Pn Tanding Pru16 Tanpa Poster Boy


 


20 September 2025


Meskipun Muhyiddin Yassin minggu lalu mengatakan mesyuarat PN akan diadakan dalam waktu terdekat bagi memuktamadkan calon PM11, perkara itu kemungkinan besar tidak akan berlaku.


Kalau pun ada mesyuarat PN diadakan, tiada mana-mana pemimpin, baik daripada Bersatu mahu pun PAS, akan dinamakan sebagai calon PM11 untuk mewakili gabungan itu bagi menghadapi PRU16 akan datang.


Ini bermakna, bakal PM11 jika PN berjaya memenangi PRU16 akan datang adalah terbuka dan hanya akan diputuskan setelah kemenangan berada dalam genggaman.


PAS terutamanya, difahamkan akan kekal komited dengan kaedah untuk memastikan kemenangan diperolehi terlebih dahulu sebelum calon PM11 hendak diputuskan.


Dipercayai PAS akan cuba meyakinkan Bersatu berpendirian yang sama dan tidak berbalah terlalu awal mengenai siapa yang patut jadi Perdana Menteri.


Keadaan ini menjadikan semua calon PM11 daripada PN seperti Muhyiddin, Hamzah Zainuddin, Tuan Ibrahim Tuan Man, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Sanusi Mohd Nor atau lain-lain pemimpin, masih terbuka peluang untuk dikemukakan nama mereka kepada Istana Negara sebagai bakal Perdana Menteri setelah kemenangan diperolehi nanti.


Dipercayai, langkah tidak menamakan mana-mana pemimpin sebagai “poster boy” ini adalah dipercayai untuk mengelakkan serangan awal daripada pihak lawan terhadap PN.


Dengan tiada sesiapa dinamakan sebagai calon PM11 atau “poster boy”, ini menjadikan tiada serangan lawan tertumpu secara khusus kepada calon tertentu.


Berbanding Anwar Ibrahim yang sudah tentu akan menjadi “poster boy” kerajaan madani, mahu tidak mahu, beliaulah yang dijadikan sasaran utama PN sepanjang kempen PRU nanti.


Tetapi, serangan kerajaan madani kepada PN akan menjadi serangan rambang lantaran tiada pemimpin tertentu dinamakan sebagai calon PM11.


Ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada PN sepanjang tempoh berkempen.


Selain itu, dengan konsep terbuka tersebut, semua pemimpin yang berhajat jadi Perdana Menteri atau merasakan diri mereka layak, pastinya juga akan lebih bekerja keras menggerakkan jentera serta mengeluarkan belanja untuk kos kempen pilihan raya demi memastikan kemenangan dapat diperolehi.


Akhirnya, yang dapat manfaat lebih besar dengan bertambah potensi untuk menang pilihan raya ialah parti.


Dalam hal ini, walaupun Bersatu telah meluluskan usul menamakan Muhyiddin sebagai calon PM11, nama beliau dipercayai tidak akan diketengahkan sepanjang kempen PRU16 akan datang atas persetujuan semua parti dalam PN.


Mesyuarat PN akan datang dipercayai akan membuat keputusan agar semua parti komited untuk  memenangi PRU16 dengan sentiasa mengukuhkan perpaduan dan mengurangkan pergeseran sesama sendiri.


Calon PM11 bukanlah keutamaan sehinggalah kemenangan berjaya diperolehi.


Bagi PN, kemenangan PRU16 yang sekarang sudah mula dapat dirasai tidak harus digugat dengan perselisihan remeh yang memberi ruang pihak lain mengambil kesempatan. – ShahbudinHusin 20Sept2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/09/pn-tanding-pru16-tanpa-poster-boy/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/09/pn-tanding-pru16-tanpa-poster-boy.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Poster Boy Pas Cari Calon Luar Lori

Poster Boy Pas Cari Calon Luar Lori

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 1698 hits
Mohsin AbdullahRakyat mahu tahu siapa calon PM dari PN tetapi PAS terus mengelak meskipun usul Pemudanya sudah mendesak pimpinan Kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man partinya mengambil pendirian bersabar dalam isu calon perdana ...
Bersatu Puts Forward Poster Boy For Voters To Evaluate Tun Faisal

Bersatu Puts Forward Poster Boy For Voters To Evaluate Tun Faisal

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 624 hits
Bersatu believes it is necessary to showcase a poster boy for the 16th general election so the public can assess the figure nominated to shoulder the people s mandate The party s information chief Tun Faisal Ismail Aziz said this was why th...
Boy Or Girl Weird Conceiving Tips From An Online Post Sparks Debate

Boy Or Girl Weird Conceiving Tips From An Online Post Sparks Debate

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 490 hits
UNDOUBTEDLY newly weds and young couples have a grand vision of how they want their family to be The magic number nowadays is definitely one daughter and one son to complete the set But is it really within our control Since the selection pr...
Boy Mauled By Dog In Kajang To Undergo Second Surgery

Boy Mauled By Dog In Kajang To Undergo Second Surgery

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 449 hits
This screengrab from a viral video shows the child running home after the attack KAJANG The six year old boy who was mauled by a dog in Taman Megah on Wednesday is scheduled for further surgery District police chief Assistant Commissioner N...
Missing Boy Found On Kesas Highway Reunited With Family

Missing Boy Found On Kesas Highway Reunited With Family

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 1154 hits
The teenage boy has been safely reunited with his mother yesterday two days after the incident SERDANG A teenage boy with autism who was found alone on the Shah Alam Expressway last Friday night was safely reunited with his mother yesterday...
Takut Tanding Solo Kot Cover Line

Takut Tanding Solo Kot Cover Line

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 1226 hits
Ustaz Ridwan Seorang pemimpin tak sayugia sentiasa ber seloroh dalam kenyataan dan juga ucapan penting Tak tau la kalau Wan Roslan anggap ucapan di Muktamar hanyalah setaraf pentas raja lawak Kesan seloroh seorang pemimpin akan memberi kesa...
Menjelang Pru16 Pas Naik Taraf Tabung Tin Milo Kepada Tong Drum

Menjelang Pru16 Pas Naik Taraf Tabung Tin Milo Kepada Tong Drum

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 510 hits
Malaysiakini nbsp Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata partinya sudah menggerakkan kutipan derma sebagai persediaan menjelang pilihan raya umum ke 16 akan datang Idris yang juga pesuruhjaya PAS Perak dan bekas menteri berkata jentera PN di...
Pas Rancang Tanding Bersendirian Menggunakan Logo Sendiri Senang Nak Join Kerajaan Nanti

Pas Rancang Tanding Bersendirian Menggunakan Logo Sendiri Senang Nak Join Kerajaan Nanti

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 958 hits
PN TANDING PRU16 TANPA POSTER BOY 20 September 2025Meskipun Muhyiddin Yassin minggu lalu mengatakan mesyuarat PN akan diadakan dalam waktu terdekat bagi memuktamadkan calon PM11 perkara itu kemungkinan besar tidak akan berlaku Kalau pun ada...
Pru16 Tin Milo Tak Cukup Pas Upgrade Ke Tong Drum Gegar Pilihan Raya Idris Ahmad

Pru16 Tin Milo Tak Cukup Pas Upgrade Ke Tong Drum Gegar Pilihan Raya Idris Ahmad

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 529 hits
Naib Presiden PAS Datuk Idris Ahmad berkata partinya sudah menggerakkan kutipan derma sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke 16 Idris yang juga Pesuruhjaya PAS Perak menjelaskan jentera Perikatan Nasional kini mula digerakkan le
Bersatu Pahang Aman Dan Damai Abdul Khalib Nafi Laporan Sebuah Portal Yang Mendakwa Beliau Mahu Sertai Pas

Vietnam Tutup Lapangan Terbang Siap Sedia Hadapi Taufan Bualoi

Rahsia Nasi Kekal Segar Dari Pagi Hingga Malam

Resipi Kek Cupcake Apam Chocolate Moist Tiktok Iena Bakery

Lunch Dengan Ikan Puput Goreng

Budi95 Ternyata Menjimatkan Terima Kasih Kerajaan Warga Atm

Cuba Pilih Mana Daun Sirih

Cuepacs Calls For Safety Audit On Schools After Boy Falls Into Sewer Pit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Onoplus 15 Onoplus Top 46 By Marina

Prep Daging Menu Sihat

8 Kali Jantung Terhenti Seolah Olah Tak Ada Harapan Kongsi Buat Solat Hajat Untuk A Aida Kebaikan Ameng Dipuji Netizen

Sopan Dan Cantik Erissa Puteri Dan Gadis Veil Viral Diraikan Dalam Majlis Resepsi Di Kelantan Netizen Puji

Rafizi Musuh Politik Dalam Pkr Label Saya Kuat Merajuk

Pelaburan Serendah Rm100 Sebulan Ini 3 Cara Anda Boleh Mula