Pokok Kurma Kelantan Berbuah Lebat


Oleh TOREK SULONG ZULKIFLE Ali menunjukkan pokok kurma Ajwa yang mula berbuah di halaman rumahnya di Alor Hijau, Pasir Puteh, Kelantan. – UTUSAN/TOREK SULONGPASIR PUTEH: Ramadan ini lebih istimewa bagi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seli­sing, Zulkifle Ali apabila dua daripada 13 pokok kurma Ajwa yang ditanam di halaman rumahnya di Alor Hijau, di sini empat tahun lalu berbuah lebat.
Menurut Zulkifle, pokok-po­kok kurma tersebut pada mulanya hanya ditanam bagi tujuan hiasan, namun, sebahagian daripadanya mengeluarkan buah buat pertama kali pada Ramadan tahun lalu.
“Tahun ini, dua daripada pokok itu mula berbunga sekali lagi pada bulan Rejab lalu dan masuk sahaja bulan Ramadan, empat daripada mayang pokok-pokok tersebut sudah mengeluarkan gugusan buah yang lebat.
Buat masa sekarang, buah kurma ini masih hijau dan mungkin mengambil masa dalam dua bulan lagi untuk masak dan boleh dipetik,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya yang digelar Darul Nur Sya semalam.
Menurut Zulkifle, kesuburan pokok kurma bergantung kepada keadaan cuaca iaitu keada­an panas terik dan kemarau panjang sebagaimana dialami di Kelantan ketika ini.
“Pokok kurma mempunyai jantina iaitu ada pokok jantan dan pokok betina. Kedua-dua jenis pokok menghasilkan bunga tetapi tidak menghasilkan sebarang aroma untuk menarik serangga bertindak sebagai agen pendebungaan.
“Pencantuman bunga jantan dan betina mesti dilakukan sendiri bermula tiga hingga 30 hari setelah bunga-bunga betina keluar dari mayang pokok,” katanya sambil memberitahu hanya pokok kurma betina berbuah manakala pokok jantan hanya membekalkan debunga sahaja.
Bagi mengelak mayang dipenuhi buah tersebut patah atau buah gugur sebelum matang, Zulkifle mengikat semua tangkai utama kurma dengan tali kepada pelepah yang berdekatan bagi menampung beratnya .
“Pada tahun lalu, buah kurma yang masak saya bahagi-bahagikan kepada saudara dan jiran terdekat untuk sama-sama menikmati kemanisan buah kurma sunnah Rasulullah ini.
“Pokok kurma berbuah ha­nya setahun sekali dan Ramadan kali ini memberi kegembiraan kepada saya sekeluarga kerana kami sekali lagi dikurniakan rezeki buah yang lebat oleh Allah SWT,” katanya.- UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/pokok-kurma-kelantan-berbuah-lebat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Some Remain Indifferent Of Sop Despite Rising Covid 19 Cases In Kelantan

Some Remain Indifferent Of Sop Despite Rising Covid 19 Cases In Kelantan

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 404 hits
There are still some who seem to be indifferent to as well as ignoring the standard operating procedure in public places despite the rising number of Covid 19 cases in Kelantan Kelantan police chief Shafien Mamat said a survey conducted at ...
Percik Ikan Kembung Sedak Dooh Resipi Ori Kelantan Kuah Santannya Terbaik

Percik Ikan Kembung Sedak Dooh Resipi Ori Kelantan Kuah Santannya Terbaik

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 464 hits
Apa nak masak hari ni Kadang tu fikir menu lagi susah daripada nak buat keputusan Akhir sekali tetap juga pilih menu yang sama Ok untuk bagi idea pada ibu ibu nak masak lauk apa resipi percik ikan kembung Kelantan wajib cuba Resipi ikan per...
Hari Pasar Di Kelantan

Hari Pasar Di Kelantan

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 372 hits
Harun A Bakar menerapkan teknik pointilisme iaitu titik titik warna yang kecil digunakan dalam karya ini Langit biru dan pemandangan cerah menunjukkan suasana pagi yang meriah Orang ramai sibuk ke sana sini di dalam pasar berpakaian warna w...
Sewa Dulang Par Kosong Eksklusif Kelantan

Sewa Dulang Par Kosong Eksklusif Kelantan

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 411 hits
Salam Hi untuk bakal bakal pengantin khususnya di kawasan Kelantan Saya ada menyediakan perkhidmatan sewa dulang par kosong Dulang eksklusif besi juraian kristal mengikut trend terkini tanpa gubahan seperti dibawah DULANG A gold metal mirro...
Masjid Surau Seluruh Kelantan Ditutup Mulai Esok

Masjid Surau Seluruh Kelantan Ditutup Mulai Esok

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 212 hits
Oleh ROSLIZA MOHAMED Masjid dan surau di seluruh Kelantan ditutup untuk solat Jumaat solat fardu dan tarawih bermula esok GAMBAR HIASANKOTA BHARU Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan mengarahkan semua masjid mukim dan surau ...
Awani Ringkas Lagi Lokaliti Di Kelantan Dikenakan Pkpd Sop Bazar Ramadan Batu Buruk Dipantau

Awani Ringkas Lagi Lokaliti Di Kelantan Dikenakan Pkpd Sop Bazar Ramadan Batu Buruk Dipantau

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 280 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini S...
Kelantan Hospitals Quarantine Centres Nearly Full

Kelantan Hospitals Quarantine Centres Nearly Full

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 215 hits
Beds for Covid 19 patients in hospitals and six quarantine and treatment centres in Kelantan are almost filled up following a sharp spike of positive cases over the last few days Five existing PKRC recorded between 79 and 103 percent occupa...
Covid 19 2k Cases For Fourth Consecutive Day New Record In Kelantan

Covid 19 2k Cases For Fourth Consecutive Day New Record In Kelantan

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 308 hits
COVID 19 The Health Ministry today reported 2 195 new Covid 19 cases the fourth consecutive day where daily fresh infections are above 2 000 Sarawak topped the chart with 508 new Covid 19 cases The state reported the most number of fresh in...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Top Marketing Strategies For Buzz

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah

Persediaan Persekolahan

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Tutorial Popular Post Yang Stylo

Teka Teki Benda Uk

Bebas Lampin Pakai Buang Di Usia 5 Tahun

Google Family Link Brings New Supervision Tools For Parents

Persatuan Ibu Tunggal Amanah Ikhtiar Koperasi

Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity