Padah Hina Penguatkuasa Miskin Cakap Baik Baik Dengan Orang Kaya 2 Wanita Didenda Rm9 262


Berang ditangkap merokok di luar kawasan dibenarkan (DSA), Koh Lee Yen dan kawannya Chee Kam Fah melemparkan komen "kau selamanya miskin" terhadap Asyikah Suri Kamsari yang menjalankan tugas mengeluarkan saman. 'Cakap baik-baik dengan orang kaya'; 2 wanita didenda buat kenyataan hina pegawai NEA TINDAKAN biadab dua wanita Singapura menghina seorang anggota penguatkuasa republik itu dengan komen kasar mengundang padah apabila kedua-duanya didenda SGD$3,000 (RM9,262) oleh sebuah mahkamah, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu, hari ini.

Beritamediacorp melaporkan, antara kata-kata penghinaan yang dilontarkan dua wanita berusia 50 tahun itu kepada pegawai Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) termasuk:”bercakap baik-baik dengan orang kaya” dan memanggil pegawai itu “perempuan gila”.


Mahkamah diberitahu bahawa, Chee Kam Fah dan Koh Lee Yen merokok di luar pusat beli-belah Lucky Plaza di Orchard Road pada pagi 21 September tahun lalu.

Mereka yang melakukan kesalahan kerana menyalakan rokok di luar kawaan yang ditetapkan kemudiannya dihampiri Asyikah Suri Kamsari, seorang pegawai polis tambahan yang dikerahkan NEA sebagai pegawai penguat kuasa. (Gambar hiasan)

Asyikah ketika kejadian sedang menjalankan tugasnya bersama seorang rakan sekerjanya.

Kedua-dua pegawai itu kemudian meminta butiran Kam Fah dan Lee Yen untuk mengeluarkan saman.

Berang ditangkap merokok di luar kawasan dibenarkan (DSA), Koh Lee Yen dan kawannya Chee Kam Fah melemparkan komen "kau selamanya miskin" terhadap Asyikah Suri Kamsari yang menjalankan tugas mengeluarkan saman. Namun ketika Asyikah memasukkan butiran Kam Fah ke dalam terminal elektronik yang dipegangnya, wanita itu berkata dengan marah: “Gaji kau berapa? 1,000 sahaja sebulan, aku rasa.”


Dia juga berkata: “Cakap baik-baik dengan orang kaya, kau budak miskin”, “Aku bilang kau, kau jalan hati-hati, kau jatuh… jangan langgar kereta” dan “Apa susah, bayar aje, aku ada duit (kata kesat)”.

Lee Yen yang kemudian turut serta berkata: “Kau diam dan minta IC” serta “Kau selamanya miskin, kau tahu ke tidak?”

Dia juga menuduh Asyikah “gadis gila” yang gajinya juga tidak cukup untuk membeli bantal untuk menangis. Dia turut menghina ibu bapa pegawai berkenaan dalam bahasa Kantonis.

Kam Fah kemudian mengeluarkan sekeping nota SGD$1,000 (RM3,087) dan menayangkannya di hadapan muka pegawai itu sambil berkata beliau patut diam sahaja dan mengambil wang tersebut.

Tanpa disedari kedua-dua wanita itu, semua tindakan mereka dirakam menerusi kamera lekap tubuh Asyikah.

Sementara itu, Pegawai Pendakwa Negara Nasri Haron meminta denda S$3,000 hingga S$4,000 bagi setiap wanita itu.

Beliau memberitahu mahkamah, serangan lisan itu “meleret dan berakhir dengan penghinaan serta menjatuhkan maruah mangsa”, yang sekadar menjalankan tugasnya.
Kedua-dua wanita berkenaan yang tidak diwakili peguam berkata dalam rayuan masing-masing bahawa mereka berada dalam keadaan tertekan ketika itu.

Kam Fah melalui seorang jurubahasa berkata, Asyikah “tiba-tiba berjalan ke arah saya jadi pada ketika itu, saya tidak tidak tentu arah”.

Katanya, dia seorang ahli perniagaan dan amat tertekan akibat pandemik Covid-19.

Apabila Hakim Daerah Asbendar Kaur bertanya Lee Yen mengapa kawannya melayangkan nota SGD$1,000, wanita itu berkata mereka menyangka boleh membayar saman pada ketika itu juga.

Dia mendakwa pernah ditangkap membuang puntung rokok sebelum ini dan membayar denda S$300.

Dakwanya lagi ada dua lelaki lain yang merokok di luar kawasan yang dibenarkan tetapi Asyikah “melepaskan mereka begitu sahaja”.

“Sebab itu saya menggunakan bahasa seperti ini. Saya juga tidak suka menggunakan bahasa begini.”


Hakim memberitahu mereka bahawa isu tekanan bukannya alasan untuk mereka berkelakuan sedemikian.

Kedua-duanya boleh didenda sehingga SGD$5,000 atau dipenjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.

Kongsikan artikel ini:

***Jangan lupa langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/09/padah-hina-penguatkuasa-miskin-cakap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cakap Baik Tentang Pm Dan Kerajaan Umno

Cakap Baik Tentang Pm Dan Kerajaan Umno

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 253 hits
Ada yang pm aku supaya cuba selitkan kebaikan kerajaan yang baru terbentuk ini bagi peluang Sebagi balasan aku minta idea dia apa kebaikannya katanya Ismail sendiri bersih Apa yang bersih aku tanya dia Dia datang dari kerajaan yang gagal an...
Lebih Baik Buktikan Dari Banyak Cakap

Lebih Baik Buktikan Dari Banyak Cakap

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 265 hits
Nor HishamKita nak lihat pemimpin yang banyak berkerja bukan banyak bercakap pas sudah berjaya bentuk kerajaan perkasakan Islam dengan kadar segera sebelum tumbang ruu 355 hudud yang di politikkan selama ni pas harus buktikan sekarang untuk...
Wanita Didenda Rm17 000 Kerana Memberi Makan Kepada Burung

Wanita Didenda Rm17 000 Kerana Memberi Makan Kepada Burung

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 163 hits
Seorang wanita telah didenda sebanyak RM17 000 baru baru ini kerana sering memberi makan kepada burung sehingga menimbulkan rasa kurang senang oleh jirannya Irene Webber membuat tindakannya menjadi sebab kawasan perumahan mereka di Minehead...
Sering Di Ganggu Wanita Terkejut Rumah Sewa Yang Di Diami Merupakan Rumah Seorang Bekas Bomoh

Sering Di Ganggu Wanita Terkejut Rumah Sewa Yang Di Diami Merupakan Rumah Seorang Bekas Bomoh

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 238 hits
Terbaru seorang wanita iaitu Nazira Frijand Ali melalui Kelab Cerita Hantu Malaysia ada berkongsi satu pengalaman seram yang dilaluinya sepanjang menetap di sebuah rumah sewa yang pernah berlaku kes pembunuhan dimana mayat dipercayai telah ...
Melindungi Kakak Daripada Jatuh Dan Cedera Wanita Kurung Kakak Oku Dalam Sangkar Penuh Najis Dan Ular

Melindungi Kakak Daripada Jatuh Dan Cedera Wanita Kurung Kakak Oku Dalam Sangkar Penuh Najis Dan Ular

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 134 hits
Di Pennsylvania seorang wanita dihukum penjara sekitar dua tahun selepas mengaku bersalah dengan bertindak mengurung dan mengabaikan kakaknya yang berkeperluan khas Menurut laporan wanita terbabit dipercayai telah mengurung kakaknya di dala...
27 Ucapan Selamat Hari Jadi Untuk Isteri Awek Kekasih Tunang Dan Teman Wanita

27 Ucapan Selamat Hari Jadi Untuk Isteri Awek Kekasih Tunang Dan Teman Wanita

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 595 hits
1 Ucapan Selamat hari Jadi Untuk Isteri Awek Kekasih Tunang Dan Teman WanitaSayang terima kasih Kerana engkau selalu menemaniku di saat aku senang ataupun duka Ku sangat menyayangimu Happy Birthday My Wife 2 Ucapan Selamat hari Jadi Untuk I...
Wanita Curi Perhatian Ketika Naik Pesawat

Wanita Curi Perhatian Ketika Naik Pesawat

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 177 hits
Seorang wanita mencuri perhatian dalam media sosial kerana hanya mengenakan bikini ketika menaiki pesawat di Amerika Syarikat Kejadian itu dimuat naik dalam Instagram sehingga meraih ribuan tontonan warga maya Wanita itu memakai bikini berw...
Wanita Rawat Pesakit Diganggu Jin Secara Online

Wanita Rawat Pesakit Diganggu Jin Secara Online

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 173 hits
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai mustakim ismail dia telah memuat naik semula satu video seorang peramal perubatan alternatif sedang melakukan ritual secara atas talian Menerusi video yang diko...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor