Percik Ikan Kembung Sedak Dooh Resipi Ori Kelantan Kuah Santannya Terbaik
Apa nak masak hari ni? Kadang tu fikir menu lagi susah daripada nak buat keputusan. Akhir sekali tetap juga pilih menu yang sama. Ok untuk bagi idea pada ibu-ibu nak masak lauk apa, resipi percik ikan kembung Kelantan wajib cuba.
Resipi ikan percik ini memang sedap. Satu lauk ni pun dah boleh buatkan makan nasi bertambah. Ia juga menu wajib bulan puasa. Jika anak-anak suka ayam, boleh gunakan kuah percik ini untuk ayam. Cara buatnya sama saja.
Nak tahu betul-betul sedap atau tak resipi ni, kena cuba buat dulu. Mesti dapat pujian daripada suami dan anak-anak. Bagi memudahkan anda, dikongsikan resipi lengkap Puan Suhasnida Ismail.
PERCIK IKAN KEMBUNG SEDAK DOOH
Bahan A: Perap Ayam/Ikan
8 ulas bawang putih
3 batang serai
1inci halia
1 tbsp cili kering kisar
2 inci kunyit hidup
sedikit serbuk perasa
1tbsp garam
1/2 tbsp jintan manis
secubit belacan (pilihan)
sedikit air untuk blend
Bahan B: Bahan Kuah
8 biji bawang merah siaiz 50sen
2 ulas bawang putih
sehiris halia
1 tbsp ketumbar biji (sangai)
secubit belacan
3 tbsp cili kering
900ml santan pekat
2 hiris asam limau/asam keping
Bahan C: Bahan Perasa
2 tbsp garam bukit
2 tbsp gula pasir
2 tbsp gula kabung thai
sedikit serbuk perasa (pilihan)
Cara Penyediaan:
1. Kisar bahan A dan lumur pada ikan dan perap sejam
2. Jika guna ayam, lumur pada ayam dan rebus sekejap ayam di atas dapur dengan sedikit santan sehingga separuh masak
3. Blend bahan B dan masukkan dalam periuk
Masukkan cili kering kisar/ cili boh
4. Masukkan santan pekat dan bahan perasa
Masukkan santan pekat dalam bahan yang diblend tadi
Masukkan garam dan gula
5. Masak sampai mendidih & pekat
Picit sedikit asam limau
Masukkan sedikit gula kabung untuk menambahkan kesedapan kuah percik
Kuah percik yang siap masak. Cantik kejadiannya.. (Tip: Tak nak kuah santan berketul, mesti kacau-kacau ketika memasaknya)
6. Bakar ikan atau ayam sampai masak
7. Salut kuah percik pada ikan atau ayam dan bakar. Buat 4x salutan baru percik lagi bertambah sedap
Kalau percik ayam rebus kejap dengan rempah perap + santan. Ini bagi mudah dan cepat masak sampai ke dalam isi bila bakar
8. Kuah percik ni dapat untuk 5 ekor ikan, 1 ekor setengah ayàm saiz 2 kg.
Selamat Mencuba.
Kredit Resipi: Suhasnida Ismail
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Percik Ikan Kembung Sedak Dooh! Resipi Ori Kelantan, Kuah Santannya Terbaik appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/percik-ikan-kembung-sedak-dooh-resipi-ori-kelantan-kuah-santannya-terbaik/