Pok Su Mie Oku Tanpa Tangan Gigih Usahakan Ternakan Ikan Keli


BH ONLINE Orang Kelainan Upaya (OKU) Rahim Yusoff, 54, atau lebih dikenali sebagai Pok Su Mie mengambil beberapa ekor ikan keli yang dipesan pelanggannya dengan menggunakan penyauk ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Pangkal Gong, Machang, Kelantan. - Foto BERNAMA MACHANG: Meskipun dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan, Rahim Yusoff, tidak mahu terus berpeluk tubuh mengenangkan nasib dirinya, malah berusaha mencari rezeki halal bagi menyara keluarganya.
Rahim, 54, yang lebih mesra dikenali sebagai Pok Su Mie berkata beliau beralih angin untuk mengusahakan ternakan ikan keli selepas pendapatannya sebagai tukang jahit merosot susulan penularan wabak COVID-19 di negara ini.
"Sejak penularan COVID-19 pada Mac lalu, pendapatan saya sebagai tukang jahit sangat merosot sehingga untuk mendapatkan sekitar RM100 sebulan hasil menjahit pun amat memeritkan berbanding sebelum ini, saya mampu memperoleh sekitar RM20 sehari.
"Disebabkan itu, saya terpaksa mencari alternatif lain dengan menternak ikan keli bagi menampung isteri Noraidah Hamzah, 46 yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal serta tiga anak berusia antara lapan hingga 17 tahun," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Pangkal Gong di sini, baru-baru ini.
Bercerita lanjut, Pok Su Mie berkata idea untuk menternak ikan air tawar berkenaan timbul apabila beliau melihat gelung simen yang terbiar di kawasan sekitar rumahnya.
"Sebanyak 14 gelung simen yang berada di kawasan sekitar rumah saya ini digunakan bagi menahan pasir sebagai benteng, namun ia seakan-akan terbiar begitu sahaja.
"Bagi memanfaatkannya, pada awal September lalu saya membeli 300 benih ikan keli berharga 20 sen setiap satu dan 100 benih ikan tilapia berharga lima sen yang dibeli daripada Jabatan Perikanan Kuala Krai yang menelan modal permulaan sekitar RM300 termasuk kelengkapan untuk menternak ikan," katanya.
Bagaimanapun, usaha penternakan ikan air tawar beliau itu berdepan masalah sehingga menyebabkan ikan-ikan ternakannya mati.
Belajar daripada kegagalan itu, Rahim mengikuti kursus aquaponik yang dijalankan Persatuan Pertanian Kelantan (Alami) secara percuma yang disediakan buat golongan OKU untuk mengusahakan penternakan ikan.
"Saya menternak ikan tanpa mengetahui selok-belok penternakan sehingga menyebabkan kira-kira sekitar 250 ikan keli dan ikan tilapia yang dipelihara mati, namun ia tidak mematahkan semangat saya.
"Malah, saya juga mendapati penjagaan ikan tilapia agak rumit dan sensitif berbanding ternakan ikan keli memandangkan ia memerlukan air yang sentiasa bersih, jadi bagi mengelak daripada terpaksa menanggung kerugian, saya mengambil keputusan tidak lagi menternak ikan tilapia," katanya.
Rentetan itu, beliau menyediakan peruntukan sebanyak RM80 untuk membeli pelet makanan ikan keli untuk stok sehingga tiga bulan bagi 300 ekor ikan yang diternaknya, selain perlu mencuci air ternakan ikan, setiap dua hari.
Pok Su Mie berkata, selepas melihat potensi ternakan ikan keli yang mampu memberi pulangan yang memberangsangkan, beliau menambah sebanyak 700 benih ikan keli pada pertengahan November lalu.
"Hasil ternakan ikan keli peringkat pertama saya mampu menjual hampir 200 ekor ikan keli iaitu sekitar 15 kilogram kepada penduduk sekitar pada RM7 sekilogram.
"Melihat kepada pasaran jualan ia sekali gus memberikan semangat kepada saya untuk mengembangkan ternakan ikan keli ini dan saya merancang menternak ikan patin dalam tempoh terdekat," katanya yang turut menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM450 dan isterinya RM350.
Seorang pembeli, Zulkifli Abdul Rahman, 52 berkata beliau sering mendapatkan bekalan ikan keli daripada Pok Su Mie untuk dimasak dengan pelbagai menu.
"Saya sering mendapatkan bekalan ikan dari Pok Su Mie untuk membantu beliau sedikit sebanyak dapat menampung keluarganya. Malah, ikan air ternakannya juga kurang bau hanyir berbanding ikan ternakan air tawar yang dibeli di kedai," katanya. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/pok-su-mie-oku-tanpa-tangan-gigih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Goreng Ikan Keli Campur Eno Elak Meletup

Cara Goreng Ikan Keli Campur Eno Elak Meletup

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 457 hits
Salam PKP semua Macam mana pkp fasa 2 ni Dah serasi ke belum Kalau rasa stress pergerakan terbatas maka duduk rumah bagi yang tiads keperluan untuk keluar Sekarang dah ada ura ura jika statistik kes masih tinggi febuari akan di kenakan lock...
5335 Sabella Holding Redah Air Gigih Salur Bantuan Ribuan Pakaian Buat Mangsa Banjir Johor Siakap Keli 27 01 2021

5335 Sabella Holding Redah Air Gigih Salur Bantuan Ribuan Pakaian Buat Mangsa Banjir Johor Siakap Keli 27 01 2021

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 337 hits
Banjir baru baru ini telah melanda beberapa buah negeri di Pantai Timur dan Selatan Malaysia telah menjejaskan ribuan penduduk di sana Peristiwa hitam ini memberi impak besar kepada penduduk setempat selain risiko banjir mereka turut terded...
Ikan Gerut Masak Lemak Cili Api

Ikan Gerut Masak Lemak Cili Api

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 1020 hits
Ikan Gerut Masak Lemak Cili Api Sedapnya ikan gerut ni bila dimasak dalam menu lemak cili api Isi ikan gerut tidaklah terlalu lembik tetapi kenyal lembut Isi dagingnya berwarna putih dan sesuai juga dimakan bagi orang yang sedang diet Ikan ...
Singgang Ikan Thai

Singgang Ikan Thai

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 424 hits
Singgang Ikan ThaiBy Kak Wan ResipicitarasawanBahan bahan1 keping kepala ikan di belah dua3 ulas bawang merah di ketuk2 ulas bawang putih di ketuk1 2 inci lengkuas di ketuk1 2 sudu kecil serbuk kunyit2 batang serai di ketuk6 tangkai cili pa...
Resepi Dan Cara Masak Ikan Dory Kam Heong

Resepi Dan Cara Masak Ikan Dory Kam Heong

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 651 hits
Memang jemu kan hari hari nak kena fikir resepi masakan untuk keluarga ni Bila ulang menu yang sama jadi kurang berselera dah Kadang kadang nak juga tukar tukar selera Teringin pula nak mencuba resepi resepi baharu orang sekarang ni Dari pe...
Resepi Sambal Toku A Tauhu Ikan Bilis Sesuai Citarasa

Resepi Sambal Toku A Tauhu Ikan Bilis Sesuai Citarasa

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 874 hits
Resepi Sambal Toku a tauhu Ikan bilis Sesuai CitarasaKepada peminat tauhu resepi kali ini datang lagi dengan masakan tauhu yang sesuai dengan citarasa anda
Kari Ikan Merah Pkpb Day 5 2021

Kari Ikan Merah Pkpb Day 5 2021

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 469 hits
17 JAN 2021 PKPB DAY 5Hari ni kita buat kari ikan merah ulam salad sama sawi gu kan dengan sambai nyoq jadilah habuan tekak anak beranak Ciksu suka kuah kari yang cayaq sikittttt dan rasa masam masam pedas sebab nak hirup kuah dia Hangpa ma...
Sekali Lagi Makan Di Nurul Ikan Bakar Special Di Sungai Petani

Sekali Lagi Makan Di Nurul Ikan Bakar Special Di Sungai Petani

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 857 hits
Ni kali kedua aku terjah makan di restoran Nurul Ikkan Bakar Special di Sungai Petani Kedah Restoran Nurul Ikan Bakar Special Sungai Petani Memang tidak mengecewakan makan di sini Ada satu lagi Restoran Nurul Ikan Bakar Special yang terleta...
Petua Buat Ikan Masin Homemade Yang Sedap Tahan Lama Tak Hapak

Petua Buat Ikan Masin Homemade Yang Sedap Tahan Lama Tak Hapak

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 357 hits
Ikan Masin sesuai dimasak dengan pelbagai gaya hidangan Selain goreng ia boleh dimasak sambal acar gulai kari dan sebagainya Namun agak sukar untuk mendapatkan produk yang dihasilkan oleh orang Muslim Jadi untuk mengelakkan rasa was was pua...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden

Penyanyi Sambilan Dibunuh Disyaki Kerana Cemburu

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti

Lebih Rm100 Juta Disita Sprm Daripada Rumah Bekas Pegawai Kanan Ismail Sabri

18 Malaysian News Tiktok Accounts Mysteriously Vanish Here S What We Ve Learned

Jom Tengok Majlis Pelancaran Takwim Kejohanan Sukan Sekolah Malaysia