Pokok Moringa Kaya Khasiat

Heboh tentang pokok moringa yang dikatakan kaya khasiat untuk penyakit berbahaya. Pokok moringa kaya khasiat itu sebenarnya bukan sukar diperoleh. Mudah ditanam dan tidak sukar penjagaannya.
Pokok moringa dikenali dengan banyak nama di Malaysia seperti rembungai, remunggai, lemunggai, merunggai, gemunggal, murungai, pokok kelor dan beberapa nama lain mengikut tempat.
Apakah yang menarik dengan pokok moringa ini? Sebenarnya pokok moringa ini sangat menarik dan mempunyai begitu banyak khasiat yang tersendiri dalam perubatan dan kesihatan manusia.
Mungkin anda pernah melihat pokok ini di sekitar kawasan rumah anda kerana pokok moringa ini sering tumbuh di mana-mana sahaja walaupun kawasan tanah yang tidak mempunyai sumber air yang banyak.
Di sesetengah tempat pokok ini ditanam secara meluas untuk membuat berbagai jenis ubat dan beberapa produk untuk kesihatan.
Di negara kita daun, akar dan buah pokok moringa ini banyak kegunaannya dijadikan herba perubatan begitu juga kacang atau buah moringa yang digunakan dalam masakan seperti sayur goreng, masak lemak cili padi, digoreng bersama telur, kari dan banyak lagi jenis masakan yang dicampurkan dengan daun ini yang mampu menyedapkan masakan itu selain mempunyai kandungan nutrisi yang sangat tinggi.
Daun moringa segar setanding dengan 7 kali Vitamin C yang terdapat pada buah oren dan 4 kali Vitamin A yang terdapat pada lobak merah.
Daun moringa juga kaya dengan kalsium iaitu kira-kira 4 kali ganda kalsium yang tinggi seperti yang ada pada susu. Kandungan kalium yang sangat tinggi 3 kali ganda yang terdapat pada pisang.
Daun moringa mempunyai dua kali ganda protein seperti yogurt.
Manakala daun moringa kering setanding dengan 10 kali ganda Vitamin C yang ada pada buah oren. Setanding dengan 10 kali ganda Vitamin A yang ada pada lobak merah.
Daun moringa kering juga mempunyai 17 kali ganda kalsium yang tinggi yang ada pada susu. Mempunyai 15 kali ganda kalsium yang tinggi yang ada pada pisang. Setanding dengan 8 kali ganda protein yang ada pada yogurt.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bicaramentari.blogspot.com/2019/09/mor.html