada mana mana pi...
Apa Punya Kerajaan Nak Bagi Percuma Pun Tak Mahu Atau Nak Bagi Kroni Kaya Kot

Apa Punya Kerajaan Nak Bagi Percuma Pun Tak Mahu Atau Nak Bagi Kroni Kaya Kot

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 203 hits
HAMZAH RIE NAPunyalah tak ada achievement kerajaan sekarang ini sehinggakan Khairy turunkan harga home test kit ke RM19 pun disambut secara besaran Harga itu untuk B40 yang ada ramai anak masih terlalu mahal Sedangkan Singapore telah mula b...
Halba Campur Khasiat Halba Untuk Kesihatan

Halba Campur Khasiat Halba Untuk Kesihatan

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 236 hits
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas Apa itu Halba Ia merupakan sejenis pokok rempah yang mempunyai daun berwarna hijau muda dan bunga...
Ketahui 10 Kegunaan Dan Khasiat Kunyit Hitam

Ketahui 10 Kegunaan Dan Khasiat Kunyit Hitam

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 288 hits
Secara umumnya masyarakat biasa hanya mengetahui akan kunyit hitam Agak jarang sekali masyarakat tahu akan kewujudan tumbuhan bernama KUNYIT HITAM atau HALIA HITAM atau TEMU HITAM Nama saintifik bagi tumbuhan herba ini ialah Kaempferia pari...
Anak Susah Makan Nasi Sayur Boleh Buat Potato Rice Ball Cukup Khasiat Siap Boleh Tambah Berat Anak

Anak Susah Makan Nasi Sayur Boleh Buat Potato Rice Ball Cukup Khasiat Siap Boleh Tambah Berat Anak

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 243 hits
Ada anak anak yang susah sangat nak makan nasi dan juga sayur Puas si mama pujuk tapi selalu ditolak Mama boleh cuba resipi potato rice ball yang mana bahan bahanya cukup khasiat Kena lebih kreatif untuk tarik minat si kecil terhadap makana...
5 Bulan Diam Dek Kontroversi Seo Yeji Dilamar Jadi Pewaris Kaya Dalam Drama Tvn Eve S Scandal

5 Bulan Diam Dek Kontroversi Seo Yeji Dilamar Jadi Pewaris Kaya Dalam Drama Tvn Eve S Scandal

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 382 hits
Selepas 5 bulan terpalit kontroversi mengawal bekas kekasih Kim Jung hyun Seo Ye ji dikhabarkan sedang membuat persediaan untuk kembali ke dunia drama ARTIKEL BERKAITAN Terbaru sumber media melaporkan tvN telah menyerahkan skrip drama Eve s...
Padah Hina Penguatkuasa Miskin Cakap Baik Baik Dengan Orang Kaya 2 Wanita Didenda Rm9 262

Padah Hina Penguatkuasa Miskin Cakap Baik Baik Dengan Orang Kaya 2 Wanita Didenda Rm9 262

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 196 hits
Berang ditangkap merokok di luar kawasan dibenarkan Koh Lee Yen dan kawannya Chee Kam Fah melemparkan komen kau selamanya miskin terhadap Asyikah Suri Kamsari yang menjalankan tugas mengeluarkan saman Cakap baik baik dengan orang kaya 2 wan...
Anak Orang Kaya Duduk Hotel Ada Kes Bunuh Ramai Kata Plot The Hotel Sama The Penthouse

Anak Orang Kaya Duduk Hotel Ada Kes Bunuh Ramai Kata Plot The Hotel Sama The Penthouse

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 316 hits
Umum mengetahui bahawa K Drama mempunyai peminat yang ramai di serata dunia Meskipun berbeza bahasa namun ianya tidak menghalang daripada mengumpul ramai penonton antarabangsa kerana plotnya yang unik dan sukar didapati daripada naskhah tem...
Tipu 6 Janda Dengan Berlakon Kaya

Tipu 6 Janda Dengan Berlakon Kaya

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 190 hits
Ketika ini boleh dikatakan ramai masih menggunakan aplikasi cari jodoh untuk mencari pasangan Akan tetapi anda seharusnya berhati hati agar tidak menjadi mangsa penipuan Menurut laporan seorang lelaki berusia 28 tahun dari Garut Jawa Barat ...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada

Pmx Selamat Sampai