Pnbbc Sepakat Undi Lulus Belanjawan 2021 Esok

KUALA LUMPUR: Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) dan  beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sebulat suara menyatakan  sokongan padu bagi meluluskan Belanjawan 2021 esok.
Dalam kenyataan hari ini, PNBBC memaklumkan keputusan itu dibuat  secara kolektif semua Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) dengan  mengetepikan segala perbezaan, demi memastikan kelangsungan dan  kesejahteraan rakyat serta ketahanan ekonomi.
“Keutamaan kami adalah menghadapi krisis pandemik Covid-19  demi kesejahteraan rakyat. Kami juga akan memberi komitmen, sokongan dan  kepercayaan penuh terhadap kepimpinan Ahli Parlimen Pagoh Muhyiddin  Yassin sebagai perdana menteri,” menurut kenyataan itu.
PNBBC terdiri daripada Barisan Nasional (BN), PPBM, PAS, STAR, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan bebas.
Nasib Rang Undang-undang Perbekalan 2021 sama ada akan diluluskan  atau tidak, akan diketahui esok selepas sembilan baki menteri selesai  membuat penggulungan bagi kementerian masing-masing.
Belanjawan 2021 merupakan belanjawan pertama kerajaan PN bawah  pimpinan Muhyiddin sebagai perdana menteri selepas mengambil alih  kerajaan pusat Mac lepas, dengan RM322.5 bilion diperuntukkan bawah  belanjawan berkenaan untuk perbelanjaan negara tahun hadapan.
Sementara itu, beberapa gabungan NGO Melayu dan Islam hari ini  menyerahkan memorandum kepada wakil ahli Dewan Rakyat menuntut mereka  menyokong dan seterusnya meluluskan pembentangan Belanjawan 2021.
Antara gabungan NGO itu adalah Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Majlis  Perundingan Melayu (MPM), Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) dan Majlis  Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM).
Pengerusi Biro Politik MPM Shahbudin Embun berkata, memorandum itu  juga dibuat selaras titah Yang di-Pertuan Agong yang menasihati ahli  Dewan Rakyat memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021 demi  kesejahteraan rakyat dan pemulihan ekonomi negara yang terkesan akibat  Covid-19.
“Kami mewakili lebih 1,000 NGO Islam dan Melayu sepakat  menuntut kepada seluruh ahli Dewan Rakyat sama ada pembangkang atau  kerajaan memberi sokongan penuh serta meluluskan Belanjawan 2021 yang  sedang dibahaskan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Shahbudin berkata, memorandum itu diserahkan kepada Ketua Whip PKR,  Johari Abdul dan Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan PN, Mohd Fasiah  Mohd Fakeh pada 10.45 pagi tadi.
MR : UMNO nak lihat reaksi rakyat... Tapi rakyat nak kenal siapa dalam UMNO yang 'buat onar'. Kesannya facebooker PAS-UMNO dah menyerang satu sama lain. Siapa untung?
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/11/pnbbc-sepakat-undi-lulus-belanjawan.html