Kedudukan Musuh Zahid Hamidi Sebagai Calon Belum Terjamin Walau Ada Yang Cuba Cium Tangannya


 
Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan tiada unsur balas dendam dalam pemilihan calon bagi PRU15 akan datang ini.
Katanya, pemilihan calon kali ini adalah berdasarkan kriteria terbaik daripada kalangan yang terbaik.
“Dalam hal pemilihan calon, kita telah merundingkan dengan ‘Top 5’ UMNO.
“Kami yakin keputusan untuk memilih calon ini adalah satu keputusan penuh kebijaksanaan dan tidak ada elemen balas dendam kepada mana-mana individu,” jelasnya dalam program “Solidariti, Kestabilan dan Kemakmuran” bersama BN di Bagan Datuk semalam yang turut dihadiri Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.
Adalah difahami, ucapan Zahid Hamidi itu merujuk kepada beberapa pemimpin UMNO yang tidak bersetuju dengannya sebelum ini, termasuk ada kalangan menteri dipecat daripada jawatan dalam parti kerana sikap demikian itu.
Ramai beranggapan, malah percaya, mereka itu bakal disingkirkan sebagai calon dalam usaha Zahid Hamidi membentuk pasukan yang setia kepadanya.
Begitu pun, sementara menyatakan tiada unsur balas dendam dalam pemilihan calon, dua hari lalu beliau turut mengumumkan bahawa BN akan menampilkan 70 peratus calon muka baru pada PRU15 ini.
Menurut beliau, muka baru yang bakal dicalonkan itu terdiri daripada individu berkaliber, memiliki kelayakan akademik, selain berkomitmen tinggi dalam membantu rakyat.
Video Player00:0000:13Berdasarkan perkembangan tersebut, walaupun tiada unsur dendam disebutnya, tetapi dalam masa yang sama dinyatakan 70 peratus calon nanti adalah muka baru yang bermakna 70 peratus daripada wakil rakyat sedia ada akan digugurkan.
Hanya sekitar 30 peratus wakil rakyat sedia ada saja akan dikekalkan.
Persoalannya, siapakah golongan 70 peratus itu?
Adakah pemimpin-pemimpin UMNO yang diketahui tidak sebulu dengan Zahid Hamidi seperti Annuar Musa, Shahidan Kasim dan Tajuddin Abdul Rahman termasuk dalam kelompok 70 peratus itu?
Siapa pula golongan 30 peratus yang terus dikekalkan sebagai calon itu?
Apakah semua penyokong setia Zahid Hamidi termasuk di dalamnya?
Sejauh mana benarnya tiada unsur dendam atau alasan untuk meletakkan 70 peratus muka baru akan digunakan untuk mengenepikan mereka yang tak sebulu itu?
Apatah lagi, dalam program di Bagan Datuk semalam, salah seorang pemimpin UMNO yang diketahui tidak sebulu dengan Zahid Hamidi turut hadir dan didapati cuba mencium tangan Presiden UMNO itu selepas bersalaman dengannya.
Bagaimanapun Zahid Hamidi cepat-cepat menarik tangannya kerana enggan membenarkan ia dicium Tajuddin.
Walhal, dalam beberapa dapatan di media sosial, beliau biasanya membiarkan saja jika ada pemimpin UMNO ingin mencium tangannya.
Dalam hal ini, adakah menarik tangan daripada dicium Tajuddin itu bermakna Ahli Parlimen Pasir Salak itu bakal digugurkan sebagai calon?
Ataukah Tajuddin kena cuba di lain program untuk terus mencium tangan “sang pemberi watikah” itu?
Apa pula nasib Annuar dan Shahidan, tak nak cuba cium tangan Presiden UMNO juga ke? – ShahbudinHusin 18/10/2022.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/kedudukan-musuh-zahid-hamidi-sebagai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belum Ada Umno Bahagian Calonkan Zahid Sebagai Pm Ke 10

Belum Ada Umno Bahagian Calonkan Zahid Sebagai Pm Ke 10

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 140 hits
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang akan menjadi Perdana Menteri Setakat ini masih belum ada mana mana UMNO Bahagian yang mencalonkan Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri...
Ismail Sabri Adalah Calon Pm Muktamad Dari Umno Zahid Hamidi

Ismail Sabri Adalah Calon Pm Muktamad Dari Umno Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 269 hits
UMNO tidak berganjak dengan keputusan mencalonkan Naib Presidennya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri jika BN memenangi Pilihan Raya Umum ke 15 Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan yang ...
Ismail Sabri Kekal Calon Perdana Menteri Jika Bn Menang Pru15 Zahid Hamidi

Ismail Sabri Kekal Calon Perdana Menteri Jika Bn Menang Pru15 Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 182 hits
The ReporterFoto Borneo Post OnlineMajlis Kerja Tertinggi UMNO dilaporkan telah mencalonkan Ismail Sabri sebagai poster boy calon perdana menteri pada Pilihan Raya Umum Ke 15 ini Ahli MKT UMNO Razlan Rafii berkata keputusan itu telah dibuat...
Zahid Hamidi Bn Tanding 191 Kerusi

Zahid Hamidi Bn Tanding 191 Kerusi

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 170 hits
MalaysiakiniBN akan bertanding 191 kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 nanti kata Pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi Ahmad Zahid menyifatkan PRU15 sebagai ibu kepada segala pilihan raya dan berazam untuk mengulangi kejayaan PRU11 yang dipimpi...
Ismail Sabri Kekal Poster Boy Bn Calon Pm Kata Zahid

Ismail Sabri Kekal Poster Boy Bn Calon Pm Kata Zahid

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 188 hits
Ismail Sabri kekal poster boy BN calon PM kata Zahid Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 16 Oct 2022 6 06PM
Zahid Hamidi Dan Tok Mat Yang Tak Bersih Wajar Undur Diri Ismail Sabri Lebih Berwibawa Kepalai Kempen Bn

Zahid Hamidi Dan Tok Mat Yang Tak Bersih Wajar Undur Diri Ismail Sabri Lebih Berwibawa Kepalai Kempen Bn

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 243 hits
Berdasarkan pengakuan Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapannya di Perhimpunan Agung MIC beberapa hari lalu bukan saja dirinya yang diakuinya tidak bersih tetapi juga beberapa pemimpin BN lain termasuk Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan Katanya ...
Zahid Hamidi Kini Sudah Jadi Beban Kepada Bn Lebih Baik Tidak Bertanding Lagi

Zahid Hamidi Kini Sudah Jadi Beban Kepada Bn Lebih Baik Tidak Bertanding Lagi

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 170 hits
Susulan tularnya video ucapan Zahid Hamidi di Perhimpunan Agung MIC yang menyebut kemenangan BN dalam PRU15 adalah penting untuk mengelakkan pemimpin pemimpin gabungan itu daripada didakwa di mahkamah ini bermakna satu lagi beban baru muncu...
Ismail Sabri Hakikat Umno Dikuasai Zahid Hamidi

Ismail Sabri Hakikat Umno Dikuasai Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 198 hits
Walaupun wajah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mungkin dijadikan bahan kempen sebagai calon perdana menteri ketika pilihan raya berjalan nanti namun bukan beliau yang akan menentukan siapa berkuasa kelak Sebaliknya Datuk Seri Ahmad Zahid tet...
Zahid Hamidi Sahkan Beliau Tak Mahu Jadi Perdana Menteri

Zahid Hamidi Sahkan Beliau Tak Mahu Jadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 201 hits
Umno kekal dengan keputusan Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri jika BN menang PRU15 kata presidennya Ahmad Zahid Hamidi Zahid yang juga pengerusi BN itu berkata dakwaan bahawa dia yang akan menjadi perdana menteri jika BN men...
Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Rafizi Dedah Cerita Bagaimana Kerjasama Malaysia Arm Tercetus

Resepi Laksa Lemak Kedah Bahan Bahan 1 Tin Sardin Buang Sos Dan Cuci

Madani Gov T Sending Palestinian Kids To International School Are The Expenses Borne By M Sian Taxpayers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Merentas Desa Tempat Ke 12

Cara Periksa Homestay Scammer

Leadership In Building A Startup

Menu Berbuka Puasa

Makan Berlebihan Itu Zalim Zalim Pada Diri Sendiri Tv Ppim 05 03 2025

Lirik Lagu Raudah Hafiz Hamidun